Laman Webantu   KM2A1: 2496 File Size: 11.1 Kb *



500 thn sesudah R Mandeliar N Si Kitul di sula!!
By Amin Sapiro

4/8/2000 8:32 pm Fri

Amin Sapiro
500 TAHUN SESUDAH ?RAJA MANDELIAR dan SI KITUL? DI SULA..!! Fri Aug 4 09:39:01 2000

500 TAHUN SESUDAH ?RAJA MANDELIAR dan SI KITUL? DI SULA..!!

Siapa Orang-orang Ini?

Kita sudah membaca huraian sdr. Raja Petra Kamruddin bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim ?bersilat? di mahkamah membelasah Eusof Chin, hingga si tua Korup itu tergagap-gagap tidak berupaya menangkis serangan Anwar. Itu nasib seorang penjarah bertaraf ?Ketua Hakim Pengkhianat?..!

Kita nampak jelas (walaupun tidak hadir di mahkamah) bagaimana Dr. Mahathir ditelanjang dan bogelkan hingga nampak sejelas-jelasnya ?luar-dalam? sifat kebintangan dan kehaiwanannya. Mungkin itu yang Mahathir hendak sebelum ?mati dalam buangan?..!

Anwar bukan seorang peguam. Anwar juga tidak punya bahan rujukan sebagai panduan untuk beliau mengingati segala peristiwa busuk yang dilakukan oleh Dr. Mahathir, Eusoff Chin, Mokhtar Abdullah dan kroni-kroni mereka. Sah sekarang mereka terperangkap dalam serba ?kegelapan?..!

Anwar telah dikurung dengan paksa sekian lama dalam penjara. Namun, sebagai satu keistimewaan kurniaan Allah swt. beliau mampu mengingat setiap rentetan peristiwa rasuah dan penyelewengan yang lakukan oleh manusia-manusia durjana yang bersekongkol memusnah kebenaran dan keadilan. Kehebatan beliau makin terang..!

Kita kagum dengan daya ingatan Anwar yang sungguh istimewa. Pasti itulah dia keistimewaan seorang pejuangan. Berbanding pula dengan Azizan yang dipaksa menjadi saksi terulung dalam ?Konspirasi Mahathir? menjatuhkan politik beliau (Anwar); kita nampak Ariffin Jaka sewajarnya memberi keputusan bahawa ?ANWAR WAJIB DIBEBASKAN SERTA MERTA?.

Mengapa Anwar ?ANWAR WAJIB DIBEBASKAN SERTA MERTA?? Kerana beliau tidak mampu dibukti oleh Mahathir sebagai bersalah. Puncanya, Mahathir sendiri kecut ?pel#r? (dengan maaf) menjadi saksi di mahkamah!! Jika tampil, pasti ?seluar dalam? Mahathir akan terlondeh lagi untuk tontotan seluruh dunia dan manusia sejagat. Sah Mahathir seorang manusia menyerupai binatang berkaki empat ??bangsat keparat?..!!

Mahathir replika ?Raja Mandeliar?

Kalau ditanya mengapa dan bagaimana hujjah hingga Anwar ?wajib dibebaskan?. Jawapan yang mudah hanya satu cuma, iaitu: ?Konspirasi ini adalah satu proses Mahathir dengan sengaja mengada-adakan satu rantaian cerita bohongan paling buruk dan busuk dalam sejarah tamaddun Melayu. Mahathir dan sekongkol dalam UMNO sebandingan dengan Raja Mandeliar dan Si Kitul yang menyebabkan Bendahara Seri Maharaja terbunuh dengan sia-sia. Kerana itu, Kerajaan Melaka Tua termusnah dan terjajah selama 500 tahun kemudian"..?

Orang Melayu wajib merungkai semula Sejarah Melayu karangan Tun Seri Lanang. Bacalah bab dan muka surat yang menceritakan bagaimana hebat dan besarnya bangsa Melayu di kepulauan Nusantara. Bahasa Melayu adalah ?lingua franca?. Kebesaran Kerajaan Melaka Tua terdengar hingga ke negeri China @ Ling Leong Sik, Tanah Jawa @ Amin Sapiro, Siam, India @ Karala, Arab @ Baduwi hingga Portugal @ Grago.

