Laman Webantu   KM2A1: 2538 File Size: 8.5 Kb *



Ingredien Untuk Bikin "Bom Jangka"
By Amin Sapiro

12/8/2000 8:55 pm Sat

INGREDIEN UNTUK BIKIN SEBUAH ?BOM JANGKA?

SEPERTI yang tulis sebelum ini, saya masih di seberang Tambak sebelah sini. Hujan renyai-renyai tadi tidak kunjung henti-henti. Bangunan usang itu memang kelihatan uzur dengan kelilingnya asap berkepul-kepul - skearang ditenggelami air hingga paras lutut. Maklumlah kawasan setenggan pinggir bandar.

Saya tidak sangka begitu sekali kemahuan orang mendiami kawasan terpinggir itu - sebilang becakap, mereka menunjukkan semangat kental membantah kezaliman yang dilakukan oleh puak Mahathir dalam UMNO. Bagi mereka, banjir begini suatu kebiasaan. Anak-anak mereka sana sini bersampan. Ada yang meredah banjir sewaktu pulang. Mungkin dalam hati mereka, itu cuma bencana alam!!

Satu Senario Ketidakprihatinan

Bertahun-tahun mereka mendiami kawasan disitu. Rumah mereka beruang sempit. Kemudahan asas tidak ada. Disitulah mereka mendirikan rumah tempat beribadat hasil pungutan derma yang dicarum bersama. Didirikan balai raya. Disitulah mereka berkumpul dan berbicara. Tidak habis-habis mereka bercerita mengenai kehidupan yang tersisih dari arus kemajauan disekitar. Saya sedih melihat mereka. Tetapi, adakah cukup sekadar bercakap saja?

Kabarnya, tidak ada siapa yang melawat mereka sebaik saja musim pilihanraya berakhir sudah. Baru kini mereka sedar atau disedarkan. Rupa-rupanya mereka adalah mangsa penipuan para pemimpin UMNO/BN!!

Itulah bangsa kita yang menghuni ?bandar istimewa? ini. Kabarnya, puluhan kampung-kampung begini merata-merta kota di seberang Tambak ini. Ratusan ribu orang Melayu menghuninya.

Yang sangat menyedihkan, bersebelahan ?Taman Seri Setegggan? itu, tersergam rumah-rumah besar dan banglo mewah yang dimiliki rakyat dari seberang Tambak sana. Mereka ada wang. Pemaju akan meletakkan harga setengah juta. Masakan insan pinggir bandar itu ada sumber untuk memilkinya.

Kata mereka kepada saya, ?Dapat makan dan pakai pun sudah syukur. Untuk perbelanjaan anak sekolah terpaksa mengahbiskan baki pendapatan sebulan. Kalau atas rumah bocor, akan dicari zing-zing buruk dari tempat pembuangan sampah?.?. Aduh..!! Inilah nasib bangsa saya yang hidup di sebuah negara ?Serba BOLEH?..!!

Tak cukup dengan itu, harga barang untuk hidup kian melambung. Sepinggan nasi lemak makan pagi mencapai harga RM7.oo. Segelas ?teh lambung? sampai Rm2.oo. Pendapatan ?benar? bulanan bernilai 1/3 dibandingkan dengan Kuala Lumpur atau Melaka, Seremban, dll. Namum regim Mahathir membantah sebarang anjakan gaji pekerja buruh walaupun kos menyara hidup setanding dengan Singapura.

Makin nampak kepada kita, orang di Johor Baru dibanggakan oleh UMNO/BN dengan kos hidup seperti Singapura tetapi diseksa menanggung keperitan hidup seperti rakyat Kampuchea.

Sementara itu, Mahathir berbangga dengan kecanggihan MAHLIGAInya, dan puluhan juta rakyat merempat membayar keborosan Mahathir mempunah-ranahkan wang rakyat dengan pelbagai ?bail-ot? dan prokek mewah yang membazir, dibina diseluruh negara.

Atas dari itu, Mahathir dan Kroni masing-masing memembungkus wang rakyat dengan komisyen beratus juta, diangkut keluar negeri dan disimpan disana. Mana yang rakus, akan melabur disana. Mahathir sendiri ada ?ranch? cukup dengan kuda di Agentina, Banglo mewah di California. Itu setakat yang terdengar.

