Laman Webantu   KM2A1: 2535 File Size: 3.0 Kb *



Selimut PDrM.
By web aNtu

11/8/2000 7:12 pm Fri


Sebelum pihak polis cuba mencari identiti saya (webantu lerr) saya ingin memaklumkan
walaupun kebocoran maklumat itu bersifat "signal komputer" - saya
bukan orang yang anda cari.

Selama ini mahath1r menganggap bentengnya teramat kukuh kerana adanya anjing2 yg bertopeng. Cuba anda fikir kenapa mereka memakai topeng?

Saya percaya kesemua polis2 bertopeng ini adalah polis2 yg ada "kes jenayah" masing2 yakni polis2 yg korup juga. Tentu sdr-sdr masih ingat Datuk Zaman Khan yg tiba2 dipindahkan keluar dari menjaga sektor Polis, sedangkan Datuk Zaman seorang yg cukup perihatin (sampai pernah menalifon DJ radio live). Tidak kelihatan sebarang publisiti kpd Datuk Zaman Khan selepas beliau dihumban ke penjara (jaga penjara). Saya pernah bersua dengan beliau di masjid ###### tapi beliau tidak tahu siapa saya. Datuk Zaman ditukarkan setelah kes Highland Towers. Sebenarnya ada banyak misteri di Highland Towers yg tumbang itu..... lagi pun tengoklah berapa ramai VIP yg pergi kesitu (termasuk Mahath1r).

Kalau kita lihat pengakuan2 dan lapuran2 oleh Sukma, Dr Anees dan yg terakhir sekali, Tian Chua, polis2 speSIAL ini memang speSIAL - yakni tindak tanduk mereka tidak berperi kemanusiaan langsung. Ciri2 seperti ini hanya ada kpd org yg tidak beriman kpd tuhan - sebab itulah saya yakin polis2 speSIAL ini kebanyakkannya polis2 korup yg ada kes dalam polis juga. Cuba bayangkan bagaiman mereka menseluarpendekkan ulama sprt Dr Badrol Amin. Bayangkan kekata lucah yang dipekikkan ketelinga2 Sukma dan Dr Anees. Hanya penyangak sahaja yg mempunyai ciri2 kebinatangan ini - atau lebih tepat kalau saya katakan - hanya bekas pembunuh (dan yg korup2 yg sewaktu dengannya) sahaja yg sanggup berbuat demikian.

Kita lihat bagaimana hampir kesemua menteri2 dlm kabinet UMNO atau MCA ada kes masing2 yg menyebabkan mereka begitu mudah dirobotkan oleh Mahath1r. Dengan merobotkan sekali hakim2 yg berbulan madu di benua Australia itu, kemanakah puak2 nakal ini nak lari. Maka tektik yg sama digunakan untuk mewujudkan satu kumpulan polis yg terAMAT TAAT SETIA kpd Mahath1r. Polis2 Penjenayah. Yang menarik di mana mereka semua ini mendapat latihan. DI mana sekolah mereka?

Jawapannya mudah sahaja - ISA adalah SEKOLAH utk polis2 ini. Identiti mereka ditutup dengan pakaian bertopeng. Polis sendiri pun sukar mengenal mereka.

Oleh itu saya cadangkan kepada polis2 sekalian. Daripada kalian cuba menyiasat siapa yg membocorkan kes Memali ini lebih baik anda menyiasat siapa (polis sendiri) yg pernah menjadi penjahat atau pembunuh dalam pasukkan polis sendiri. Siasatan sebegini lebih menguntungkan negara kerana merekalah yg sebenarnya pengkianat dan petualang negara! Bukan saya!!

Sekian N Selamat Berjuang!!

--ooOoo--










Link Reference : Polis Mafia by Kalifa