Laman Webantu   KM2A1: 2493 File Size: 26.7 Kb *



Marhain Tua- pejuang yg tak henti2 menulis
By web aNtu

4/8/2000 2:46 am Fri


Berikut adalah snippet email yg diterima drpd sahabat seperjuangan
- Marhain Tua yg amat saya hormati lagi kagumi.

Keratan atas email ini sengaja saya tidak masukkan kerana ia 'agak private'.
Ia boleh dibaca dilaman Minda Rakyat. (http://mindarakyat2.tripod.com/)

================

Saudara PW Webantu yang dihormati: a#salamualaikum wbt...


BILA RAKYAT DIROBOTKAN


Satu ketika dulu, terjadi sedikit pergeseran di antara saya dengan
segelintir pengendali web yang merasakan saya sengaja meminggirkan mereka.
Saya tidak menjawab cemuhan dan tulisan mereka yang penuh kiasan itu. Saya
menyertai dunia siber Melayu bukannya untuk bertelingkah dengan sesiapa.
Malahan bukan dengan pihak kerajaan yang memerintah. Saya menyertai laman
web Melayu hanya untuk membawa satu arus kesedaran kepada minda setiap
mereka yang membaca penulisan saya, betapa negara ini akan dirundung satu
musibah yang besar kerana tindak-tanduk seorang diktator tua yang sudah
masuk era keanak-anakan dalam hidupnya. Kerana itu saya memberi penekanan
yang berat terhadap muslihat penyibaran maklumat yang tidak songsang kerana
terdapatnya kekerapan munculnya maklumat songsang daripada pihak tertentu
untuk mengawal minda orang Melayu.




Kenapa Marhaintua Tidak Menulis ?



Saya berterimakasih dengan soalan saudara itu. Jawapan yang akan saya
berikan ini sudah tentu saya tujukan juga kepada berpuluh kiriman emel yang
saya terima daripada sahabat dan taulan; malahan juga daripada pihak yang
mahukan saya merasakan mereka daripada satu golongan lawan. Semoga
penjelasan di bawah ini menjawab semua emel yang mengemukakan soalan yang
serupa.

Sebenarnya Marhaintua tidak pernah berhenti menulis. Saya menulis hampir
setiap hari, mengikut keadaan kesihatan yang mengizinkan. Maklumlah, usia
yang semakin menjangkau peredaran masa memerlukan banyak berehat. Jejari
yang mengetuk mesin taip untuk lebih empat puluh tahun, sudah kerap mudah
mogok kerana keletihan. Kecerdasan jejari itu nampaknya tidak mampu berlari
secergas kecerdasan minda yang mencetuskan idea. Namun, penulisan masih
mampu dilakarkan selari dengan cetusan minda yang digarap oleh peredaran
zaman yang dilakar oleh gurindam seloka perjalanan politik semasa.


Apabila melihatkan keadaan politik negara yang semakin kucar-kacir saya
membuat satu penilaian yang serius dan mula berbincang dengan kawan-kawan
yang masih mampu menilai keadaan negara itu dengan fikiran yang waras dan
idea yang bernas. Inilah golongan yang sudah lama merasakan sepak terajang
dunia politik dan sudah banyak menabur bakti kepada nusa dan bangsa tanpa
banyak pablisiti dan gelaran bintang menjela. Inilah golongannya yang kerap
menitiskan air mata di satu ketika dulu kerana kehilangan ahli keluarga yang
mempertahankan negara dan inilah juga insan-insan kamil yang banyak
mengeluarkan zakat daripada hasil kegigihan mengumpulkan harta pusaka dengan
cara wang yang halal, dan bukan secara merompak harta rakyat marhain.
Daripada mereka saya dapat satu rumusan betapa negara ini sedang menjunam ke
arah kemelesetan. Sempena komunikasi kita yang 'kali pertama' ini biarlah
saya nukilkan hasil rumusan kumpulan intelek tua rakyat Malaysia yang
berbilang kaum dan agama ini sebagai satu iktibar kepada generasi muda.



Negara yang Mengundang Huru-hara


Tidak ada satu negara pun di dunia ini seindah Malaysia, baik dari segi
hasil buminya yang lumayan mahupun daripada komposisi rakyatnya yang majmuk
dan yang mampu hidup harmonis setiap masa. Allah SWT telah menganugerahkan
negara ini dengan segala kekayaan yang ada tersorok dalam bumi. Apa yang
diperlukan ialah mengolah satu sistem menghasilkan kekayaan khazanah bangsa
itu untuk dinikmati bersama. Sayangnya khazanah bangsa itu telah dinodai,
diliwat dan diperkosa oleh satu kumpulan penyamun yang mampu mengawal minda
rakyat negara ini untuk terus merompak di siang hari.

