Laman Webantu   KM2A1: 2523 File Size: 12.2 Kb *



The Banana Republic of Bolehland
By Kubang Pasu

10/8/2000 3:53 am Thu



a#salamualaikum wr wbth,

Ukhuwwah para pejuang sekelian, bersamalah kita doakan agar Allah menaikkan mertabat keimanan DSAI melalui segala jenis dugaan yang ditimpakan ke atas beliau dan semoga juga Allah merahmati dan meredhoinya setiap masa dengan segala petunjuk dan kesabaran di dalam menempuh dugaan ini, begitu juga kepada DSWA berserta anak anak mereka.... Aamin!

"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan." (Huud~113)

Maka terbuktilah dan sahihlah negara Bolehland hari ini confirmed bertukar sebagai sebuah "Banana Republic" seperti sebuah artikal yang pernah saya tulis dan bincangkankan di awal episod penzaliman ke atas DSAI pada Sept 98 dahulu. Sebuah negara yang mempunyai pemimpin yang kuat berangan angan dan pandai berslogan sahaja tetapi maruah dan perinsip hanyalah pada perut mereka semata mata. Cuma satu sahaja semangat yang terdapat di negara ini iaitu BOLEH, itupun cuma untuk aplikasi segelintir ahli ahli pertubuhan ajaran sesat UMNO sahaja, boleh serba serbi yang melanggar suruhan Allah demi memuaskan nafsu berhala puaka mereka yang bernama Mahathir son of Mohammed Escandeer Kutty.

Banana Republic yang diperintah oleh sekumpulan haiwan haiwan keturunan beruk dan menjalankan dasar pemerintahan rimba dan system kehakiman beruk yang berhakimkan kera kera tolol dan dikawal oleh segerombolan anjing anjing liar sebagai polis. Sekonyong konyongnya seekor hakim kera yang bernama Ariffin Jaka sekeluarga tergesa gesa cabut lari ke Australia selepas menjatuhkan hukuman yang paling tidak adil dan zalim semata mata, untuk apa? Takut dipanggang oleh rakyat atau atas arahan mahapuaka Mahathir? Kerajaan Australia dan New Zealand telahpun mengeluarkan satu kenyataan keras mengutuk penghakiman beruk tersebut dan kini hakim beruk itu pula tanpa maruah dan harga diri sedang bercuti dan shopping di Australia.

Besar kemungkinan beliau ke Australia untuk mengambil "pay check" yang telahpun diatur oleh Daim dan Aziz Shamsuddin di sana sambil bersantai santai lepak di rumah peranginan Vincent Tan, berseronok sakan sekeluarga. Mungkin juga Mahathir melalui Aziz Shamsuddin sudah sedia mempunyai satu rancangan khusus untuk menutup mulut Ariffin jaka "once and for all" iaitu menghapuskan terus Ariffin Jaka di Australia dengan sesuatu kemalangan ngeri dan juga dengan selambanya mengaitkan peristiwa itu dengan golongan Reformasi, bukankah apa apa sahaja yang dimuntahkan oleh Mahathir itu dianggap sebagai gospel oleh pengikut pengikutnya?

Institusi yang sepatutnya menjadi pembela, penyelamat dan penaung keselamatan negara dan rakyat hari ini terbukti telah mengkhianati sumpah dan ikrar jawatan mereka kerana kesemua institusi itu telah secara terang terangan berkhidmat hanya menurut kehendak nafsu rakus sang jembalang puaka Mahathir itu sahaja. Mahkamah telah menyembamkan integrity mereka ke tahap yang paling rendah daripada paria, polis semakin hari semakin menjadi anjing kurap yang bercambah cambah kurapnya lagi terjelir lidahnya. Begitu juga media ma#sa yang hanya melacurkan prinsip dengan segala "agenda setting" yang berupa adu domba, pendustaan dan propaganda samada melalui akhbar, radio dan TV, malah telah pula berjangkit kepada media internet Malaysiakini yang sememangnya saya cukup sangsi sejak dahulu lagi kerana semacam terdapat satu "keredaan" daripada Pak Lah terhadap website ini. ALO atau WebaNtu mungkin setuju dengan pandangan saya.

Terlalu banyak fakta tentang prosiding mahkamah yang digelapkan oleh kesemua akhbar untuk rakyat sedar betapa hinanya tindakan persekongkolan segala jenis jentera Kerajaan demi untuk terus mempertahankan Mahathir di dahan reput kuasanya. Seperti kata DSAI di mahkamah "Let the plotters plot all they want for God is still the best of schemers" keangkuhan Mahathir sebenarnya hanyalah kerana angkara khianat pihak PDRM yang membuta tuli bagai babi sondol menyundalkan maruah dan professionalisma mereka di celah kangkang Mahathir! Sekiranya polis tidak BERESUBAHAT dan MENJAYAKAN kehendak Mahathir, sudah lama si tua bangka itu tersungkur dihukum oleh rakyat. Tetapi kenapa Polis masih membisu seribu bahasa tentang berpuluh puluh ribu laporan tentang salahlaku Mahathir yang menyekat siasatan BPR seperti yang telah didedahkan oleh Datuk Shafei Yahya dai mahkamah? Bacul ke atau taat membabi buta?

