Laman Webantu   KM2A1: 2519 File Size: 24.5 Kb *



Bumi Pun Terasa Pilu
By Marhain Tua

9/8/2000 9:47 pm Wed


BUMI PUN BERASA PILU




Terjatuhnya hukuman ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim dan juga adik angkatnya Sukma Darwman Sasmitaat Madja, oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ariffin Jakka, bererti satu babak drama panjang dalam sejarah kehakiman negara akan sampai ke penghujungnya. Tetapi, cara hukuman itu dijatuhkan berasaskan cara kes itu dirancang untuk memuaskan nafsu-nafsi seorang diktator tua, akan mencetuskan satu babak baru pula. Dengan perkataan mudah, drama panjang itu akan menjadi lebih panjang lagi.


Tidak ada yang menakjubkan dalam pengumuman Ariffin Jakka, kerana beliau sudah lama diiktiraf sebagai seorang hakim robot bikinan mausia berhati syaitan. Sebagai seorang hakim yang beragama Islam, beliau bukannya baru keluar daripada universiti untuk mengejar nama lagi. Usianya yang sudah di ambang maghrib itu tidak lagi memerlukan sebarang insentif untuk melalukan sesuatu yang sensasi dalam kes ini. Sepatutnya dia sudah mampu membakul-sampahkan kes ini di tahap awal lagi. Namun, semua itu dia tidak mampu lakukan kerana dia sudah lama dirasuk oleh syaitan. Apakah Ariffin Jaka tidak faham dan sedar bahawa dalam hukum syarak, kes DSAI ini adalah satu drama yang amat lemah untuk dipertimbangkan? Keputusan Ariffin Jaka sepatutnya diumumkan pada 4 Ogos. Oleh kerana ia jatuh pada hari Jumaat, pihak Mahathir amat takut akan reaksi rakyat yang memang ramai berjumaah di masjid-masjid. Kerana itu kes ditangguhkan untuk mengelakkan masalah demikian.


Memang banyak perisitawa yang muncul secara kebetulan sejak 4 Ogos itu:

a) Tercetusnya satu tulisan di Malaysiakini yang dikatakan tulisan seorang yang bernama Radhakrishnan Muthiah (M.A.) daripada Cambridge. Hanya Malaysiakini yang mampu mengsahkan siapa sebenarnya penulis artikel itu. Kepada saya artikel itu adalah satu alat melencong perhatian seluruh negara ini terutama sekali orang melayu terhadap kes DSAI. Melalui Malaysiakini, Mahathir dan juga para konspiratornya ternyata berjaya besar membuat perangkap samar yang berjaya memesongkan pemikiran orang Melayu. Adalah tidak mungkin seseoang yang berkelulusan Cambridge mahu mempelekehkan kesucian satu ugama global, sedangkan di waktu yang sama dia sedar banyaknya keganjalan dalam falsafah hidup bangsanya yang diberi nama agama Hiindu itu. Kalu dia mampu memperlekehkan agama Islam tentu dia pernah terfikirkan budaya 'sati' di mana seorang isteri mesti menghumbankan badannya ke unggun api yang membakari mayat si suaminya. Tentu dia mahu menyoal kenapa seekor lembu dianggap dewata kerana susu yang keluar menjadi minuman bangsanya sedangkan dagingnya dianggap suci. Di waktu yang sama lembu itu diherdek setiap hari dan badannya dipukul sewenang-wenangnya? Yang lebih serius lagi tentu dia mampu mencuit mindanya sendiri melihatkan dewata yang banyak tangan tanpa banyak kepala dan mungkin juga tanpa banyak organ kemaluannya? Saya tidak hairan kalau manusia yang bernama Radakrishnan Muthiah itu sebenarnya seorang penulis lama yang kini bergelar si diktator tua.


