Laman Webantu   KM2A1: 2533 File Size: 7.5 Kb *



MGG: AI Menguasai Pentas Politik (terjemahan)
By Marhain Tua

11/8/2000 5:17 pm Fri

MGG 51


ANWAR MENGUASAI PENTAS POLITIK

(MGG: Anwar Seizes The Political High Ground)


(Nota; Teks asal dalam Bahasa Inggeris terdapat di muka surat 5, HARAKAH yang terkini.)


Konfrontasi yang tidak lantang di antara Perdana Menteri Mahathir Mohammad dan mantan anak emasnya Anwar Ibrahim, akhirnya terdedah kepada pengetahuan umum. Dengan kuasa yang ada padanya dalam mengawal media yang dikendalikan oleh para kroni, Perdana Menteri telah berjaya selama ini meemeram banyak cerita. Hanya berita yang difikirkan dapat memberi faedah kepada beliau yang disogokkan kepada rakyat jelata. Kerna itu rakyat Malaysia tidak dapat mengikuti perjalanan satu pertembungan persis David dan Goliath di mana David sebagai insan kerdil berjaya melontar sebutir batu mengenai dahi Goliath yang berbadan gergasi itu.

Lakonan seperti ini telah berlaku di mahkamah. Pada Ogos 1, Anwar telah mengenepikan perkhidmatan para peguamnya dan berbalah dengan Ketua Hakim Negara Eusoff Chin agar beliau menarik diri daripada mendengar kes rayuannya. Ketika itu Eusoff Chin merupakan salah serong hakim di antara tiga orang yang mengadili satu rayuan daripada Anwar menentang keputusan mahkamah yang mengcualikan Perdana Menteri daripada menjadi saksi dalam kes s###mi beliau. Anwar telah berhujah mengenai juraian perbuatan korupsi Ketua Hakim Negara itu dan kerananya beliau berpendapat Eusoff Chin tidak mampu mengendalikan kes beliau secara adil. Malahan Anwar telah mempertikaikan kenapa Eusoff Chin terus dilanjutkan perkhidmatannya untuk enam bulan lagi dengan tujuan untuk menentukan beliau dimusnahkan.


Sepanjang dua jama Anwar telah berhujah dengan lantang dan membogelkan martabat sistem perundangan negara. Pada keesokan harinya Anwar telah mengambil keputusan untuk membantutkan kes rayuannya itu. Ketua Hakim Negara telah terjebak dalam perangkap yang dibuatnya sendiri. Di kamar persendiriannya, beliau telah merayu para peguam Anwar agar mengambil alih tugas mempertahankan Anwar dan memberi nasihat bagaimana kes itu harus dilanjutkan. Anwar terus berdegil selagi Ketua Hakim Negara yang itu berada di bangku pengadilan. Apabila mahkamah bertindak untuk memansuhkan rayuan itu Anwar menentangnya kerana dia masih mahukan Eusoff Chin menarik diri.


Inilah pertama kalinya sejak pengadilan diuruskan oleh pentadbiran sibil dan berkuatkuasa di Semenanjung Tanah Melayu di akhir abad ke-18 dulu lagi, di mana satu kes rayuan tidak dapat diteruskan kerana si perayu membuat bantahan terhadap seorang hakim. Anwar telah berjaya menugasai pentas politik dengan bersenjatakan budi pekerti yang bermoral sejak dia mula dihimpit dulu. Dia telah dipenjarakan dan tentunya bersedia untuk terus dipenjara untuk satu tempoh yang panjang lagi. Tetapi, bermula dari sekarang beliau akan mulakan inisiatif politik itu. Caranya yang peramah dan bersahaja amat berbeza dengan cara kurang yakin dan kurang persiapan yang ditunjukkanoleh pihak lawannya di mahkamah.

Hakim Ariffin Jaka telah pun melontarkan satu bom jangka politik yang tidak relevan ke tengah-tengah sistem pentadbiran kerajaan. Sebaik sahaja kes s###mi berakhir bulan yang lalu dia telah menangguhkan keputusan pengadilannya kepada 4 Ogos yang bersamaan dengan hari Jumaat. Samada pilihan hari itu secara disengaja ataupun tidak, memang tidk relevan lagi. Tetapi, pilihannya itulah yang memberikan bonus kepada Anwar dan para pengikutnya. Para penyong Anwar telah menggembeling tenaga untuk menunjukkan kekuatan mereka sedangkan pada waktu yang sama pihak kerajaan menunjukkan beberapa insiden rusuhan Mei 13 dulu sebagai ingatan apa yang boleh berlaku kalau rakyat merusuh. Tetapi, mampukah kerajaan menyekat orang Islam daripada pergi ke Masjid Negara untuk bersolat Jumaat?