Sayugia diingatkan kepada pemimpin atasan PDRM, bukalah sejarah kalau tak mahu membuka Al Quran pun, belek beleklah sedikit fakta fakta dan kisah kisah yang menyebabkan kejatuhan mana mana dictator di dunia ini samada semasa zaman Firaun, zaman Jahilliyah Makkah, zaman pertengahan, awal abad, zaman moden dan di alaf ini. Jangan jadi manusia bebal yang akhirnya akan membawa padah walaupun kamu semua masih di dalam uniform biru yang dianggap cukup segak dan lawa yang hakikatnya tiada berperinsip dan bacul sehinanya!

Just to refresh your memory, ingatlah apa yang terjadi kepada hakim hakim dan pemerintah pemerintah polis dan tentera yang bersubahat dengan Shah Iran selepas kejatuhannya. Shah sekeluarga bertempiaran lari dan mampus di dalam kehinaan dan segala pencacainya pula bergelimpangan menerima hukuman di atas segala pengkhianatan mereka terhadap rakyat. Bergelimpangan bogel, hina laksana mampusnya tikus tikus yang keracunan di sawah! One thing for sure in your case, we’ll keep your blue uniform and the decorations on since you people really proud of it during your life time! Bawalah masuk lubang kubur dan tayang pada Munkar dan Nakir! Kita sedang memerhatikan dan telah mengenal pasti siapakah kamu kamu semua, insyaallah akan tiba masanya, percayalah!

Ketika membelasah hakim semasa di dalam mahkamah, DSAI telah secara terang terang mendedahkan bahawa keputusan penghakiman hanyalah merupakan formality hasil arahan jelik dan durjana Mahathir, Ketua Hakim dan kuncu kuncunya dan ini dibantah oleh Peguam Negara yang begitu ketara memihak kepada Mahathir dengan mengatakan bahawa DSAI sedang berceramah politik bukannya merayu hukuman, namun DSAI sebagai natural leader, dianugerahi Allah dengan sifat keberanian dengan karismanya dengan tegas dan lantang menempelak Peguam Negara, "Tan Sri Peguam Negara, YOU SIT DOWN!" Dan sememangnya dasar pengecut serta dayus, Peguam Negara tersentak dan terus duduk kemalu maluan! Begitu juga ketika Ariffin Jaka mengatakan kepada DSAI, "You are sick man" setelah teruk dibelasah oleh DSAI tentang kepincangan dan pengkhianatan institusi kehakiman, mahkamah dan polis terhadap kedaulatan undang undang di Banana Republik ini, DSAI dengan penuh ketegasan dan lantang menuding kepada Ariffin Jaka dan membalas "You are really the sick man!". Di ketika itu Ariffin Jaka menangguhkan sebentar sidang mahkamah dan memanggil semua peguam ke dalam kamar hakim di mana peguam Christopher Fernando menyatakan pada hakim bahawa "You shouldn’t behave like that just now".

Setelah sidang mahkamah diteruskan Fernando sekali lagi menyarankan kepada Ariffin Jaka agar memohon maaf kepada DSAI, tetapi hakim tidak memperdulikannya, sekali lagi Fernando dengan tegasnya menyatakan bahawa "You must apologise to DSAI". Ketika ini Ariffin Jaka telah gelabah, namun masih lagi membelit belit dengan menyatakan dia tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa "DSAI is a sick man", tetapi akhirnya mengalah dan mengatakan "Saya meminta maaf terhadap kata kata tadi!" Allah Maha Besar.... satu kemenangan moral kepada orang yang benar dan berperinsip!

DSAI juga mengingatkan Ariffin Jaka tentang nilai moral saksi unggul atau wira Mahathir yang bernama Azizan, bahawa Azizan terbukti telah berkali kali berbohong di dalam mahkamah, tidak konsisten dan telahpun disabitkan berzina di dalam mahkamah Syariah Melaka, maka mengikut agama yang dianuti oleh hakim, saksi itu wajar ditolak kesaksiannya kerana dia seorang yang fasik. Ini juga hujjah yang diberikan oleh Karpal Singh yang merojok sebuah kitab tetapi Ariffin Jaka si hakim khianat itu masih keras kepala mengatakan bahawa Azizan adalah saksi yang berwibawa….dan mahkamah ini tidak memakai hukum Islam... Astagfirullahal A’zeem!

