Laman Webantu   KM2A1: 2521 File Size: 10.1 Kb *



Sensiviti dan Tolenrasi Beragama?
By Kubang Pasu

9/8/2000 10:54 pm Wed



a#salamualaikum wr wbth,

Ukhuwwah yang dirahmati Allah dan dikasihi sekelian,

Di dalam beberapa artikal saya yang terdahulu pernah disentuh dan dibincangkan mengenai sensitiviti, tolenrasi dan kepekaan di dalam beragama, khususnya mengenai agama suci Islam kita yang mulia ini. Pernah diajak agar kita sentiasa berasa sensitif dan peka terhadap apa apa sahaja ejekan, persendaan, cemuhan, kritikan, penghinaan dan pencabulan ke atas Agama suci yang dinuzulkan Allah melalui RasulNya hingga dapat diwarisi oleh kita sehingga hari ini sebagai penyelamat yang HAK di hari pembalasan Yau Mul Mahsyar nanti, insyaallah yang pastinya akan tiba.

Akibat tiada pernah mengajarkan diri supaya lebih peka dan sensistif terhadap Agamalah maka hati ini telah menjadi keras, bebal, hitam dan pekat hinggakan ejekan, cemuhan, penghinaan dan pencabulan ke atas kesucian Agama dan Rasul kita pun di anggap biasa sahaja oleh sebilangan besar masyarakat Islam di negara ini, apa lagi oleh golongan Islam yang pentingkan PERUT samada Raja Raja, mufti, ulama, menteri menteri, panglima panglima tentera, ketua ketua polis, pegawai pegawai tinggi Kerajaan, penyokong penyokong dan pengampu pengampu Mahathir, UMNO, BN dan sebagainya !

Bermula dengan isu isu murtad yang sedikit pun Kerajaan dan pihak berwajib tidak merasa sensitif dan terhina, muncul pula golongan sesat Anti Hadis yang dinaungi oleh Perdana Menteri sendiri, yang bebas menghantar e-mail songsang ke merata pejabat dan mail groups, mencerca dan mengutuk sahabat sahabat Rasulallah SAW Ridhuanullahi A’laihim Ajma’in, imam imam muktabar dan ulama ulama hadis yang telah melakukan segala perjuangan serta pengorbanan yang besar demi menegakkan syiar Islam yang diwarisi sehingga kini sebagai penyelamat manusia sejagat, dulu, kini dan selamanya.

Kemudian tertubuh pula Jemaah Al Quran Malaysia (JAM) yang juga mendapat restu penuh kasih daripada Mahathir hinggakan dengan biadap dan kuffur sekali mengeluarkan kitab suci Kalamullah itu di dalam Bahasa Melayu karangan Othman Ali (masih Islam ke ?) dan dinamakan pula Bacaan ! Sifat dan sikap biadap keterlaluan yang sama taranya dengan golongan Yahudi dan Nasrani. Namun apa tindakan Kerajaan, JAKIM dan HAMid othMAN ? Ka#sim Ahmad (semoga laknat Allah ke atas kamu) dengan angkuh pula berucap di dalam perhimpunan (dibenarkan pula oleh Kerajaan Mahathir) mereka baru baru ini dengan memuji muji Mahathir di atas segala sokongan dan bantuannya terhadap kumpulan sesat mereka yang mana tanpa bantuan Mahathir sudah tentunya ramai daripada ahli kumpulan sesat ini sudah dikenakan tindakan ISA. Inilah kerja Kerajaan Islam Mahathir, apa rakyat belum peka dan sensitive lagi?

Cercaan Mahathir terhadap Islam dan Rasulallah SAW dari masa ke semasa jelas menampakkan yang dia amat membencikan Islam dan Rasulallah SAW outright, tanpa merasakan perlu bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam daripada "outlet" yang betul, isyy kalaulah "terkebawah" sedikit, nescaya Mahathir tidak menjadi manusia dan telahpun kena "angkut" (masa tu belum ada jamban "flush" di Alor Setar) serta hancur menjadi baja!

