Laman Webantu   KM2A1: 2510 File Size: 11.2 Kb *



Islam VS Nasionalisma
By web aNtu

8/8/2000 6:51 am Tue

Berikut adalah "excerpts" surat saya kpd MT - belum hantar lagi .... tengah2 cari idea.... susah beb nak hantar surat yg REAL kpd sdr MT ni. Berikut adalah surat yg tak REAL lagi......


Sdr Marhain Tua yg dihormati - a#salamu ' alaikum wrbth:

Semasa membaca warkah ini saya rasa sdr mungkin telah pun membaca sedikit cetusan2 idea saya di laman KM2 sebagai komen/menjawab surat sdr. Sebenarnya bukan menjawab - tetapi satu 'analisa warga muda' yg dibisikkan oleh satu penulisan yg amat bermakna dari "wargatua". Mula2 saya merasa ingin memasukkan cetusan2 itu di dalam warkah ini, tetapi bahasanya tidak sesuai - kerana gaya penulisan saya yg tak seberapa, walaupun diubah sini dan sana.


Saya memang kagum membacanya - sampai lebih 10 kali saya ulangi membacanya. Penulisan itu amat merangsangkan jiwa. Ditambah pula dgn kekata


"Saya menyertai dunia siber Melayu bukannya untuk bertelingkah dengan sesiapa."

Penulisan sdr adalah merupakan satu aset yg amat penting untuk perjuangan ini. Sekali lagi saya doakan agar sdr terus menulis, dan kalau boleh di forwardkan kepada saya di alamat ######@yahoo.com untuk siaran di KM2 dan ruangan penulis reformasi dinewskini [dlm rangka pembinaan].


Saya "surrender" kerana agak sukar menulis bahan yang berkualiti melalui rencah fikiran saya kepada saudara... tapi daripada email kosong, lebih baik saya nukilkan sedikit bahan2 yang saya rasakan sdr suka bahan2 ilmiah ini - jadi saya sertakan sedikit artikel di sini buat pembacaan sdr - ini boleh disiarkan atau dimasukkan ke dalam penulisan2 sdr. Artikel ini adalah ringkasan dan terjemahan saya drpd satu buku setebal 110 muka bertajuk: Islam dan Nasionalisma


--ooOoo--

Islam dan Nasionalisma:

Nationalism is the source of all misfortunes of Muslims - Khomeini. Those who wish to revive nationalism are confronting Islam - Khomeini. Our heart belongs not to India or Rome or Damascus. Our only homeland is Islam - Iqbal.


Pendahuluan:

Nationalisma adalah satu isu yang menarik perhatian masyarakat. Setakat manakah Islam boleh menerima ideologi ini?. Bolehkah seseorang muslim itu menjadi seorang yang beriman dan seorang nasionalis pada ketika yang sama?


Komunisma dan nasionalisma adalah dua permikiran hidup di barat. Hari ini Islam tidak berhadapan dengan ancaman penyembahan berhala, kristian dsb tetapi pemikiran komunisma dan nasionalisma. Walaupun jumlah penganut kristian mungkin mencapai angka satu billion, namun, sebagai satu ugama dan ideologi yang aktif, ajaran kristian menjadi "mayat" yang tersimpan di gereja. Ia telah tidak berfungsi (defunct) sebagai satu cara hidup dan tidak lagi merupakan satu faktor penentu kehidupan barat atau daya motivasi sosial masyarakat. Kuasa penggerak yang menggerakkan atau merobotkan penghidupan mereka sebenarnya adalah nasionalisma dan komunisma.


Kuasa inilah sebenarnya yang berkonfrontasi dengan Islam sekarang ini - di mana Islam mahu dijadikan satu ugama ritual peradatan dalam rumah atau masjid sahaja, tidak berguna untuk masyarakat dan akhirnya tenggelam (into oblivion), reput dan lenyap dari menjiwai sistem hidup masyarakat dan manusia - seperti ugama Kristian.