b) Beberapa pemimpin muda Barisan Alternatif telah ditangkap pada hari Jumaat yang lalu. Lokman Adam telah ditangkap juga dan masih lagi ditahan. Kalau yang lain (tujuh semuanya) telah dibebaskan kenapakah Lokman Adam terus ditahan berdasarkan keaktifannya dalam pergerakan menyokong DSAI. Di waktu yang sama beberapa personaliti dalam B.A. (Ezam, Azmin Ali, Zunar dan banyak lagi) terpaksa sibuk menghadirkan diri mereka di mahkamah atas tuduhan melakukan demonstrasi haram di masa yang lalu. Semua ini adalah bertujuan menyisihkan pemimpin yang mampu merancang demonstrasi rakyat. Malahan pada hari ini (8 Ogos), Tian Chua diheret oleh beberapa orang pegawai polis atas tuduhan "beliau menghina seorang pegawai polis". Peristiwa beliau diheret itu dijadikan gambar muka hadapan Malay Mail (Edisi Khas). Tujuan pihak polis menangkapnya adalah berasaskan 'preemptive measures' sahaja.


c) Sejak 4 Ogos yang lalu semua rumah tol pintu masuk ke Lembah Kelang telah dikawal khas dengan cara menempatkan lebih ramai anggota polis di situ. Apakah itu juga berbentuk 'preemptive measures'


d) Pada 5 Ogos, Majlis 'The Mega Sales Carnival 2000' telah dilancarkan oleh Paklah. Upacara itu dilakukan di Jalan Bukit Bintang, sedangkan di waktu yang sama majlis yang serupa dilancarkan juga di Johor Bahru. Rejim Mahathir tidak akan melancarakan karnivel ini kalau ia tidak yakin bahawa kes DSAI mampu mencetuskan huru-hara. Cuma, lewatkan sahaja pengemumannya sehingga hari Salasa 8 ogos, semuanya akan berjalan dengan lancar.


e) Mungkin secara tidak terduga, missi khas yang dilakukan oleh Aziz Shamsuddin bersama seorang bekas Ketua Menteri Sabah ke Filipina untuk membebaskan tahanan Abu Syayaf di Kepulauan Jolo, terbantut. Pesawat yang membawa Aziz Shamsuddin tidak diberi keizinan mendarat. Sepatutnya Aziz 'berjaya' membebaskan saki baki tahanan yang masih menjadi tebusan kumpulan itu. Soalnya sekarang kenapakah seorang timbalan menteri pelajaran ditugaskan menjalankan kerja-kerja menteri luar ataupun menteri hal ehwal dalam negeri?

f) Pada hari Selasa itu juga muncul berita bagaimana semua anggota Al Maunah yang ditangkap di Bukit Jenalik (termasuk dua orang yang menyerah diri) dihadapkan ke mahkamah rendah di Taiping. Mereka diangkut dengan beberapa kenderaan daripada Bukit Aman ke Taiping. Di sana mereka diarahkan oleh mahkamah untuk menghadirkan diri di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. Soalnya sekarang, kenapakan mereka tidak dikenakan tuduhan itu di Kuala Lumpur. Bukankah itu menjimatkan belanja. Agenda mengangkut mereka pergi balik adalah laksana mengangkut tilam yang dikatakan digunakan di Tivoli Apartment dulu; dengan tujuan untuk menarik minat orang ramai sahaja.

g) Hampir semua media perdana (akhbar dan TV) termasuk tabloid murahan seperti 'Bebas' (Yahaya Ismail), Era (Idris Tulis) dan Warta KL telah memainkan peranan besar untuk menonjolkan Mahathir ke puncak pujian yang sungguh menjelekkan. Mereka telah menyediakan fikiran rakyat untuk menerima berita hukuman ke atas DSAI itu sebagai sesuatu yang mengikuti hukum undang-undang yagn bersih lagi bersih. Mereka telah mencanangkan ke otak rakyat marhaen betapa DSAI adalah seorang penjenayah yang mesti dihukum lagi agar beliau tidak mampu bergerak bebas untuk satu empoh yang panjang. Setidak-tidaknya segala perencanaan yagn rapi telah dilakukan agar rakyar marhaen mampu menerima hukuman berat yang akan dikenakan terhadap Anwar Ibrahim. Para konspirator tidak mampu mengambil kira betapa hukuman yang berat itu akan memisahkan satu keluarga daripada seorang ayah. Anak-anak Anwar akan membesar dibawah jagaan seorang ibu yang perlu terus bersabar. Apabila Anwar dibebaskan kelak semua anaknya sudah pun membesar dan usia Anwar pun sudah menjangkau lebih daripada enam puluh lima tahun.


