Laman Webantu   KM2A1: 2536 File Size: 9.1 Kb *



Sebuah "bom jangka" di Johor, Bah!
By Amin Sapiro

12/8/2000 7:17 pm Sat

Amin Sapiro (di seberang Tambak sebelah sini) SEBUAH ?BOM JANGKA? AKAN MELEDAK DI JOHOR PULA, BAH!


SESAMPAI saya di seberang Tambak sebelah sini, hujan renyai-renyai. Bangunan usang itu memang kelihatan uzur dengan kelilingnya asap berkepul-kepul. Maklumlah kawasan setenggan pinggir bandar. Saya tidak sangka begitu sekali kemahuan orang yang sebilang becakap, mereka yang mendiami ruang disitu tidak habis-habis bercerita mengenai kehidupan yang tersisih dari arus kemajauan disekitar.

Silaturrahim Mengerat Jati-Diri

?Wak..Wak..Silakan. Kita menanti sejak dari makan tengah hari tadi. Tak kunjung sampai. Kami risau takut kemalangan dijalanan?? kata seorang berjanggut dan bertubuh gempal, bermisai dan berjambang tebal. Hehehe?bikin Mahathir marah..Yaaaahh??Kopiah Putih?..Hak! hak! Hak!

Seperti biasa saya akan tersenyum. Memang kebiasaan ?Amin Sapiro?. Pantang jumpa sesiapa, sebelum orang tegur dulu, dia wajib memberi salam. Salam dijawab tangan berjabat.

?Alhamdulillah?sudah tiba? berkata seorang yang terpacul dari pintu besar.

?Maklumlah?jauh datangnya..!!? berkata seorang yang bermuka licin bercermin mata. Separuh umur. Berkopiah. Tapi hitam. Terus saya kedalam. Kueh mueh sudah disediakan. Kopi pahit dan cawan-cawan masih ditungkupkan. Seteah berkenalan hampir 10 orang dibarusan hadpan, saya terus memberi salam kepada hadirin hampir 50 orang.

Tanpa membuang masa, pengerusi majlis memperkenalkan. Aduhai?.geleng kepala saya. Lebih separuh penyokong UMNO. Selebihnya mengakui dari KeADILan dan PAS termasuk beberapa orang dari PRM. Pengerusi yang kelihatan serius orangnya mengatakan, katanya, ?Amin Sapiro bukan orang impot. Kalau Singapura dulu diagih oleh Sulltan Hussein Shah kepada Raffles secara percuma, hari ini Wak Amin tidak mahu Johor dijajah pula!! Mahathir anak Keling itu, kalau nak jadi raja Mandeliar, kita akan sula dia?.!?

Waoo..berdebar hati saya. Begitu ?gempaq? nampaknya Pengerusi ini memulakan ucapan pembukaannya. Mana boleh saya mengatasi semangat beliau yang memang kental. Setelah itu saya memulakan ucapan rengkas yang tersedia.

REFORMASI - Disalah Tafsir

Saya mulakan dengan berkata:

?REFORMASI memang sukar difahamkan. Mahathir dan ?mala?un?nya memang sudah bersedia menyalah tasirkan maksud sebenar. Hari ini dialih beliau pandangan rakyat seolah-olah kejadian di Indonesia yang penuh peristiwa berdarah, rusuhan kaum dan pembunuhan adalah ?Reformasi?. Sebenarnya itu bukan Reformasi. Itu adalah ?rusuhan kaum dan pembunuhan? lah.

Kata saya, ?Reformasi? adalah lebih terang kalau kita lihat apa yang sedang dilakukan oleh YAB TG Nik Aziz di Kelantan dan TG Hadi Wananbg di Terengganu. Mereka berislah. Rakyat diajak melihat ke dalam diri dan memantapkan rasa kasih sayang sesama sendiri. Hubungan Kerajaan yang memerentah dengan rakyat ditadbirkan adalah berdasar saling ikhlas mengikhlasi, prihatin kepedihan rakyat dan menginsafi bahawa sistem pentadbiran kerajaan wajib telus dan main ?sepak terajang? macam YAHUDI!!?

WADUHHHHHH??!! Seorang dibelakang bertakbir!! Dan satu Dewan usang itu bertakbir!!

Sesudah reda gema takbir itu, saya sambung lagi. ?Saya bukan datang memberi ceramah. Saya datang kerana mahu menerangkan kekeliruan yang acapkali sangat ditohmahkan oleh TV dan media ma#sa. Sebagai seorang bekas orang surat kabar dulunya, saya cakap terang-terang disini bahawa apa yang ditulis dalam surat kabar dan gambar-gambar yang dipancarkan oleh TV mengenai rusuhan kaum di Indonesia bukanlah cara anak-anak muda yang berdemo di Dataran Merdeka atau di pekarangan Mahkamah di Kuala Lumpur. Itu adalah dakyah dan pembohongan puak Mahathir yang bertujuan menyebunyikan kezaliman mereka?.