Nasionalisma adalah komplot baru yang ditetaskan oleh kuasa imperialisma untuk menampar Islam. Tujuannya ialah untuk merealisasikan satu impian yang tidak tercapai dalam perang Salib. Nasionalisma bertekad untuk memecahkan perpaduan dunia Islam yang mana akan menggugat kepentingan imperialis dalam dunia antarabangsa. Kuasa imperialisma ini sudah berjaya memecah dunia islam kepada ketulan2 kecil untuk ditelan satu persatu. Inilah dimensi bahaya ideologi nasionalisma.


Bahagian 1: Kajian Sejarah Nasionalisma

1) Timbulnya nasionalisma sebagai satu pegangan

Walaupun ciri2 nasionalisma mungkin telah ujud dalam sistem kaum Greek beribu2 tahun yg lampau, nasionalisma sebagai satu ideologi politik dan sosial lahir di barat semasa revolusi Perancis.


Jean-Jacques Rousseau adalah seorang daripada pencetus pemikiran ini. Di dalam revolusi Perancis inilah anyaman utama pemikiran nasionalisma diketengahkan. Ia diterjemahkan dengan pujaan dan emosi terhadap bendera dan negara, pemujian hero2 negara, penggubahan lagu2 nasional, kesucian bahasa dan bangsa, dan menghidupkan satu budaya hari kebangsaan siap dengan perayaan2 dan aturcara2 untuk menonjolkan kebanggaan sebagai satu bangsa. Tetapi setelah keluarga Jacobin mendapat kekuasaan, nasionalisma menjadi alat atau 'pa#sword' untuk memainkan sentimen rakyat untuk membunuh, dan menjajah.


Kemunculan Napoleon mempercepatkan perkembangan ideologi ini - dimana beliaulah yang pertama yg menabur benih2 nasionalisma kebumi negara Islam. Gejala ini merebak ke German dan Itali, di mana pembunuhan ngeri dilakukan atas nama atau 'pa#sword' kebangsaan. [pinjam kekata Pak Marhain Tua :-)]



Abad ke 19 dipanggil "abad emas" nasionalisma. Pada abad inilah Thomas Jefferson N Thomas Paine meletakkan batu asa nasionalisma Amerika. Di England pula Jeremy Bentham membuka skop baru utk nasionalisma bersama William Gladstone. Pada waktu ini nasionalisma merebak ke tengah2 N barat benua eropah. Pada abad inilah munculnya, Mazzini dari Itali, seorang pakar dan pelopor teori nasionalisma dan hero2 nasionalisma seperti Guiseppo Garibaldi (Itali), Victor Hugo (Perancis) dan Otto Bismarck (Jerman).

Nasionalisma mengukir sejarah pada abad emas ini - di mana byk negara mendapat kemerdekaan, sprt Belgium. Tapi sejarah menunjukkan nasionalisma lebih byk membinasa daripada membina.Napoleon III dan Bismark menggunakan slogan2 nasionalisma N liberalisma sebagai alasan (empty cover) untuk menghambakan bangsa2 yg ditindas.


2- Kerak nasionalima - kesan dari vakum (kekosongan) ideologi barat.

Nasionalisma sebenarnya satu ideologi yg diciptakan oleh barat utk mengisi kekosongan ideologi. Manusia tidak boleh hidup tanpa iman (faith), yakni sesuatu yg ia dapat menunjukkan rasa sayang dan cinta. Dlm zaman pertengahan, faith ini kedapatan dlm ajaran kristian tetapi ajaran ini tidak realistik, cacat serta satu dimensi. Kerana itu ia tidak saintifik N anti-intelektual - menyebabkan ia tidak dapat bertahan sebagai satu ugama universal dan kekal.