Kabarnya simpanan negara sudah musnah. Mahathir tidak peduli. Kalau Barisan Alternatif menang kelak, pemimpin mereka akan menaggung hutang sebuah negara yang sudah jatuh muflis!!

Budaya Melahirkan ?Anak Luar Nikah?..!

Kemarahan rakyat bukan setakat kehidupan mereka makin disia-siakan, atau pemimpin regim ini tidak ada rasa tanggungjawab membela rakyat dengan melakukan rasuah dan penyelwengan saja. Tetapi sekarang, gejala paling busuk ialah tabiat mereka yang kian membudaya dikalangan mereka yang cenderung melakukan zina, bersekudukan dan budaya melahirkan ?anak diluar nikah?.

Sejak Mahathir melindungi Rahim Thamby Chik memperkosa gadis bawah umur (dan melahirkan anak luar nikah melalu sesi zina yang beragenda), beberapa orang pemimpin UMNO yang terlibat dengan amalan ?perempuan simpanan?, membuka ?mess berfoya-foya? seperti Hinghland Towers, restoran maksiat seperti ?The Ship? - kejadian terbaru membukti bahawa yang menjadi pelindung maksiat bukan setakat Mahathir saja.

Abdullah Bedawi (anak ulamak terkenal) telah sekongkol yang redha hati masuk perangkap budaya ?Melayu BARU? yang disarankan Mahathir sedikit masa dulu. Melayu Baru bermaksud ?Orang Melayu mesti bersikap secocok dengan definasi ?BARUA?..!!?

UMNO sekarang berbangga sangat dengan pengakuan ?tidak langsung? Abu Ha#san Omar yang bermukah dengan adik ipar sendiri; sementara isteri beliau menyaksikan Menteri Besar ini berdalih seribu alasan sebagai cubaan menutup keserakahannya. Pengakuan Ha#san Omar itu ditakrifkan oleh UMNO sebagai ?He is a true gentlemen?. Isk..isk?BIATANG dan HAIWAN pun baik sedikit dari mereka!!

Pemberhentian Abu Ha#san tidak sedikitpun mengikis tanggapan orang bahaga maruah orang Islam dan ugama Islam sudah terbela. Mana mungkin pemberhentian Abu Hasan mampu mengikis dosa maksiat itu; kerana perbuatan zina beliau lebih berat dari zina biasa!!

Akbar arus perdana sekongkol mewar-warkan pembohongan Abu Ha#san dan seluruh puak UMNO yang membohongi rakyat. Inilah agenda Mahathir dan UMNO memproses dan mengaturcara untuk mensekularkan Islam.

Aduhai?.! Terfikir dalam hati saya, inilah ingredien rakyat untuk bikin sebuah ?bom jangka? yang bakal meletupkan UMNO dan BN dalam P/raya yang akan datang. Resepi itu bukan calang-calang. Sekarang, eksperimen itu sedang dilakukan. Letupan kecil-kecilan sedang meledak sana sini. Ledakan terakhir sedang tunggu.

Dalam hati rakyat makin nampak bahawa perubahan Kerajaan sedang menjadi iltizam. Mahathir dan UMNO/BN sedang menerima asakan!! RASAKAN!!

Harapan Rakyat Menggunung

Berharap sangat rakyat sekarang: Marilah kita sama-sama tumbangkan regim ala ?TAGHUT? ini supaya negara ini kembali disusun atur seperti yang diamanahkan oleh datuk-nenek kita.

Mungkin ini sebabnya majlis ceramah KeAILan di Taman Melewar malam 11 Ogos diharang oleh ratusan FRU yang dilengkap dengan senjata.

Apakah regim Mahathir tidak sedar bahawa ?Alam Siber? sudah dipenuhi oleh Russeau dan Voltair, Boris Pasternak dan Tun Seri Lanang? Pena mereka lebih tajam dari semburan ?water cannon? yang dimuntahkan oleh media arus perdana dan saluran televisyen?.!!

INGAT MAHATHIR & UMNO/BN,

REFORMASI sedang bergerak lebih kencang SEKARANG. Rakyat sudah tidak pandang ke belakang. Makin nampak, selepas Kelantan dan Terangganu, 10 buah negeri lagi akan dimilik-punya oleh Barisan Alternatif/Barisan Rakyat!!

Allahu Akbar!
RFORMASI!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)