Laman Webantu   KM2A1: 2500 File Size: 4.0 Kb *



Tiada Debaran, Tiada Keramat di tv3
By tv3

5/8/2000 7:47 pm Sat


a#salamualaikum/Selamat Sejahtera
Semua Pejuang REFORMASI

Sungguh menyayat hati membaca artikel2 Sdr web aNtu dan Sdr Amin Shapiro akan debaran dan keramatnya tanggal 4OGOS00. Namun bagi kami di tv3 tiada debaran mahupun degupan yang terkesan. Sudah menjadi satu kepastian bahawasanya yang ditunggu ia itu, penghakiman kes DSAI didalam kes yang tak masuk akal, akan memihak kepada pendakwa raya. Betapa tidak? Jikalau keputusan memihak kepada DSAI, DIMANAKAH FIR'AUN TUA HENDAK MELETAKKAN KEMALUAN NYA? Dia yang telah berapi api melaungkan keseluruh dunia yang DSAI memang jijik akhlak! Ada "bukti kukuh"! Malahan siap dengan gaya orang me***cap, yang beberapa kali diulang tayang oleh CNN!

Kedua, jikalau DSAI didapati TIDAK bersalah (dari pandangan Mahkamah Kangaroo), bererti, DSAI akan bebas dalam tahun 2002 (enam tahun, tolak kelakuan baik, tolak cuti 'am dsb, selalunya ditolak 1/3 penggal). Pilihan Raya dijadualkan dalam tahun 2004. Bolehkah Barisan NAJIS bertahan asakan BA yang (insya Allah) akan diketuai oleh DSAI? (walau pun beliau TIDAK bertanding) BA yang akan mempunyai masa lebih kurang 2 tahun untuk mengatur strategi? Sedangkan BA tanpa DSAI yang berumur belum pun setahun jagung mampu menggugat BNajis, khasnya PKBM? Jikalau KETUA HAKIM terpinga pinga bertentangan dengan DSAI, (didalam gelanggangnya sendiri) siapakah diantara pemimpin yang ada, yang boleh "tercium" karisma DSAI? Fir'aun Tua jangan cerita, masuk mahkamah pun tak berani! Badawi? Hishamuddin? Aziz Sh Fadir? Isma Zein? adddoooooohhhhh..... Wahai mereka mereka yang sedang nyenyak tidur, sedarlah, realitinya....TIADA! Usahkan personaliti! Masalahnya TIADA HUJJAH YANG BOLEH MEMPERTAHANKAN TINDAK TANDUK KERAJAAN BNajis diDALAM KESEMUA ISU YANG KINI MENJADI BALA SELURUH RAKYAT MALAYSIA, tak kira ugama, bangsa mahupun kedudukan!!! Didharabkan dengan karisma DSAI????......alamatnya, BNajis (insya Allah) akan tertungging kedalam LONGKANG sejarah! Mampukah Fir'aun Tua membiarkan ini berlaku?

Dengan fakta diatas kami di tv3 berkeyakinan bahawa keputusan mahkamah adalah satu "foregone conclusion"! "BERSALAH SEBAGAI DIDAKWA!"

Namun kami kebingungan. Tiada dikalangan Parti Kebangsatan yang berani "memberontak". Terus terang kami di tv3 mengaku, bahawa kami ada berinteraksi dengan heirachy "atasan" parti Kebangsatan. Kami tahu "FOR A FACT" bahawa hampir KESEMUA yang kami berinteraksi, mengaku bahawa Fir'aun Tua sudah jauh terlajak. Seorang menteri pernah berkata, "He (Fir'aun) is hated INTENSIVELY AND EXTENSIVELY" . Namun penghianatan dan kezaliman berterusan! Sungguh nyata bahawa mereka ini (kesemua...barisan MKT, Menteri, BABI, Kehakiman, malahan sesiapa yang masih akur) lebih takutkan Mahafir'aun daripada azab Allah! Bagi mereka ini, tv3 dah malas nak beri sebarang komen! Hanya, kalau benar benar gerun akan "siksa didunia", bayangkanlah "balasan" yang akan diterima (BUKAN dari DSAI) tetapi oleh pengikut/pejuang DSAI yang pernah dianiayi, apabila (INSYA ALLAH) DSAI memegang teraju kerajaan! Ingat pesan "dewa" mu Fir'aun sendiri. "Nothing is permanent in politics!"

Tentang orang Johor berkobar kobar semangat ingin menjatuhkan PKMB. Tak tahu lah pasal orang JAWA, tetapi orang Melayu mudah lupa. Orang Melayu pendek fikiran, tak ingat mati, tak ingat Hari Pembalasan, Hari Hisab, Hari dimana "....mulut mu akan dikunci dan tangan mu dan kaki mu akan menjadi saksi". Orang Melayu sifatnya penyabar dan pemaaf (Seseparuh mengatakan senang digula gulakan). Minta maaf Sdr Amin, kami di tv3 TIDAK yakin akan semangat yang kini didalam jiwa orang Johor, boleh masih membara pada tahun 2004. Tiba keputusan pilihanraya, Johor akan terus kekal dibawah Parti KEBANGSATAN!

Bagi kami di tv3, LLLAAWWAANNN TETAP LLLAAAAWWWAAAANNNNNN. No matter how hopeless...we will NEVER surrender.