h) Apa yang dikatakan amanat haji Hadi yang disebut dua puluh tahun dulu (20 tahun) ditukarkan kepada tajuk baru yang lebih sensasi. Semua akhbar perdana memainkan satu tajuk baru berjodol 'Fatwa Haji Hadi'. Tujuan sebenar tajuk sensaasi itu ialah mengkucar-kacirkan pemikiran orang Melayu agar terpesong pemikiran mereka daripada kes DSAI ini dan juga kisah penangkapan beberapa orang Melayu beragama islam di sebuah bar minuman di premis 'The Ship'.



i) Di waktu yang sama beberapa orang pemimpin UMNO diarahkan untuk bersuara lantang meminta agar perkataan 'Islam' dalam pertubuhan politik yang lama dikenali sebagai 'PAS' itu digugurkan. Inilah bahan pelencong yang ditujukan kepada segenap pemikiran rakyat marhaen beragama Islam di negara ini.

Yang lucunya, isu 'Fatwa Haji Hadi' dan 'Islam PAS' muncul setelah episod Sauk diterima oleh masyarakat Melayu sebagai satu episod drama melayu moden di zaman negara dijajah oleh seorang diktator yang semakin sewel.





RANCANGAN KOTOR LAGI JIJIK


Episod Anwar Ibrahim adalah satu episod yang akan terus menjadi panjang selagi seorang insan berhati syaitan terus memegang kuasa sebagai seorang diktator tua. Dari hukum Islam, Anwar Ibrahim tidak layak berada di sebuah bilik berjejari besi. Dia masih merengkok di sana dan akan terus merengkok di situ selagi Mahathir bin Mohamad masih berkuasa. Strategi memerangkap Anwar terus dengan hukuman tambahan adalah bertujuan agar semua anak-anak Mahathir yang sedang enak hidupnya (dengan segala peluang perniagaan yang indah-indah) akan terus menikmati segala punca kerakusan dunia ini walaupun Mahathir sudah lama mampos. Mahathir tahu dia tidak akan dapat menongkat langit, apatah lagi sudah beberapa kali menjalani bedahan susulan kepada injap jantungnya. Janganlah dia cuba berangan-angan mahu terus menipu rakyat negara ini. Daripada rambutnya mungkin dia mampu terus menghitamkan setiap helai juraian uban yang timbul itu. Tetapi, dia tidak akan mampu terus menghitamkan apa juga yang semakin terserlah dan terdedah hasil kerjanya yang keji-keji.


Kalau diamati segala peristiwa yang tercetus sejak dua tahun yang lalu kita akan faham betapa adanya satu sindiket khas yang berbentuk mega yang menupang Mahathir Mohammad untuk terus berkuasa. Sindiket ini bukan calang-calang kekuatannya. Ia mampu membunuh, mencederakan, menipu, manyamun dan mengarahkan drama sensasi. Begitu canggihnya sindiket ini sehingga ia mampu merencana bagaimana Mahathir harus berlakon depan rakyat marhaen dan membaca doa ketika majlis persidangan UMNO satu ketika dulu.



Untuk memahami kekuatan sindket mega ini kita perlu meneliti 'verdict Ariffin Jaka' sebelum menjatuhkan hukumannya terhadap Anwar. Tidak ada satu nisbah pun yang boleh diterima oleh akal yang waras dalam verdik itu. Tetapi, itulah hakikatnya. Segala tuduhan terhadap Sukma Darmawan dan Anwar Ibrahim adalah hasil satu jalinan fantasi yang dilaksanakan oleh sekumpulan orang Melayu yang bertaraf professional. Kalau ada pun seorang bukan Melayu ( daripada golongan profesional) yang terlibat dalam persekongkolan itu beliau adalah seorang hakim yang bernama Augustine Paul.