Pada zaman itu, dapat kita bayangkan, orang Melayu adalah bangsa yang murni dengan budaya hayatan dan ugama Islam anutan mereka. Masjid yang terbina di Tranquerah sekarang adalah kesan sejarah. Ada orang mengatakan disana pernah Laksamana Tun Tuah sujud bersolat. Bukit Cina ditengah-tengah Bandar Melaka adalah tempat semayam Hang Li Poh, isteri Sultan Melaka. Sungai Melaka yang bersejarah adalah laluan hilir-mudik perahu payang dari Ulu Melaka. Pedagang bersesak di pasar hingga wang emas dan perak bergericing didalam pundi-dompet mereka.

Diceritakan oleh yang empunya cerita, segala-galanya hilang setelah peristiwa getir pembunuhan Bendahara Seri Maharaja. Melaka yang begitu istimewa bagi pedagang rempah dan kayu cendana, luput berkecai setelah pembesar Melayu dikalangan istana membudayakan FITNAH, AIB-MENGAIB, RASUAH kerana berminat dengan EMAS SEBAHARA dan TANJAK lengkap SEPERSALINAN.

Semua itu adalah sebagai tukaran menafikan firman dan sunnah. Mereka sanggup bertukar budaya dari pemimpin amanah kepada insan-insan durjana! Nawaitu mereka cuma mengaut khazanah negara membolot semua untuk tembolok mereka!

Hari ini, dalam abad ke-20/21, setelah 50 tahun orang Melayu merdeka dan dimerdekakan oleh nenek-moyang kita; pemimpin Melayu kembali tertipu oleh suku-sakat zuriat-keturunan ?Raja Mandeliar? dan Si Kitulnya.

UMNO Menghina Bangsa

Kembalilah pemimpin Melayu menjual maruah bangsa, menggadaikan tanahair dan mensekularkan agama mereka. Mereka sanggup melakukan sebarang keburukan semata-mata kerana mengharapkan ?emas sebahara dan pakaian sepersalinan?..!! Hina! Pemimpin Melayu dari puak UMNO memang hina sikap dan peribadi mereka.

Cendekiawan Melayu Islam - DAYUS!

Ada juga dikalangan CENDEKIAWAN Melayu yang berpendidikan moden jelas nampak ketandusan jiwa dan rohaniah. Diantara mereka adalah golongan cendekiawan Melayu Islam yang bertimbun-timbun membaca buku yang menghuraikan firman dan hadis hingga hafal. Namun, sejumlah mereka tidak mampu mendebatkan keserakahan Ka#sim Ahmad dengan ?anti Hadis?nya, dan Astora Jabat dengan ?tunggang-terbalik? huraian topik-topik Islamiah yang ditulis diakhbar pro-UMNO yang sesat lagi menyesatkan ummah!!

?Raja Mandeliar dan Si Kitul moden? itu sedang bertepuk tangan melihat orang Melayu huru-hara. Dalam Kitab ?Delima Melayu? yang menjadi ?gospel? puak UMNO yang sekongkol, sudah terang-terang menyebut bahawa orang Melayu adalah suku kaum yang ?dayus dan dungu?. Kerana orang Melayu mudah ?diBANGANGkan?, buku itu diagendakan oleh penulisnya untuk menghalalkan beliau memecah-belahkan orang Melayu untuk diperentah. Bagi beliau, pemerentahan yang wajar untuk orang Melayu ialah mirip zaman ?Feudal?.

Dengan ?Feudal? bermaksud Raja-raja Melayu diberi ganjaran faedah dan hadiah secukupnya. Dimaklumkan bahawa negeri masing-masing adalah kepunyaan baginda. Hutan belantara dan bukit bukau adalah sumber untuk suku sakat mereka mendapat wang dan harta kekayaan. Baginda diredhakan untuk berjudi dan menghisap madat. Suku sakat Baginda diarah supaya jangan mempedulikan rakyat.

