Laman Webantu   KM2A1: 2515 File Size: 3.8 Kb *



Re: Fwd Malaysiakini - anti Islam??
By web aNtu

8/8/2000 11:54 pm Tue

Sumber: ADIL Net

Date: Tue, 08 Aug 2000 02:26:48 +0800 From: Abdul Rahman Subject: Adakah MALAYSIAKINI.COM Anti Islam????

Tuan Editor,

Saya di sini MEMPERSOALKAN sikap Malaysiakini yang nampaknya semakin ANTI ISLAM.

Mengapa saya kata begitu???. Ini adalah kerana Malaysiakini bertindak TIDAK ADIL di dalam menangani isu2 yang berkaitan dengan Islam. Sebagai contoh, di dalam isu Vengaboys baru2 ini saya telah menghantar lebih dari 5 surat kepada Malaysiakini tetapi tiada satu pun surat tersebut yang disiarkan. Surat2 saya itu mengandungi FAKTA2 dan HUJJAH2 menyokong protest terhadap konsert Vengaboys. Surat2 saya juga MENENTANG hujjah2 kosong yang diberikan oleh Farish Noor dan rakan2.

Artikel2 yang disiarkan dari sudut MENYOKONG PROTEST Vengaboys pula adalah dalam bentuk SURAT dan bilangannya tidak banyak serta kandungannya juga tidak berapa kuat sedangkan artikel yang MENYOKONG KONSERT VENGABOYS mendapat tempat yang ISTIMEWA dalam Malaysiakini.com. Mengapa bias ini berlaku???.

Dalam isu EVOLUTION saya juga telah menghantar 2 artikel yang bersifat SAINTIFIK di dalam menentang idea EVOLUTION ini. Tetapi tiada satu yang disiarkan oleh Malaysiakini.com.

Tetapi pada waktu yang sama Malaysiakini telah menyiarkan satu surat yang bersifat REMEH bertajuk Unwelcome wake-up call/ Aug 5-6 , 2000. Isu ini adalah isu yang remeh kerana si pengkomplen hanya perlu membuat SATU PANGGILAN TELEFON kepada JAIS atau pihak jawatankuasa masjid berkenaan untuk diperbetulkan keadaan tersebut. Mengapa perlu DIPERBESAR2KAN isu tersebut sehingga mendapat tempat dalam Malaysiakini??

Tetapi, surat bersifat REMEH ini TETAP DISIARKAN sedangkan tulisan2 saya yang menyentuh ISU yang LEBIH BESAR dan penting telah DIBAKUL SAMPAHKAN.

Mungkin juga surat saya telah MENYERANG fahaman LIBERALISMA BARAT yang saya syak menjadi ANUTAN para WARTAWAN Malaysiakini. Sememangnya menjadi tabiat para LIBERAL baik di Amerika mahupun di Malaysia bahawa mereka amat bersikap TIDAK TERBUKA apabila mereka dikritik.

Pada waktu yang sama mereka menuduh golongan agama sebagai SEMPIT kerana tidak boleh dikritik. Nampaknya mereka bersikap HIPOKRIT kerana mereka menuduh orang lain APA YANG MEREKA SENDIRI BUAT.

Saya sendiri mensyaki bahawa para wartawan di Malaysiakini.com mempunyai PREJUDIS yang tersimpan dengan agama/islam yang kadang2 mereka tertunjuk juga kepada para pembaca akan sikap PREJUDIS mereka. Ini adalah lumrah para LIBERAL yang tidak habis2 bersikap PREJUDIS dan BANGGA DIRI.

Saya hairan apabila para wartawan Malaysiakini.com sudah mula memperbesarkan perkara REMEH hanya untuk memburukan Islam kerana mereka tahu bahawa Islam adalah ANTITHESIS yang amat kuat kepada fahaman Liberalisma Barat. Saya juga mempersoalkan mengapa tiada rujukan atau penulis staff yang BERKELAYAKAN tentang Islam di dalam Malaysiakini.com???.
Sedangkan saban hari Malaysiakini.com menyiarkan artikel2 yang menyentuh tentang Islam???.

Kalau Malaysiakini.com mampu untuk mengambil kerja wartawan2 seperti Amir Muhammad dsbnya mengapa tidak mahu mengambil kerja wartawan2 yang mempunyai kefahaman Islam yang tinggi. Malahan tiada pun tempat RUJUKAN ULAMA ISLAM yang dimasukkan di dalam senarai staff Malaysiakini.com.

Walaubagaimanapun, sekiranya Malaysiakini.com sanggup membuat satu perubahan yang positif di dalam menjaga KEHARMONIAN KAUM, maka saya mengalu2kan nya.

Abdul Rahman Abdul Talib





Link Reference : Newskini