Laman Webantu   KM2A1: 2527 File Size: 4.6 Kb *



Re: Lalu menangis tanpa lagu
By web aNtu

10/8/2000 8:39 pm Thu


Lalu menangislah bumi ini tanpa lagu yg dapat difahami oleh sekalian yg ada...
kecuali mereka yg masih dapat mem"baca" nya. Bumi yg sama juga yang telah
menelan seorang Firaun di Mesir yang sampai kini menjadi tauladan penting
yg tidak terhingga.

Budaya takut melayu sudah lama diekspoitasikan oleh Mahath1r. Ia dilakukan dengan merangka pelbagai akta sebagai "lesen" untuk menghapuskan sebarang penentangan kepada regimnya. Susunan dan langkahnya kelihatan diatur dan disusun rapi, tetapi cacatnya tiba2 muncul tanpa disangka. Mahath1r tidak bimbang kerana media boleh mewarnai kekusutan setiap keresahan seandainya ada - dan pembunuh upahan sentiasa bersedia sekiranya zip seluar kanmcingnya terbuka. Kes Jalil Ibrahim BMF dan Kes Jaafar Putih Sauk membuktikan ada sesuatu yang tidak kena.

Eksperimen ini berjaya dilakukan baik dalam tubuh umno sendiri, maupun dalam tubuh perlembagaan malaysia sekarang. Sentuhan terakhir N terbaharu eksperimen ini ialah satu "nasihat" supaya kerusi no 1 dan 2 tidak dipertandingkan sebagai muslihat untuk mengukur (dan sekaligus membuang kaki penyokong reformasi) dalam umno sendiri. Nampaknya sudah kedengaran satu lagi "nasihat" iaitu membuang semua jawatan naib presiden.

Perlantikkan Pak Lah mungkin adalah eksperimen awal mahath1r sebelum melantik seorang yg berkacamata menggantikan Pak Lah. Pak Lah sudah beberapa kali direbus dengan mencampakkan beliau kekandang babi dan anjing. Malah penugasan Pak Lah sebagai "mastermind kempen tawan terengganu" agak menarik perhatian, umpama penugasan Musa Hitam di Memali.

Di ketika yang sama media bermain dengan kekata Hj Hadi untuk satu agenda yang SIAL nya kelihatan pasti. Maka ucapan Hj Hadi ditajukkan "Satu Fatwa" kira2 20 tahun yg lalu telah digunakan untuk mengkucar kacirkan pemikiran melayu. Saya imbas kembali petikkan penulisan sdr Marhain Tua:

"Yang lucunya, isu 'Fatwa Haji Hadi' dan 'Islam PAS' muncul setelah episod
Sauk diterima oleh masyarakat Melayu sebagai satu episod drama melayu moden
di zaman negara dijajah oleh seorang diktator yang semakin sewel". (-MT-)

"Jelas kini, Mahathir Mohammad mampu terus berkuasa kerana dia mampu
memutarkan otak pemikiran sekumpulan Melayu yang taksub dan setia kepada
kepimpinannya" (-MT-).

Maka istilah "sesat" bergema kembali - mungkin tidak lama lagi ada drama di TV akan muncul menggambarkan "sesatnya" org melayu.

REFORMASI SUDAH PUDAR?

Mahath1r mahu memastikan SEMUA AI tidak dapat menandinginya baik AI yg berada di dalam penjara maupun semua AI yg berada di luar sana. Penukaran tarikh judgement day adalah satu strategi untuk memukul gerakan reformasi.

Apabila Verdict dijatuhkan, alasan yg diberi oleh Hakim Jaka tidak menggambarkan "kesukaran atau peningnya" kepala beliau utk memberikan keputusan. Ini dibuktikan oleh kekata awal Hakim Jakka yg kemudiannya ditarik balik hanya selepas Fernando membantah.

Sebenarnya ini bukan penghakiman kpd AI, tetapi ia menggambarkan betapa teruknya sistem perundangan negara dipermainkan (dirobotkan) oleh mahath1r sejak Tun Salleh Abbas dipecat.

"Anwar has not been as much in the public imagination over the last year,"
said K. S. Jomo, a professor of economics at the University of Malaya.

"But it's not as if Anwar's reduced visibility has helped Mahathir. A
great number of people now believe this was basically a personal
vendetta."

Proses membunuh AI yang masih hidup dihati rakyat sedang dijalankan walaupun beliau sudah dipukul dengan lebam, sudah disembur dgn racun memanjang, diaib N difitnah keliling dunia dan sempadan, dan sudah dihukum 6+9=15 tahun kedalam sel keseorangan. Ia kelihatan berjaya kalau sesiapa gemar membaca berita meloya tetapi kebenaran membuktikan disebaliknya.

Ahli UMNO sendiri sudah ramai yang tidak mengundi UMNO - jika tidak masakan mereka boleh kalah di Terengganu? Jika tidak masakan Amin Sapiro begitu sibuk mendapat jemputan untuk berbicara dan berseloka?. Nampaknya semakin banyak dewata mahath1r ini merancang semain banyak kakinya terpotong - lama2 dia akan kehilangan semua kakinya. Pada ketika itu rakyat akan meraikan satu kemenangan kerana tanpa kaki larian seorang dewata takkan kemana.

Sekian N Selamat Berjuang!!

Link Reference : Malaysiakini patut belajar dari AOL - baca nmacam2 kes prejudis