Pengawalan minda sumbang telah mampu memukau segolongan besar rakyat negara
untuk terus mempercayai "bahawasanya, pemimpin agung UMNO yang bernama
Mahathir bin Mohammad yang juga lebih dikenali sebagai Wira Dunia Ketiga
adalah seorang pemimpin yang bertaraf wali, yang mampu memimpin rakyat
Malaysia, terutama sekali orang Melayu menjadi satu bangsa yang besar di
alaf baru." Demikianlah contoh ketaksuban rakyat negara ini terhadap
seorang diktator tua sehinggakan ada yang sanggup berkorban apa sahaja untuk
mengekalkan beliau di mercu singgahsana. Demikianlah satu ketaksuban
disebabkan putar-belit minda yang disogokkan maklumat songsang. Apabila
sogokan itu disalut pula dengan segala imbohan berbentuk korupsi yang
menghimpit dan menekan perjalanan hidup rakyat marhaen, tidak ada seorang
pemimpin dalam UMNO yang mampu mengangkat muka untuk menentang si tua
bedebah itu. Mereka sudah rata-rata terjebak ke alam kepalsuan yang sungguh
mengaibkan.


Alangkah aibnya perkara ini sedangkan semua orang sedar bahawa negara ini
dirundung malang kerana kepimpinan kerajaan yang sumbang dan bengap serta
kecundang. Namun, Allah SWT masih sayang akan rakyat negara ini. Harga
petroleum naik mendadak lebih dua kali daripada kadar harga yang digunakan
sebagai harga rujukan perancangan negara. Malaysia terselamat daripada
jurang kemuflisan bukan disebabkan kepandaian pemimpin negara memulihkan
keadaan. Tetapi, siapakah yang mahu mengaku faktor ini? Dulu, George Soros
ditempelak hebat sebagai penyangak matawang yang jembalang, sedangkan para
konspirator berbangsa Melayu dan Malaysia yang bersekongkol dengan George
Soros itu tidak pernah disebut nama mereka. Bukankah mereka itu merupakan
kumpulan yang menasehati Presiden UMNO bagaimana mengendalikan negara? Sejak
bilakah orang mampu menceroboh rumah dan membuat ubah-suai dalam perumahan
itu tanpa pengetahuan tuan pemilik rumah itu? Sejak bilakah bunga-bunga
yang mekar di taman dapat disunting secara melambak tanpa diketahui oleh
penjaga taman itu? Memang, rakyat menjadi terpukau kerana tipudaya seorang
diktator tua.



Ketenatan ekonomi negara dilambakkan ke atas penyangak matawang bernama
George Soros. Tetapi, semua orang tahu, bagaimana negara ini hampir muflis
kering-kontang kerana pemborosan pentadbiran negara. Segala bentuk 'isme'
yang negatif telah dipraktikkan. Sehinggakan projek mengangkut sampah pun
diberikan kepada ahli keluarga, apakah yang dapat diharapkan oleh rakyat
jelata dalam hal perbelanjaan negara? Kalau setiap projek yang
menguntungkan diberikan kepada kroni dan suku-sakat, sedangkan projek itu
semuanya disabkan kepada kumpulan lain yang menggunakan tenaga imigran,
apakah lagi yang dapat diharapkan oleh golongan marhaen baik dari aspek
pekerjaan mahupun daripada aspek perbelanjaan hidup yang semakin menekan?
Untuk memudahkan perjalanan syarikat kepunyaan kroni, semua bentuk
perniagaan mahu mereka bolot dan semua tenaga kerja diberikan kepada
pendatang asing, tidak kira mereka masuh secara halal atupun haram. Bukankah
industri tenaga manusia pendatang itu mencetuskan berjuta keuntungan kepada
beberapa menteri seperti Megat Joned dan suku sakatnya? Impaknya, lihatlah
di Chow Kit dan beberapa bandar besar di negara ini. Siapakah yang
memonopoli ruang niaga di tempat yang satu ketika dulu diterokai oleh orang
Melayu yang merupakan pengundi sah di negara ini? Salahkah pendatang asing
itu kalau mereka berniaga tanpa lesen dan tanpa perlu diperiksa dulu oleh
para doktor untuk mengsahkan kesihatan mereka? Siapakah yang membenarkan
mereka menguasai ruang niaga itu kalau bukan petualang bangsa dan negara?