Segala sunnah Rasulallah SAW dijadikan bahan ejekan dan persendaan di majlis majlis rasmi Kerajaan dan UMNO oleh Mahathir dan Menteri Menterinya dengan segala macam tafsiran dan fitnah!

Tak cukup dengan itu diajaknya pula beramai ramai saudara kuffarnya yang bernama Sammy Vellu, Ling Liong Sik dan Lim Kheng Yaik bersahut sahutan mencaci dan memperlekehkan Agama Islam di khalayak ramai hinggakan tergamak dijadikan sepanduk untuk modal pilihanraya. Apa komen JAKIM dan HAMid othMAN atau Mufti Mufti? Apakah kesemua Mufti Mufti tidak berani "resign en bloc"? Sayangkan Agama Allah atau sayangkan gaji yang RM6000 serta Volvo yang sebuah itu? Sudah tiba masanya untuk Sahibul Samahah semua turun padang beramai ramai bersama sama rakyat dan perkatakan yang HAK di saat kezalimn sedang di kemuncaknya ini, bukannya sekadar tersenyum sengih malu malu kucing di dalam program program "gimmick" TV sahaja. Ingatlah bahawa tanda tanda amat hampirnya khiamat ialah orang yang AMANAH yang semakin berkurangan. Amanah Ilmu yang disembunyikan oleh mereka yang Allah kurniakan IlmuNya untuk tujuan tujuan yang mereka sendiri ketahui. Kalau sekadar nak menentukan tarikh puasa dan raya, rakyat pun sudah pandai membaca almanac dan membuat pengiraannya, tak perlu Mufti dan Raja Raja lagi.

Tali barut tali barut upahan yang dangkal ilmu Agamanya seperti Asan s/o Tok Rambai, anak Siam bangsat dari Jabat yang telah diberikan ruangan ekslusif untuk menyesatkan rakyat jelata di dalam media perdana Kerajaan dengan segala tafsir songsangnya tanpa apa apa teguran daripada JAKIM, HAMid othMAN atau Mufti Mufti dan ulama ula,ma perut, sebaliknya akhbar yang telus, amanah dan yang berakhlak seperti Harakah disekat dan pengajian pengajian Agama di rumah rumah Allah dihentikan dengan penuh ugutan dan ancaman! Sudah pun bermula penangkapan ke atas beberapa alim ulama yang ikhlas dan berani untuk mengatakan yang HAK yang mengajak manusia ke jalan Allah. Mereka ditahan secara yang zalim dan kejam di bawah ISA, Ust Dahlan dan menantunya dari Masjid Subang, Ustaz Shamsuri dan Ustaz Fahmi daripada Pulau Pinang, apakah mereka ini lebih merbahaya daripada Sammy Vellu, Ling Liong Sik, Lim Kheng Yaik, Eric Chia, Vincent Tan, VK Linggam, Thing Pek Khing, Ka#sim Ahmad, Astora ataupun Mahathir sendiri? Mana peranan JAKIM, HAMid othMAN dan ulama ulama perut yang lain? Tidak ada…. Sia sia lah kalian dengan ilmu ilmu yang dipinjamkan Allah itu, semuanya membisu, tuli macam tunggul!

Terdengar pula betapa celuparnya Rais Yatim, seorang Menteri yang mengaku Islam yang tahap kedunguan dan bebalnya tak jauh beza dengan Ibrahim Ali berura ura untuk membuang Islam daripada nama sebarang apa jua pertubuhan Islam di negara ini, tindakan ini adalah satu perbuatan khianat yang terkutuk terhadap Agama suci Allah yang tiada hukuman melainkan yang seberat beratnya yang setimpal terhadap orang itu, yang kononnya berkelulusan paling tinggi di dalam undang undang buatan manusia, pakar membakar jambatan dan juga pakar memutar belit kenyataan.

Campurtangan politik di dalam usaha untuk mencegah kemungkaran telah dengan terang terang dilakukan oleh Dolah Badawi dan Pak Abu Ha#san yang masih lagi disangsi akhlaknya mengenai anak hasil zinanya dengan adik ipar sendiri (wallahuwa’alam) di mana para peminum dan penghidang arak yang mengaku Islam dibela dan dilepaskan oleh mereka manakala pihak JAIS pula yang disalahkan.

