Laman Webantu   KM2A1: 2508 File Size: 7.7 Kb *



Si Awang Utusan Meloya itu "Unta Umno" kah?
By Amin Sapiro

7/8/2000 12:26 am Mon

SI AWANG DI UTUSAN MELOYA ITU ?UNTA UMNO? KAH?!

MEMBACA ulasan ruangan ?Bisik-Bisik Mingguan? di Utusan Malaysia (6 Ogos 2000), kita makin nampak bagimana rendahnya nilai moral, etika, pendidikan sosial dan pencakupan minda wartawan/penulis yang diupah UMNO untuk menulis di akhbar itu.

Penulis Akbar Yang Tidak Bertamaddun

Tanpa bertujuan mendiskredit latarbelakang pendidikan akademik penulisnya; pembaca akan nampak penulis yang memanggil dirinya ?Awang? itu memang tidak nampak jiwa dan keperihatinan sosial beliau mengahayati perkembangan tamaddun dunia.

Percubaan beliau membicarakan isu besar mengenai ?hak bersuara? yang bermaksud ?hak rakyat untuk mengkritik kerajaan serta pemimpin-pemimpinnya (yang kini semakin kuat); dapat dirasakan bahawa tulisan beliau sendiri membayangkan bagaimana terbelenggunya beliau oleh ?tuannya?.

Dengan itu, sekaligus beliau gagal menunjukkan ?perpindahan paradigma? seorang penulis akhbar arus perdana yang seharusnya membawa perubahan minda kepada pembaca selari dengan hala tuju masyarakat madani dunia sejagat. Malanglah rakyat!

Adakah Awang ?Kerbau Di Cucuk Hidung??

Membaca tulisan si Awang itu, dapat diandaikan beliau umpama seekor kerbau bertandung panjang, berbadan tegap-sasa bermata garang melejang; malangnya telah dicucuk hidung dengan tali panjang sejengkal yang ditambat ke tiang seri mahligai di Putera Jaya!!

Sebagai orang akhbar, si Awang ini seharusnya perlu melihat bahawa rakyat negara ini bukan lagi berada dalam zaman feudal. Pendidikan dan keterbukaan minda rakyat sudah jauh berbeda hingga mereka sudah jauh lebih rasional dari para pemimpin politik (khusunya UMNO/BN) yang makin bersifat ?dungu? dan layak dijadikan oleh Presiden parti mereka sebagai ?tukang karut? saja.

Sementara rakyat banyak semakin sedar dan mengambil berat hal ehwal mereka; hingga mereka begitu kritikal terhadap keadaan sekeliling - namun Awang dan akhbar masih dibukus dalam kepompong. Rakyat bermati-matian mempertahankan hak asasi mereka, tetapi akhbar Awang seolah-olah tidak menghalalkan tindakan rakyat dari segi undang-unang dan Perlembagaan negara. Mana beliau sekolah undang-undag dulu? Undang-undang belantara kah?

Membantah Kezaliman ada Hak Rakyat

Jika rakyat beramai-ramai berdemo membantah KEZALIMAN sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang engkar undang-undang, bersungguh memperlekeh nilai-nilai budaya dan ugama Islam orang sebangsa dan Perlembagaan negara; si Awang dan akhbar adalah diharap memberi kerjasama secara terbuka membetulkannya. Malangnya..TIDAK!!

Jadi, dimanakah letak nilai akhbar itu? Yang jelas, si Awang dan akhbarnya lari lintang-pukang ke sarangnya seperti ?cencorot??!! Habis bagaiman status kesemua mereka ini?

Namaklah berbondong-bondonglah puak si Awang mengeluar berpendapat bertujuan membodek; kununnya regim yang bersifat diktator itu berhadapan dengan ?hostile environment?. Eiwahhhh?!! Begitu ppula tafsirannya. Sewel sungguh!!

Nampak lagi betapa beliau dan regu-regunya berpura-pura tidak tahu bahawa rakyatlah yang sedang merengkok dalam ?hostile environment? yang diwujudkan oleh regim ini. Rakyat makin tidak mempunyai ruang yang cukup untuk meluahkan perasaan mereka. Akhbar seangkatan dengannya asyik memberi tafsiran yang jauh menyimpang dari budaya tamaddun manusia.

Sekiranya perkelilingan yang begitu hostile (yang diwujudkan oleh pemerentah itu) tidak ada; pasti perjuangan rakyat untuk menikmati kebebasan hak bersuara diperakukan sebagai cukup baik. Malangnya rakyat digugat dengan ancaman FRU yang bermotto ?sedia berkhidmat? untuk membelasah rakyat. Puluhan lori memuatkan ratusan polis rusuhan dengan sejnjata lengkap siap mengugut apabila rakyat mengadakan ceramah. Apa itu, Oiii?Awang. Buta mata kaaaaa??

Awang = Mamat ?Cencaru?

Kita dapat merasakan si Awang ini sah memang ?confuse? bercelaru kepala hotaknya dalam memahami apa yang ditafsirkan sebagai kebebasan rakyat mengeluarkan pandangan dengan penjenayah jalanan. Ini bersebab dari keadaan beliau dan akhbarnya sudah ?dikasi? hingga mereka tidak lebih dari sekumpulan ?eunuchs? (sida-sida).

Kita wajar kesihan belas dengan orang seperti Awang dan media seangkatan dengan akhbar beliau yang hidup dalam kepompong Akta Hasutan dan ISA. Mereka hidup dalam ketakutan tanpa mengenalpasti hak asasi mereka. Aduh?!! Betapa bebalnya orang surat khabar jenis ini!! Padan jugak lah akhbar ini begitu pantas di ?recycle? jadi ?kertas tisu? tandas!

Memang disedari sesebuah negara regim Dikator sangat peka mengawal percakapan dan kecaman rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin negara. Memang lumrah sebuah regim Komunis membelasah dan menyiksa rakyat yang cuba menyuarakan pendapat. Di akhir-akhir ini tidak ada beza diantara apa yang berlaku di Tienanmen Square dengan apa yang terpamir di Dataran Merdeka dan di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur.

Regim Russia Sudah Sedar Kesilapan

Mungkin Rakyat Russia sudah mulai sedar dengan kesilapan mereka hingga sistem sebuah regim berhaluan Komunis sudah mulai dihakis. Malangnya, disambung pula oleh regim Mahathir yang disokong oleh puak kepimpinan UMNO/BN yang rata-rata mengamalkan RASUAH, PENYELEWENGAN, ADU-DOMBA dan penghakisan HAK ASASI MANUSIA dan KEBEBASAN BERSUARA!!

Baru kini saya tahu sebab mengapa rakyat Malaysia sudah tidak mahu lagi membaca akhbar arus perdana hingga memboikot terus. Begitu juga nasib regim Mahathir dan parti ?cacamarba? UMNO/BN yang hilang pengaruh dan kwibawaannya di mata rakyat banyak!

Berkata seorang pemerhati politik luar, ?If freedom of the press is not recognised by the fruling government, it is most unfortunate to the public at large?.

Kita dapat tafsirkan, rakyat Malaysia adalah yang paling malang menyerahkan amanah kepada sebuah parti yang berketua seorang DIKTATOR yang berfalsafahkan ?I am above the Law of the Land?.

Sudah MERDEKA kah kita? Uffffff?..!! Entahlah!? Saya masih tertanya-tanya!! Mungkin si ?Awang? sudah 3 kali lebih bebal dan dungu dari kita!! Tak payahlah baca akbar si Awang; kerana nilainya sama setanding dengan Ning Baizura saja. (Eiii?yahoooooo?.Jijik!!)


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)