Jelas kini, Mahathir Mohammad mampu terus berkuasa kerana dia mampu memutarkan otak pemikiran sekumpulan Melayu yang taksub dan setia kepada kepimpinannya. Cara dia mampu mengawal minda dan perilaku sekumpulan Melayu ini adalah sungguh menakjubkan. Ia hanya akan terdedah semuanya apabila berlaku satu peristiwa mengejut di negara ini seperti Mahathir mati secara tiba-tiba samada mengikut amalan biasa ataupun sebaliknya. Ataupun Mahathir kehilangan kuasanya itu secara mengejut juga melalui amalan demokrasi ataupun rampasan kuasa oleh pihak tertentu dalam parti UMNO ataupun di luar percaturan parti politik. Ataupun sekumpulan orang Melayu yang dipukau untuk melaksanakan tugas yagn jijik itu tiba-tiba sedar daripada pukauan yang menghantui mereka sehinggakan kesedaran itu membawa satu reaksi yang spontan untuk mendedahkan kejijikan cara kepimpinan Mahathir itu.


Rancangan Mahathir yang kotor dan jijik ini harus difahami oleh rakyat marhaen yang cintakan negaranya. Kita harus bersikap positif dalam perkara ini. Janganlah ada kumpulan di pihak pembangkang yang mudah menyelar kumpulan Melayu yang taksub dengan kesetiaan kepada Mahathir ini sebagai kumpulan yang sesat. Ramai di antara mereka itu nampak sesat kerana diperangkap melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang dan etika pekerjaan mereka. Kalaulah kesalahan yang terserlah itu dipergunakan oleh Mahathir, manusia ini sudah tentu kehilangan sesuatu ayng berharga dalam hidup mereka. Apabila sesuatu itu mudah hilang di ambang kesenjaan khidmat mereka, makanya jalan yang paling mudah ialah untuk terus akur mengikut perintah. Tidak kiralah kalau keakuran itu bererti mereka menggadaikan martabat diri dan harga nama sendiri.



Memang, sekali pandang kita mudah menuduh Eusuoff Chin, Attorney General Mokhtar Ahmad, Hakim Ariffin Jakka, SAC 1 Musa Hasaan, Gani Patail, Dato Zulkifli Abdul Rahim dan banyak lagi. Semua ini adalah berbangsa Melayu yang menjalankan pelbagai peranan untuk menghenyak Anwar Ibrahim. Betapa pula dengan Mantan Ketua Polis Negara Rahim Nor yang melebaman mata Anwar. Bagaimana pula dengan Tun Hanif Omar yang mengaku betapa ada tuduhan terhadap Anwar melakukan perbuatan sumbang? Tetapi, apabila kita selidikki dalam-dalam akan peranan setiap insan yang tersebut namanya di atas ini dengan menyingkap perlabgai latar belakang mereka, kita dapati mereka mempunyai beberapa kelemahan yang mampu diliwat oleh Mahathir agar terus taat setia terhadapnya secara membuta-tuli. Dengan lain perkataan, mereka mampu diputarbalik untuk menjadi robot bikinan seorang insan yang sudah lupa daratan.



BANGSA MELAYU YANG DIBICARAKAN


Hukuman yang dikenakan terhadap Anwar dan Sukma Darmawan adalah satu hukuman yang melambangkan betapa seluruh bangsa Melayu itu telah dihukum. Ya, pada hari ini 8 Ogos 2000 bangsa Melayu telah dihina secara rasmi kerana sikap orfang melayu yang sanggup merendah diri kepada kepimpinannya. Inilah lambang bagaimana orang melayu itu sanggup berserah kepada taqdir setiap kali musibah datang menjalang. Ironisnya, setiap kali musibah itu menjalang ia datang daripada otak jemala orang Melayu juga. Lihat dulu sejarah bangsa, bagaimanakah kerajaan Sultan Melayu Melaka hancur lebur kalau bukan disebabkan kegagalan orang melayu menyedari hakikat betapa orang mendatang mampu mempunah-ranahkan bangsanya? Bagaimana pula Dato Maharajalela dan Dato Sagor boleh terhukum kalau bukan kerana adanya orang Melayu yang sanggup belot terhadap bangsanya?