Maka dengan kesempatan itulah manusia manusia biadap seperti Radakrishnan dan "Sleepless Subang" kini berani tumpang sekaki tambahan pula Malaysiakini sanggup menjadi media penyebar yang sama sama bersekongkol untuk menghina Islam dan ummatnya di negara ini, awas tindakan jijik sebegini!

Itu semua adalah contoh contoh penghinaan, kezaliman dan pencabulan ke atas kesucian Agama Islam yang rakyat semua WAJIB merasa sensitive, terhina, sedih, pedih, geram dan bercita cita untuk menebusnya walau dengan harga yang paling mahal sekalipun kerana mempertahankan HAK HAK Allah dan mengembalikan pada tempatNya adalah satu jihad apatah lagi melakukan itu di hadapan pemerintah yang zalim, kejam dan rakus seperti di zaman pemerintahan BN dan UMNO pimpinan Mahathir ini.

Islam mengajar kita supaya melakukan segala sesuatu dengan penuh kesabaran dan hikmah, maka sabar dan hikmahlah yang kita gunakan selama ini, namun hikmah bukannya bererti mengalah atau bacul, ia adalah KEBIJAKSANAAN atau WISDOM yang perlu bertepatan dengan sesuatu keadaan, ketika dan cara. Apakah satu langkah yang bijak apabila umat Islam disuruh berdiam diri dan bersabar apabila sebuah masjid dengan para jemaahnya lelaki perempuan tua muda dan kecil besar rentung dan hangus dibakar dengan kejamnya ketika sedang solat oleh golongan golongan musyrik? Apakah satu tolenrasi apabila umat Islam disuruh juga bertenang apabila sudah 3 buah kampung orang orang Islam dibakar oleh golongan golongan kuffar? Apakah kita tidak sensitive apabila perut Muslimat Islam yang mengandung dirobek dan bayinya dicincang dan dihumbankan untuk makanan anjing?

Itulah satu musibah sebagai tanda kehinaan yang Allah datangkan dalam bentuk yang merupai kezaliman dan kekejaman golongan Musyrik terhadap umat Islam yang telah sekian lama jauh terpesong, sesat, bebal, angkuh, biadap, mendustai dan derhaka terhadap Allah dan RasulNya! Walaupun di negeri yang majoritinya Islam, namun Islam itu hanyalah pada ritualnya sahaja, pada lain keadaan, amalan dan cara hidupnya sama sahaja seperti golongan golongan kuffar yang sesat. Inilah arah dan pedoman yang sedang diura urakan oleh pemerintah di negara ini sekarang. Apakah kita masih lagi buta, tuli, dan tidak sensitive dengan segala karenah Mahathir, UMNO dan BNnya sekarang di samping mengundang kemurkaan Allah pada bila bila masa jua?

Ketegasan terhadap golongan yang memusuhi dan menggugatkan Agama suci Islam adalah dengan jelas diarahkan oleh Agama kita, cuma kita ditegah daripada berlaku zalim terhadap mereka. Oleh itu, ayuh bangunlah umat yang mengaku "tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah", bertekad dan beristiqomahlah didalam agenda kita untuk mengembalikan HAK HAK Allah pada tempatNya semula. Sesungguhnya modal kita hanyalah Iman dan Taqwa, dan Insya Allah dengan ihsan dan rahmatNya jua dagangan kita akan dibeliNya. Panjangkanlah sujud sujud terakhir kita dengan segala pengaduan serta rintihan dan zahirkanlah nama nama MEREKA di dalam qunud qunud Nazillah di dalam setiap solat yang kita dirikan, Insyaallah! Masih adakah lagi golongan sebegini di dalam UMNO?

Walau bagaimana sekalipun JANJI JANJI ALLAH ADALAH BENAR, bahawa mereka boleh membunuh seramai manapun umat Islam, namun Agama suci Allah itu akan sentiasa di dalam peliharaan Allah jua. Kemenangan PASti datang ... Never too late!

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR WALILLAH HILHAMD!!!


~Kubang Pasu.