Zaman pembaharuan (Rena#saice) membawa tamparan hebat kpd gereja dan peranan kristian akhirnya terkubur dari masyarakat. Seperti yg telah kita bincangkan, ugama kristian kekurangan unsur2 dinamisma yg amat penting utk menghidupkan masyarakat. Akibat dari pencennya ugama kristian ini wujudlah satu vakum yg kemudiannya diisi oleh nasionalisma, dibwh rencakkan Azar. Vakum ini kemudiannya diisi pula oleh Marxisma.


Tetapi Islam yg berada di timur tidak mengalami kewujudan vakum ini kerana ianya hidup, dinamik N universal. Islam lengkap dgn preskripsi baik utk individu ataupun masyarakat. Tiada ruang utk nasionalisma dlm Islam.


3- Nasionalisma N penjajahan:

Nasionalisma adalah punca imperialisma. Pada abad ke 19, pihak barat memulakan satu perlumbaan menjajah negara2 dunia ketiga. Nasionalisma dijadikan asa utk merompak N menjajah bukan sahaja hasilbumi kita, malah pemikiran kita bersekali. (Kesannya empayar Islam Melaka terkubur - Editor)


"It is only by being adventurous N warlike that our national pride may be preserved" - Dr Bridgehet - pemikir nasionalis abad 19.


British memulakan era penjajahan yg diketuai oleh Gladstone manakala Jerman diketuai oleh Bismark. British menjajah di India melalui Robert Clive, manakala Perancis meneroka benua Afrika, diikuti oleh Amerika di Filifina.


4- Nasionalisma N Kapitalisma bersatu

Secara otomatik nasionalisma menjadi alat utk kapitalisma. Penjajahan memberikan peluang perniagaan N sumber modal haram. Dunia kapitalisma menjadi rancak dgn terciptanya pelbagai mesin pada abad ke 18. Ia bermula pada tahun 1732 - di mana John Key mencetus revolusi industri. Pada waktu inilah sentimen nasionalisma digunakan oleh kapitalisma utk mempromosi barangan kapitalis dan melawan kapitalis luar.


Objektif puak kapitalis ini ada dua:

a) Menjamin pasaran di bhg2 dunia yg lain (secure new markets). b) Monopoli barangan tempatan dan menahan impot.

Maka wujudlah tema "tempatan" dan puak2 kapitalis ini melaung2 kan keuntungan mereka utk disinonimkan dengan "national interest", "country interest" dsb. Pada saat inilah buruh2 ditindas dan dieksploitasi.


5- Nasionalisma abad 20

Sejarah nasionalisma abad ini boleh dibahagikan kpd dua peringkat:

a) Awal abad 20
b) Akhir abad 20

Pada Awal abad 20, gejala nasionalisma ini begitu menular di Eropah N Jepun - hingga mencetuskan perang dunia. Pada tempoh inilah anak2 didik nasionalsima meletak nasionalisma ketempat yg paling tinggi dan paling dahsyat melalui Mussolini di Itali, Hitler di Jerman, Peron di Argentina, Franco di Sepanyol dan Salazar di Portugis.


Pada AKhir abad 20, nasionalisma mula muncul dlm DUnia Ketiga. Mula2 ia kelihatan sprt satui gerakan utk menyahkan penjajahan, tapi analisa yg teliti menunjukkan sebaliknya.


Peranan nasionalisma bertukar selepas kemerdekaan negara - ia didalangi oleh segolongan rakyat tempatan yg minoriti yg nasionalis yg dididik oleh barat. Bukan itu sahaja - gologan nasionalis tempatan juga diberikan pertolongan serba serbi dari barat untuk menundukkan perjuangan Islam. Rupa2 nya minda kita masih dijajah walaupun kita kelihatan merdeka. Siapakah yg menentang Islam sekarang ini jika tidak anak didik barat ini juga! Sebab itulah tidak ada negara jajahan ini berciri Islam yg merdeka selepas dijajah - yg ada negara yg berfahaman Kebangsaan yg bertopengkan nama Islam. Salah satu daripada spesis ini ialah UMNO!

Bersambung... (baru muka 26)

Link Reference : Newskini