Kini, sejarah berulang lagi. Seorang wira Melayu terhukum kerana dia mahu mempertahankan harga diri bangsanya.


Seorang diplomat asing yang sudah lama berada di negara ini menitiskan airmatanya ketika berbual dengan penulis mengenai DSAI. Dia berkata betapa dari segi ketokohan memimpin masyarakat bangsa, kewibawaan Mahathir adalah jauh lebih rendah daripada kewibawaan Anwar Ibrahim. Inilah penyebab utama berlakunya segala usaha daripada pihak Mahathir untuk memusnahkan Anwar Ibrahim. "Sebenarnya sudah lama Mahathir mahu memusnahkan Anwar, tetapi Allah sentiasa memihak kepadanya. Cuma, Anwar tidak berwaspada daripada mulanya lagi. Dia memikirkan Mahathir cukup dilembutkan-hatinya dengan memberi taraf kebapaan terhadapnya. Di sinilah kesilapan terbesar Anwar, sebenarnya. Anwar lupa dan mungkin tidak perasan bahawa mahathir berkuasa penuh kerana dia dikelilingi oleh manusia yang berhati syaitan, yang sudah lupa akan kekuasaan Tuhan dan tidak mahu memikirkan bahawa setiap insan akan mati menemui penciptanya. "



Dalam dunia korporat di negara ini, kita akan mudah terdengar beberapa insiden di mana orang melayu sanggup berlapar saban hari semata-mata mahukan masa yang baik menunggu peluang bersua muka dengan mahathir. Betapa pun pentingnya masalah yang mereka hadapi,orang melayu yang kebanyakannya berkelulusan tinggi dan mempunyai degree yang menjela panjangnya akan sanggup menanti peluang yang baik untuk mengemukakan masalah mereka .


Tetapi, perkara seperti ini lain pula cara ditangani oleh orang bukan Melayu. Terlalu banyak insiden bagaimana Mahathir sanggup keluar daripada majlis yang dipengerusikannya apabila dia melihatkan jentikan jari yang disorongkan terhadapnya oleh korporat bukan Melayu yang diberi peluang menghulurkan jarinya itu melepasi celah pintu. Ironisnya, sebilangan besar korporat bukan Melayu itu tidak pun mempunyai sebarang ijazah yagn panjang menjela. Mereka melonjak naik ke mercu kejayaan nama mereka melalui kerja kontrak pilihan semata-mata. Inilah korporat ulungan yang bernama Eric Chia, Ting Pik King, Vincent Tan, Abdullah Ang, dan banyak lagi.


Dengan lain perkataan, Mahathir bin Mohammad berjaya merobotkan sebilangan besar pemimpin Melayu yang sanggup terus taat setia kepadanya. Tetapi, di waktu yang sama dia mudah dirobotkan oleh segelintir orang bukan Melayu yang tidak pun mempunyai sebarang kelulusan profesional pada nama mereka. Kerana itu mereka sanggup bermati-matian mengejar segala gelaran bintang dan darjat penganugerahan sultan dan gobenor di negara ini. Semua itu mereka lakukan dengan jayanya setelah menjebak Mahathir dalam satu perangkap emas yang tidak nampak di mata rakyat marhaen di negara ini.


Segala insiden merendahkan martabat Mahathir oleh segelintir ketua korporat bukan Melayu (terutama sekali orang Cina) di negara ini dilakukan dengan jayanya disebabkan adanya sokongan dan persekongkolan segelinir orang Melayu. Pemimpin kaparat bukan Melayu hanya mampu merobotkan Mahathir dengan kerjasama kumpulan kaparat Melayu yang diberikan amanah oleh masyarakat bangsanya. Satu parsatu di antara mereka ini sedang dihantui satu dilema kehidupan yang menjijikkan. Tak payahlah disebutkan nama mereka itu kerana kita tidak mahu mengaibkan ahli keluaurga mereka yang tidak berdosa. Biarlah masa yang terdekat menentukan segalanya di mana mereka akan menanggung aib kerja jijik yang mereka lakukan itu. Contoh yang paling baik ialah episod percutian Eusoff Chin dan Mokhtar Ahmad bersama Vincent Tan di luar negara. Apakah mereka mampu tidur lena dengan segala pendedahan yang dilakukan di media ma#sa? Dalam satu waktu yang terdekat manusia yang disebutkan namanya ini akan merasakan betapa hinanya hidup mereka walaupun segala gelaran bintang dan anugerah raja telah disematkan di dada mereka. Penghinaan terhadap Anwar akan menghantui hidup mereka seterusnya.