Itulah antara aksi aksi bacul, dungu dan tolol pihak pencacai Mahathir yang tidak dilaporkan oleh mana mana media termasuk Malaysiakini yang berlaku di dalam mahkamah, maka itu setelah berakhirnya episod penyundalan mahkamah dan system kehakiman, semakin itu juga terserlah lagi keadaan Mahathir yang sedang terbogel menjilat jilat kemaluan dan najis najisnya sendiri macam seekor anjing kurap yang tua di tepi jalan! Disarankan kepada Menteri Pelancongan agar memasukkan juga Bangunan Mahkamah Tinggi sebagai destinasi membeli belah di dalam Promosi Mega Sale kerana di situ terdapat "the best justice that money can buy", so low cla#s and as cheap as a rotten banana for the monkey! If you are lucky you might be able to get two judges for the price of one..phew!

Pada kedua dua hari perkumpulan aman di sekitar mahkamah pada 4 dan 8 Ogos, pihak polislah yang sengaja mencetuskan keganasan dengan tanpa apa apa alas an sengaja menyerbu, mengejar, memukul dan menangkap orang orang awam yang sedang bersurai dan mematuhi arahan pihak berkuasa. Tetapi apabila terbit sahaja melalui TV 3 suku, NTV7, RTM... cewahhh... "Pihak polis berjaya bertindak menyuraikan rusuhan dan huru hara yang dilakukan oleh para penyokong DSAI..." ptuiiii! Tunggulah sehingga kebangkitan rakyat sebenarnya nanti, tengok apa pula bunyi laporan mereka di ketika itu!

PDRM dengan segala professional dan kepakarannya kini telah menjadi kumpulan mafia atau gangster umpama anjing buruan ternakan Mahathir yang sering melakukan jenayah jenayah terancang untuk mengkucar kacirkan ketenteraman awam, mengugut sesiapa sahaja yang menentang Mahathir dan menceroboh rumah rumah Allah. Ini adalah satu pengkhianatan terhadap negara, rakyat dan Agama di negara ini dan kesemua rakyat wajar mengetahuinya. Tindakan ini memang telah diketahui oleh Kabinet, para pemimpin UMNO dan BN, ketua ketua kanan Jabatan Kerajaan, panglima Panglima ATM, namun kekejaman dan sikap buas kumpulan ini tidak langsung ditegur, jauh sekali nak dilarang oleh mereka, maka tunggu dan lihat apakah yang bakal terjadi kepada kesemua para pensubahat dan pengkhianat apabila rakyat sendiri yang bangun membela kedaulatan undang undang di negara ini. Pasukan keselamatan yang telah dikepit di celah kangkang Mahathir bukan menggunakan kuasa, kepakaran dan tenaga mereka untuk menegakkan keadilan malah untuk terus bersubahat menzalimi rakyat dan meruntuhkan maruah pasukan itu sendiri. Lihatlah sendiri apakah slogan yang terpampang di bawah photo Mahathir di IPK Jalan Hang Tuah..."the boss is always right", Cisss begitu hina dan dayus sungguh anjing anjing biru ini semuanya!

Ingat PDRM, Allah tidak pernah memungkiri janji janjiNya, kebenaran dan kemenangan pasti akan datang dan di ketika itu ledakan kemarahan dan kebangkitan rakyat tidak akan dapat dibendung lagi. Di ketika itu rakyat akan sanggup berdepan dengan sesiapa sahaja yang memusuhi kebenaran, keadilan dan HAK HAK Allah, maka bersedialah di antara kita untuk kembali menemui Allah pada ketika itu dengan bekalan masing masing. Mungkin ramai rakyat yang akan kecundang, namun rakyat kecundang berlandaskan akidah, iman dan taqwa serta berpegang pada tali Allah, apa pula alasan puak puak polis yang juga kecundang diketika itu, alasan untuk membela seorang pemimpin zalim dan rakus yang menzalimi rakyatnya, mengkhianati negaranya dan memusuhi Agamanya… ayuh silakan…! Yakinlah, dengan provokasi, ugutan, tekanan dan kezaliman yang dilakukan ini hanya akan merupakan sebagai pemangkin untuk mempercepatkan proses HAK menumpaskan BATHIL.

Untuk kesekian kalinya…..ingatlah BN, UMNO, PDr.M dan anak bini Mahathir, "it is Mahathir’s HEAD and of HIS LIEUTENANTS’ that we are after…. may not be today, tomorrow or next year, but….ONE day, Insyaallah!"

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR WALILLAH HILHAMD!!!


~Kubang Pasu.