Kes itu terpaksa ditangguhkan dengan alasan keputusan belum siap lagi. Memang tidak siapa meragukan bahawa Anwar akan didapati bersalah. Kerana itulah hakim tidak menyatakan Anwar tidak bersalah dan menyatakan alsannya itu di hari yang lain. Anwar tidak ada peluang untuk tidak didapati bersalah seperti yang dinyatakan oleh Ariffin pada 8 Ogos yang lalu. Ttapi, samada Anwar bersalah ataupun tidak, bukan lagi menjadi isunya kini. Tindakannya untuk campurtangan dengan hujah-hujah yang panjang dan bernas bukan sahaja menggegarkan pihak yang berkuasa malahan dia telah melukainya.


Perdana menteri pernah bersuara lantgang begtapa dia mempunyai bukti yang kukuh mengenai kesalahan Anwar. Tetai apa yang termampu ditonjolkan oleh Pendakwa Raya dan pasukannya adalah berupa bahan bukti yang boleh dikiaskan laksana membikin tas baldu daripada telinga khinzir sahaja. Kes itu sepatutnya telah dihumban keluar tetapi Perdana Menteri telah mempolitikkannya sehinggakan sebarang usaha 'buang kes' akan mencetuskan krisis politik. Anwar memang yakin bertahan menghadapi yang tidak dapat ditaksirkannya. Dia elah memberitahu ahli keluarganya betgapa beliau mungkin dipenjarakan selama dua puluh tahun. Sebalik pengaiban terhadap ketahanan dirinya, dia telah memimpin ma#sa menentang seorang supremo yang tidak berhati perut dan tidak demokratik. Dia sudah berjaya melaksanakannya.

Apakah penyebabnya yang mendesak seorang Perdana menteri mempunahkan kerjaya politik seorang saingannya dengan tuduhan kesalahan seksual yang bukan sahaja menghancurkan tertuduh malahan ahli keluargnaya sekali? Yang membezakan Perdana Menteri (dan juga seorang tetamunya daripada Singapore di akhir bulan ini nanti) daripada pemimpin otokratik yang lain yang mahu menumpaskan saingan politik mereka; terletak kepada cara ia dilaksanakan. Stalin, Hitler dan juga Pol Pot telah menghancurkan saingan politik mereka tanpa menuduh mereka dengan kesalahan seksual. Gandhi, Chiang Ching, Nelson Mandela, malahan martin Borman seorang pengamal homoseksual telah diganggu-gugat dengan cara kes mahkamah dan politik, dan tidak dengan cara merosakkan mereka kerana kelemahan peribadi. Tetapi Mahathir dan juga Lee kuan Yew telah memilih taktik ini sebagai amaran yang menakutkan bahawa sesiapa yang menentang mereka akan mengundang penghapusan yang total.



Budaya politik Melayu dan adat resamnya memang tidak mengizinkan taktik seperti ini. Kerana itu, walaupun Perdana Menteri tidak mengingininya kes mahkamah itu telah berleretan selama ini hingga memberikan Anwar satu peluang yang baik untuk melancarkan serangan balas. Perdana menteri bersama pentadbirannya kini berada di pasir jerlus yang menggugat haknya untuk memerintah. Semakin lama Anwar berada dalam penjara, semakin buruk padahnya kesan politik yang perlu ditangani oleh Mahathir dan regimnya. Apatah lagi UMNO. Tentu Mahathir tidak terfikirkan perkara ini ketika dia cetuskan proses mengaibkan Anwar. Tetapi kini, dia telah meyakinkan betapa dalam masa dua tahun yang mendatang, akan munculnya kepulangan bakal seorang perdana menteri daripada Insan Yang Mesti Dimusnahkan Dengan Apa Cara. Malahan yang lebih membahayakan kedudukan UMNO ialah kalau-kalau si dia itu tidak dapat terus bernafas ketika masih dipenjarakan.




Diterjemahkan oleh -MT-