Demikianlah halnya dengan seorang insan bernama Aziz Shamsuddin. Ada satu kes yang melibatkan kehilangan sekeping chek (atas nama isterinya) yang dicuri orang ketika berlakunya kemalangan yang meragut nyawa isteri beliau. Aziz Shamsuddin adalah seorang insan yang hampir menyerupai syaitan perangainya. Dia disanjung tinggi oleh orang UMNO kerana dia adalah pakar pemikir sindiket Mahathir. Tanpa memenangi kerusi pilihanraya dia mampu menjadi timbalan menteri dan besar kemungkinannya sehari dua ini menjadi seorang menteri penuh. Kepintarannya mengawal minda Mahathir semakin terserlah dengan adanya Tengku Adnan sebagai setiausaha kerja UMNO. Kuasa yang ada di tangannya mampu menangguhkan kes chek yang hilang itu daripada pengetahun umum. Tetapi, sehingga bila agaknya? Kini, Aziz sibuk dengan masalah tebusan di Sipadan yang dipunyai oleh salah seorang anak Mahathir. Mungkin Aziz pun mempunyai saham dalam perniagaan di pulau itu. Soalnya sekarang, apakah kerja-kerja sulit yang dilakukanoleh Aziz itu sebagai satu strategi untuk menyingkirkan seseorang menteri yang kini berada di jawatan yang akan digantikan oleh Aziz itu? Sambil memikirkan perkara ini, berapa ramaikan orang Perak yang terfikir betapa Aziz juga berjaya menyingkirkan seorang menteri kesayangan Mahathir yang bernama Megat Junid?



Kini, proses menonjolkan Aziz Shamsuddin dijangka akan berjalan dengan rancaknya. Kalaulah pesawat yang membawanya ke Pulau Jolo itu tidak disekat, Aziz mampu melonjakkan namanya lebih tinggi lagi. Demikianlah perancanaan manusia yang mampu diveto oleh Allah yang Maha Berkuasa. Dengan terhumbannya Anwar untuk satu waktu yang panjang di penjara satu rancangan jahat untuk menentukan siapa yang akan menggantikan Mahathir sudah lama direncanakan. Di bawah ini dipeturunakna satu analisa ramalan bagaimana dinasti Mahathir ini mahu dikekalkan:



a) Perlekehkan masyarakat agama Islam agar generasi muda Melayu akan lebih taksub kepada parti yang memerintah. Salah satu tugas memperlekehkan ajaran Islam sedang dilakukan oleh seorang bekas menteri di kabinet Tun Razak dulu - Dato Abdullah Ahmad. Contohnya boleh didapati dalam tulisan beliau bertajuk "Hadi The Real Danger Man" (Sila lihat Straits Times August 8, Mukasurat 14). Saya ingin petik sebahagian kecil penulisan beliau:


... " Saya memberikan satu pengajaran kepada PAS di sini. Yang merupakan ssesuatu yang penting kepada seorang insan yang bercita-cita seperti Haji Hadi kerana partinya menguasai hanya 2 daripada 14 negeri. Dia mesti mengingati ini selalu: UMNO akan berkuasa kembali dan akan membalas tumbukan PAS dan menyingkirkan beliau akhirnya sebaik sahaja ia bersedia melakukannya. ..."




b) Kempen menjatuhkan Najib sedang berjalan sekarang. Beberapa tabloid murahan sudah pun memulakan rencana agar "Najib Perlu Letak Jawatan". Semua tabloid ini ada kena mengena dengan Mahathir Mohammad, Tengku Adnan dan UMNO . Pada satu ketika dulu, pengendali tabloid ini amat taksub menonjolkan nama AAnwar Ibrahim.



