Laman Webantu   KM2A1: 2511 File Size: 5.9 Kb *



Bingkisan 8 Ogos - Judgement day
By web aNtu

8/8/2000 11:23 am Tue


Saya tercari2 apa yg dapat ditulis untuk dibuat bingkisan esok hari. Masa
menterjemah buku tadi sudah pun memakan masa hampir 3 jam. Saya sebenarnya
sedang mencari sesuatu utk menemani hari esok bersama pejuang2 di mahkamah...
ia itu barisan kekata yg merangsang.

Tercapai buku Islam N Nasionalism - saya lalu terjemahkan. Kini ada satu nota 'cuttings' lagi dlm gengaman - keratan2 satu artikel bertajuk "Man N Faith". Ini adalah sebahagian drpd koleksi buku2 N keratan akhbar yg saya simpan 14 tahun yg lalu. Saya sebenarnya meminati bidang filosofi. Mengapa? Jawapannya akan menyusul dlm perenggan2 yg menyusul nanti.

Kekuatan reformasi tidak bergantung kepada kekuatan fizikal luar yg dipersembahkan seperti satu permainan gusti yg mungkin sedang ditonton oleh peminat reformasi ketika ini. Kita tidak memerlukan sekumpulan body builders utk menumpaskan polis2 yg garang. Kita juga tidak memerlukan sebarang senjata fizikal untuk menang. Ini adalah kerana ia hanya berupaya memberi kecederaan yg sementara. Ada doktor yg boleh mengubatnya. Tapi ada sakit yg bisanya tidak dapat diubati - malah akan meragut nyawa si pesakitnya. Sakit di dalam jiwa...

Tidak ada manusia yg boleh berdiri selama2nya. Lambat laun diktator itu akan rebah kebumi juga. Kuasa fizikal nampaknya tidak dapat merebahkan beliau kerana ada ramai anjing disekeliling beliau. Akan tetapi jika ada satu "kuasa" yg dapat mengawal anjing2 ini supaya meninggalkan dia kita akan berjaya juga merebahkan diktator tua ini! Kuasa ini lah yg akan menukarkan anjing2 ini kepada manusia - atau setidak2nya menjadikan anjing ini gilerrrr.

Untuk itu kita perlu mengkaji apakah "benda" yg paling ditakuti oleh diktator tua itu? Pendedahan demi pendedahan!! Penulisan demi penulisan!! Dan yang penting sekali SEBARKAN!! Inilah yg paling ditakuti oleh diktator tua ini. Malah hukuman yg akan dijatuhkan pada tanggal 8 Ogos nanti adalah kerana "benda" ini juga. Mahath1r sanggup melakukan apa sahaja utk melenyapkan "benda" ini. Esok adalah hari ia cuba dilaksanakan sekali lagi ... kerana tikaman N semburan racun yg terdahulu didapati masih belum berkesan - masih belum dapat mengkuburkan "benda" ini.

Mahath1r memang membenci segala aspek bangkangan N pendedahan jenayah beliau - apatah lagi jika ia dapat disalurkan kepada setiap pelusuk negara. Kenyataan Datuk Shapei yg begitu penting tidak mendapat ruang dlm akbar tetapi kenyataan fantasi seorang penyanyi mendapat tempat yg tidak kurang publisitinya. Apa sudah jadi kepada akbar sekarang ? Apakah fantasi itu lebih penting utk negara yg melaungkan "Bersih Cekap dan Amanah" ini daripada pendedahan dalam kandang saksi akan kekorupan sesorang perdana menteri? Amat wajarlah akhbar2 ini diboikot kerana hanya sampah yang dihidang, racun yang diberi tapi penawarnya diletak amat jauh ketepi....

Saya kira rakyat sudah dan sedang dalam proses untuk dirobotkan. Satu persatu ruang untuk menyatakan perasaan N kebenaran ditutup dengan alasan yg paling tidak menasabah. Malah semuanya dilakukan dengan nama KUASA - bukan melalui mahkamah. Sekiranya detik memang dajjal - mengapa tidak dihukum sahaja di mahkamah? Begitu juga ekslusif - kedua2 media ini diusahakan oleh orang melayu sendiri tapi nampaknya umno tidak berminat hendak melahirkan melayu yang kritis tetapi melayu yg tunggul kayu. Sekiranya akbar2 ini menyebar fitnah kenapa ia tidak didakwa? Inilah satu persoalan yg org umno sendiri sewajarnya bertanya. Bukan asyik tanya projek N upah melobi2 sahaja!

--ooOoo--

Man N Faith: Ringkasan Terjemahan

Buku ini mengisahkan satu polemik manusia yg memerlukan sesuatu utk melengkapkan dirinya. Iman itu merupakan pakaian buat manusia - tanpa iman manusia menjadi binatang - malah lebih teruk daripada binatang!

Perbedaan yg ketara antara manusia N binatang ialah dimensi ilmu, kesedaran dan objektif hidup. Sekiranya kita tiada elemen2 ini kita sudah jadi binatang!!

"Humanity needs 3 things today: a spiritual interpretation of the universe, a spiritual emancipation of the individual and a set of principles universally upheld which would explain the evolution of human society on a spiritual basis." - Iqbal

Manusia mempunyai 2 jenis aksi (action)

1: pleasure oriented - sprt makan, hisap rokok - dibuat kerana mengikut selera nafsu nafsi dll

2: goal oriented - dibuat kerana keinsafan, kesedaran diri N perasaan bertanggungjawab terhadap satu2 ideologi atau kepercayaan.

Semakin banyak manusia membangun N membina kesedarannya, semakin dekat ia menuju kpd kebenaran atau realiti hidup, iaitu dia melakukan goal oriented actions. Ini adalah kerana semua binatang melakukan sesuatu berdasarkan pleasure oriented actions - ikut sedap fizikal saja. Tetapi goal oriented action yg berpaksikan keimanan kpd tuhan akan membawa kita kepada kenikmatan yg sebenarnya N kekal abadi - syurga N keredhaan ilahi.

Sekarang jelaslah - kita tidak boleh berfungsi sebagai manusia sejati jika action kita dibuat berdasarkan sedap atau seronok aje..... tapi apa yg kita lakukan adalah kerana ada sesuatu yg ingin kita capai. Kita berpuasa untuk melatih diri bersabar N patuh hanya pada tuhan. Begitu juga kita berjuang, ia kerana itulah bukti sayangnya kita kepada ugama yg kita anuti - melebihi sayang kpd nyawa diri sendiri. Kita hadir kemahkamah utk melihat apakah negara ini mengamalkan nilai2 Islam atau sekadar bermain dgn slogan Islam... esok adalah hari utk kita menyaksikan kemana islam itu ingin dicampakkan N siapa yg akan mencampakkannya.

Oleh itu tunggu apa lagi ..... berjuang terus berjuang!! Jangan biarkan Islam dicampakkan.

Sekian N Selamat Berjuang!!

Link Reference : Newskini