Markas PAS diceroboh Penyangak

Tiba-tiba talipon bimbit saya berbunyi. Saya minta maaf kepada hadirin lalu menjawab panggilan. Seorang kawan memberitahu, katanya Markas PAS di Taman Melewar diceroboh penyangak.

Saya tanya, mengapa tak ditangkap dan buat laporan polis? Jawapan beliau, penyangak-penyangak itu ialah Polis.

Saya tanya lagi, ?itu tak apa, tangkap ramai-ramai dan ikat mereka dan serahkan kepada Polis.

Jawapan beliau, ?Hampir 200 orang, lengkap dengan senjata api, rotan dan perasai, memagar seluruh bangunan Markaz, menyekat semua laluan masuk dan menghalang dengan puluhan trak warna merah?.camno tak tangkap?

Saya tanya, ?Apa hak mereka berbuat begitu. Mengapa pihak PAS tak bantah? Mengapa penganjur ceramah itu tidak membantah kalau benar Polis FRU bertindak diluar batasan undang-undang? Kalau benar mereka mengawal sejak jam 4.00 petang tentu pengajur samada mengistiharkan ceramah dibatalkan atau berbincang dengan pihak ?penyangak? dan teruskan??.

Ulasan yang saya terima hanya, ?Orang ramai sudah mengambil kesimpulan bahawa Polis sudah lebih hina dari ?anjing-anjing? yang heret bersama mereka. Anjing-anjing jenis ?barua? ini lebih hina dari anjing sebenarnya, hilang otak ?binatangnya???

Saya jawab, ?Tak payahlah kita menghina mereka. Cukuplah sekarang bukti kepada rakyat bahawa jentera keselamatan rakyat sudah jadi ?anjing-anjing? yang sanggup menggigit tangan tuan (rakyat). yang memberi mereka makan?. Saya tutup talipon.

Saya terangkan kepada hadirin bahawa Markaz PAS di sana sudah diceroboh oleh FRU dan nampaknya seluruh jentera keselamatan awam sudah dikuasai oleh regim ini dan sanggup melakukan kerja-kerja hina. Setelah menceritakan maklumat yang saya terima itu, kami terus masuk ke sesi perbincangan. Memang panas perbincangan kami.

Saya dapat menilai bahawa mereka yang hadir di cermah kelompok itu, walaupun mereka yang cukup keciwa dengan tindak regim Mahathir dan sikap Polis; namun mereka tidak mengambil sikap membantah secara kekerasan.

Saya kata, ?Kita gerakkan agenda dan aktiviti kita secara berkelompok dan juruskan minda kita untuk menyedarkan rakyat bahawa ?Reformasi? adalah pergerakan untuk mengambalikan kedaulatan negara, rakyat dan ugama dari ?Penjajahan?.

UMNOBN Ditimbangkan Penyokong Sendiri

Berkata seorang J/Kuasa Bahagian, ?UMNO/BN mesti ditumbangkan dalam pilihanraya yang akan datang. Jangan lewat dari itu. Jika tidak negara ini akan ketandusan setelah kekayaan negara dikaut mereka, rakyat saling bermusuhan sesama kita, dan agama Islam di Yahudikan??.

Seorang yang mengaku tidak pernah mengetahui dan melihat gambar dan rencana yang ditulis di internet berkata, ?Baru sekarang ada bokti saya lihat dengan mata kepalanya macamana Mahathir dan UMNO/BN celaka ini menggunakan tipu-daya mengahsut rakyat melalui media ma#sa?.

?Kalau begini?, kata beliau, ?kita wajib menggerakkan semua cawangan didalam bahagian masing-masing mengedarkan risalah dan gambar yang menunjukkan bagaimana buruknya sifat ?penjajah baru? yang mencengkam kita?. Katanya.

Kesimpulannya, dari apa yang berlaku dan dipersetujui, gerakan memberi maklumat kepada rakyat akan dijalankan secara berhati-hati. Perbincangan memutuskan beberapa cara (tidak dapat dihuraikan kerana itu adalah rahsia) untuk menyebar dan memberi maklumat kepada rakyat secara meluas.

Nampaknya, Pilihanraya 2003/4 adalah sebuah ?Bom Jangka? yang akan meledak di Johor ini. Rakyat di seberang Tambak sana akan melihat asap yang berkepul-kepul. Insyallah!!

Allahu Akbar!

REFORMASI!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)