c) Kempen agar jawatan naib presiden UMNO dimansuhkan, masih berjalan secara senyap. Tiga orang yang memegang jawtan itu sekarang sedang diperlekehkan. Mohd. Taib adalah merupakan seekor kuda tempang. Begitu juga dengan Mahyuddin Ya#sin yang semakin kehilangan pengaruhnya di Johor. Cuma, Najib yang mesti diserang habis-habisan untuk melumpuhkan ikatan naib presiden itu.


d) Paklah akan disogokkan dengan beberapa perkara sensasi yang membuatkan beliau mudah melatah. Sedikit demi sedikit Paklah akan terpinggir dan kehilangan kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri.


e) Kempen memansuhkan jawatan naib-presiden parti UMNO telah dicetuskan oleh Rafidah Aziz. Tentunya dengan arahan seorang atasan yang lebih berpengaruh. Ramai orang berfikir Rafidah melaungkan pendapat itu sebagai persedian agar dia dilantik sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri menggangtikan Paklah. Bagaimana Paklah akan diketepikan adalah satu persoalan yang tidak perlu difikirkan masa ini. Itu merupakan satu perkara yang amat mudah sahaja. Terlalu banyak contoh yang telah dicipta dalam negara yang mengamalkan konsep 'Malaysia Boleh'. Matlamat strategi ini dijangka akan membawa beberapa perubahan tidak lama lagi. Besar kemungkinannya Rafidah menjadi Menteri Kewangan ataupun Menteri Besar Perak. Ini membolehkan Aziz Shamsuddin naik ke atas sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sayang sekali, seorang menteri Filipina telah menyekat pendaratan pesawat yang membawa Aziz Shamsuddin di Zamboanga itu. Kalau tidak, Aziz Shamsuddin akan menjadi satu nama yang menonjol 'baunya'. Samaada haprak ataupun harum bauan itu adalah satu soal lain pula.


Ironisnya, perkara yang memeranjatkan rakyat berlaku kepada Aziz Shamsuddin ketika rakyat menghadapi keputusan mahkamah terhadap Anwar Ibrahim. Apakah satu kebetulan, Aziz berada di Filippina ketika Anwar sedang berperang terhadap nasih masa depan diri dan ahli keluarganya?


Demikianlah halnya dengan sebuah negara Melayu yang beragama Islam. Keharmonian bangsa itu menjadi kucar-kacir disebabkan kerakusan kuasa segelintir manusia Melayu yang terlalu takksub mengekalkan dinasti seorang diktator tua yang sudah semakin lupa daratan. Pada hari ini (8 Ogos,00)seluruh ibukot nampak sugul dengan hujan turun renyai-renyai sepanjang hari. Bumi seolah-olah turut pilu dan sayu dengan terjatuhnya hukuman yang ditimpakan ke atas Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan.


Pada keseluruhannya masyarakat Malaysia merasakan kepiluan hukuman yang baru itu. Sebilangan besar masyarakat Melayu masih lagi terkejut dengan hukuman itu. Demikianlah berakhirnya satu babak yang panjang dalam satu drama yang akan menjadi lebih panjang lagi. Ia tidak akan berakhir walaupun Mahathir Mohammad sudah lama mampos, nanti. Penderitaan yang akan ditanggung oleh Anwar Ibrahim dan seisi keluarganaya akan menjadi satu penderitaaan dan keaiban seluruh masyarakat bangsa Melayu itu, khasnya. Walaupun ada pengecualian di kalangan segelintir orang Melayu yang lupa daratan, kerobotan yang berlaku kepada seluruh masyarakat Melayu akan diperbetulkan oleh masa dengan kuasa yang ada pada Allah SWT juga.


Pembetulan skrip untuk memperbetulkan martabat Melayu yang tercemar itu adalah satu proses yang sudah bermula dan yang akan berakhir dengan satu penglaksanaan yang tidak akan mengambil satu masa yang panjang. Lihatlah nanti. Insya Allah.




-Marhaintua-
8 Ogos, 2000