TETAPI UMNO memberi syarat ketat, iaitu jangan baginda cuba tunjuk lagak menyebelahi rakyat ma#sa. Jika melampaui batas-batas yang ditentukan oleh Presiden parti UMNO; siap sajalah?! Presiden UMNO akan berdatang sembah..?Ampun Tuanku, Tuanku harus diheret ke mahkamah!!?. Akan diberi ingatan bahawa negara ini mengamalkan ?Raja Berperlembagaan?.

Mahathir ?Above the Law??

Sebaliknya, telah ditentukan oleh pemimpin UMNO sendiri bahawa Presiden mereka adalah ?above the Law of the land?. Maksudnya, Dr. Mahathir Mohamad telah dinobatkan mengatasi Perlembagaan dan undang-undang yang tertakluk dibawah tapak kakinya. Dengan itu, Mahathir boleh buat apa dia suka. Jika ?Raja Mandeliar? dihukum ?sula? oleh rakyat dan orang Melayu, kini terbalik ?kot?? ?Raja Mandeliar? berkuasa penuh memerentah dan mengarah ?Kitul-kitul?nya ?menyula? orang Melayu, termasuk Raja-raja mereka.

Begitu sekali hebatnya kekuasaan yang dianugerahkan oleh orang Melayu para pemimpin puak UMNO - penganut taksub Kitab ?Malay Delimma? kepada Presiden mereka. Memang bijak ?Raja Mandeliar Abad 21? ini. Dah sah Melayu puak UMNO sudah ?baghal? menjadi ?unta-unta? Mahathir (replika Raja Mandeliar)!!

Orang Melayu 500 Tahun Lagi

Kita tanya diri kita: Nampak atau tidak urutan sejarah bakal dilalui oleh orang Melayu 500 tahun lagi; khusunya setelah membanding sejarah Melayu 500 tahun sebelum merdeka?

Jika belum nampak, cuba semak semula Kitab Sejarah Melayu Tun Seri Lanang. Bawalah diri anda berfikir sejenak. Bayangkan ciri-ciri persamaan peri kejatuhan Melaka Tua dengan apa yang sedang berlaku kepada negara ini dibad 20/21 sekarang. Bayangkan bagaimana peristiwa hari ini akan mencorak nasib generasi anda yang akan datang selagi bertuankan kelompok pemimpin UMNO yang ?bermuka belulang dan berhempedu haiwan?.

Pasti jawabnya mudah saja. Orang Melayu harus sedar dan insaf bahawa ?Raja Mandeliar? dan ?Si Kitul-Si Kitul?nya sedang melakukan agenda fitnah, tohmah dan adu-domba dalam siri agenda ?Mega? mereka untuk memusnahkan ketuanan Melayu yang baru dimerdekakan setakat 50 tahun silam.

Apakah orang Melayu sanggup menghadapi 500 tahun lagi dibawah satu sistem Feudal bertuankan seorang Diktator yang direncanakan oleh UMNO, atau ?menghumban dan menghapuskan? parti ?Pengkhianat Bangsa dan Ugama? ini dari lipatan sejarah bangsa kita?

Nah!! Kalau sudah insaf, ?tegakkanlah KEADILAN dan tumbangkanlah KEZALIMAN? hari ini - 4 Ogos tahun 2000. Jika tidak, anda lah orang yang bertanggungjawap dipersalahkan oleh generasi yang akan datang - 500 tahun lagi..!! Masa itu orang Melayu sudah hilang di dunia!

Orang Melayu perlu diREFORMASI minda mereka dan menuntut HAK dan UGAMA mereka dinobatkan ditempat sewajarnya. Mahathir ?mala?un bangsat laknatullah? suku-sakat ?Raja Mahdeliar? ini wajib disingkirkan; dan ?Kitul-litul? beliau wajar diheret ke muka ?Pengadilan Rakyat?..!!

Hak itu ada ditangan anda. Lakukan dengan berhemah demi ?SURVIVAL? bangsa Melayu hingga Kiamat!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)