Laman Webantu   KM2A1: 2509 File Size: 7.1 Kb *



Tun Teja Mencuit Minda & Keperihatinan Kita
By Amin Sapiro

6/8/2000 11:27 pm Sun

TUN TEJA MENCUIT MINDA dan KEPERIHATINAN KITA

Terperanjat beruk saya bila membaca rencana Tun Teja bertajuk ?MOMENTUM YANG PERLU DISEKAT.. ? di [Minda Rakyat].

Secara tiba-tiba rencana Srinkandi Reformasi ini mengalamatkan rencananya dengan permulaan kata??Hai Pak Amin? What's up??.

Pada mulanya saya ia agakkan adik Tun Teja bergurau saja. Tapi makin terbaca perenggan demi perenggan, saya rasa mesej beliau makin serius. Bila sampai ke hujung perbincangannya, saya lihat Tun menyebut juga nama rakan lama saya Pak Marhain Tua. Dengan itu saya harus berkongsi respon dengan beliau. Apo kobar Pak Marhain. Sehat-sehat koh haghi nih? Hehehe?!!

Sebetulnya saya yang baru saja pulang dari kuliyah Subuh. Lebih seminggu saya di Johor menyahut imbauan dari rakan-rakan lama yang mendesak saya menjawab puluhan soalan mengapa saya mengistiharkan diri sebagai ?BEKAS ahli UMNO?. Mustahil saya menerangkan kepada mereka sebab-musababnya tanpa berurusan secara berdepan. Jadi kami setuju mengadakan Forum-Forum tertutup mencakup mereka yang pernah menjadi pemimpin UMNO di peringkat pertengahan. (FYI: mereka sudah berpaling tadah)

Apa yang disebut oleh Tun Teja dalam rencana pendeknya sangat releven kepada seluruh persoalan penyokong UMNO ?atas pagar?.

Kata Tun Teja:

[?.Hati saya juga rasa terusik apabila mendengar, pagi semalam para pejuang yang dibelasah dan ditangkap tanpa sebarang kesalahan dilakukan. Sungguh kejam dan zalimnya mereka (polis).. Kekejaman dan kezaliman ini akan kekal dalam lipatan hati dan sejarah bangsa].

Sebagai jawapan saya cuma dapat berkata begini:

?..Walaupun saya tidak sempat ke Kuala Lumpur (maklumlah saya penghuni ceruk desa) untuk melihat suasana kecoh yang berpunca dari kegelabahan pihak tertentu; namun saya dapat menggambarkan persamaan episod di Tienanmen Square (beberapa tahun dulu) dengan apa yang berlaku di Dataran Merdeka/perkarangan Mahkamah itu.

Jika Tienanmen Square di negeri China di perentah-tadbir oleh sebuah kerajaan berhaluan Komunis; saya mahu bertanya kepada pembaca: ?Cuba anda tafsirkan kejadian di Dataran Merdeka/ perkarangan Mahkamah itu bagaimana pula! Adakah berbeda falsafah regim yang mentadbir negara kita waktu ini??.

Saya teringatan kembali catatan rengkas di kuliyah tadi. Kata penceramah (seorang ulamak bebas yang ternama):

[[?Hari ini kejayaan Rasulullah melalui revolusi aqidah dan Keislaman telah mulai pudar. Umat Islam diselubungi pengaruh-pengaruh jahiliah moden yang cuba bertapak semula difikiran umat Islam hingga ramai diantara mereka telah menolak dan tidak mahu menerima kenyataan dan kebenaran. Sebaliknnya mereka mengikut sesuatu amalan yang merupakan warisan walaupun ianya bertentangan dengan aqidah Islam yang sebenar. Dari situ terbitlah punca upacara puja-memuja yang diamalkan?]]

Sambung beliau:

[[?..Mengapa hari ini masih terdapat sebahagian umat Islam yang tidak mahu menerima kebenaran dan tidak mahu melalui jalan lurus yang terbentang. Setelah itu menolak dan tidak mahu menerima hakikat kejayaan yang dicapai oleh Rasulullah dalam perjuangan pahit dan getir hampir suku abad yang diharungi oleh Baginda dalam menghapuskan kebatilan, menegakkan kebenaran dan tidak ada kebenaran lain lagi sealain kebenaran di dalam Islam yang dipaarkan melalui Al Quran dan Hadis Junjungan]]

Seterusnya beliau membuktikan dengan Firman Allah swt yang tercatat dalam surat Yunis ayat 32, bermaksud?..

[?.Maka yang demikian sifatnya dan kekuasaanNya ialah Allah tuhan kamu yang sebenarnya sesudah nyata betul dan yang benar maka yang lain daripada itu salah dan karut sahaja. Oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran.]]

Dengan itu, mungkin terjawab beberapa persoalan yang dibangkit oleh Tun Teja yang prihatin. Saya rujuk perenggan yang dilakarkan beliau berbunyi?.

[[Memang benar dalam Islam jika memilih pemimpin, pastikan seseorang itu tidak mudah tunduk kepada 3 kegilaan...gila kuasa..harta dan betina (forgive my language). Jika pemimpin mempunyai salah satu daripada ini maka dia akan terus menjadi gila secara keseluruhan. Dan bila pemimpin gila, rakyat juga akan terbawa-bawa menjadi gila kalau yang agak waras dan teguh imannya akan mendapat sakit jiwa...seperti yang sedang dialami oleh sesetengah rakyat kini. Bila lagi agaknya diktator gila ini akan tumbang?]]

Kita sudah nampak sekarang bagaimana jauh menyimpangnya UMNO, kepimpinan dan jentera kerajaan yang dipergunakan oleh Mahathir (yang puja dan ditaksubi oleh jongos-jongosnya) dalam melaksanakan penghukuman keatas rakyat yang merdeka.

Mungkin kita tercengang jatuh bodoh mendengar Dr. Mahathir mengalih pandangan rakyat bahawa Anwar bersalah berkelakuan aib dan melucutkan jawatan beliau; padahal kecut ?buah sentul? terkonteng-konteng kot#i dicelah k#ngk#ng bila dituntut rakyat supaya diheret ke mahkamah menjadi saksi. Sebaliknya, seluruh penyokong dan pemimpin UMNO (termasuk ulamak mereka) duduk bisu bagai tunggul mati.

Jadi, bagaimana sebuah pemerentah yang sudah jelas menyimpang jauh dari kebenaran mampu ?menegakkan Keadilan dan melupuskan Kezaliman? dari limpa hati mereka. Lebih-lebih lagi, jika mereka taksub dengan ?syaitan? berwajah manusia!!

Saya minta semoga saudara kita Tok Misai dan Marhain Tua (dan saudara-saudara yang berilmu dibidang ini) mengulas lebih jelas lagi.

Hahaha?maksud saya: Sebelum sempat ulamak tiga-suku seperti Astora Jabat atau Ka#sim Ahmad memutarbelitkan fakta-fakta ugama kita mengikut kemahuan para ulamak yang mendukung ketua padri mereka si ?MahaTAIK?..!!

Terima Kasih Tun!! Tulis lagi, pls.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)