Untuk satu ketika, George Soros menjadi satu 'pa#sword' apabila ahli politik
cuba menabur fitnah di seluruh negara. Mereka lupa bahawa kegiatan George
Soros adalah satu kegiatan yang dipandang oleh seluruh dunia sebagai kegiaan
perniagaan. Terpulanglah kepada kita rakyat Malaysia membenar ataupun
menidakkan beliau bergiat dalam kegiatan bisnesnya itu di negara kita. Kalau
dia diberi ruang disebabkan adanya rakan niaga yang bersekongkol dengannya,
apakah George Soros yang mesti ditohmahkan. Apa jadi dengan rakan niaganya
di Malaysia yang lebih dahsyat nafsunya daripada Soros itu? Kenapakah mereka
ini tidak pernah disebut dan dihukum? Pembabitan George Soros telah
melonjakkan pasran BSKL ke mercu tinggi yang tidak munasabah. Harga saham
syarikat perkapalan kepunyaan anak seorfang perdana meneri naik melonjak
mencecah 18.00 sedangkan harga intrinsik sebenarnya tidak sampai satu
ringgit setengah. Kenapakah perkara semacam ini dibiarkan oleh pengawal
saham di BSKL ataupun di bank Negara? Apabila saham merudum syarikat
perkapalan itu jatuh muflis dan perlu dibantu oleh si bapa dengan
menggunakan wang rakyat tanpa usul periksa dan perlu meminta keizinan rakyat
terlebih dahulu. Kini syariakt perkapalan itu sudah dibeli dan diselamatkan
oleh PETRONAS dengan harga yang ditetapkan oleh 'siapa'? Mirzan bin Mahathir
masih disogokkan ke khalayak ramai sebagai pakar perkapalan Melayu tanpa
tolok bandingannya, oleh bukan calang-calang orang melainkan seorang perdana
menteri yang sudah lupa daratan.


Demikianlah liciknya Mahathir bermadah dan berbohong. Di waktu yang sama dia
balun dan sungkit setiap khazanah yang ada di setiap agensi kerajaan yang
mempunyai harta. Telekom, TNB, Tabunghaji, KWSP dan apalagi telah dinodai
untuk dia bebelanja besar. Kalau Mahathir dan Hasmah bepergian ke Afrika
dan negara yang sedang membangun semua agensi kerajaan dimestikan
mengeluarkan dana (secara bersilih ganti) untuk dihulurkan sebagai sumbangan
ikhlas perdana menteri kepada institusi ternama di negara dunia ketiga itu.
Kemudian, semua syarikat besar negara tidak kiralah samada mereka
benar-benar untung ataupun tidak, diminta menghantar wakil untuk menemani
Perdana Menteri Sanjungan Negara (he.he.he) untuk melengkapkan satu kumpulan
protokal yang gah dan kayaraya. Apakah yang mereka lakukan selain tersenyum
ke kiri dan kanan di setiap majlis yang diadakan atas tajaan mereka sendiri
di negara luar itu? Mereka berlakon untuk berdiri megah di samping Wira
Dunia Ketiga sambil melihatkan majlis-majlis yang berjurai panjangnya di
mana beratus MOU (Memorandum of Understanding) ditandatangani. Daripada
beribu MOU yang ditandatangni selama dua puluh tahun yang lalu di luar
negara itu, berapakah agaknya yang menjadi kenyataan? Tak payahlah dicari
jawapan kepada soalan itu kerana ia amat memedihkan hati kita.


Keceriaaan para keparat bersekongkol dengan seorang diktator tua di luar
negara sebenarnya merugikan negara kerana pada keseluruhannya mereka membawa
lari wang ringgit daripada Malaysia yang dilaburkan oleh rakyat negara ini
ke dalam syarikat yang disenaraikan di Pasaran Saham. Siapakah yang untung
darinya kalau bukan para keparat itu? Cubalah buat kajian mendalam akan
syarikat bersenarai yang melabur di luar negara dan carilah prestasi mereka.
Terlalu banyak kerja-kerja sumbang yang mereka lakukan yang memerlukan
lindungan istimewa daripada seorang diktator tua. Dengan lain perkataan,
kebanyakan syarikat yang melabur di luar negara bertindak ganas dan bersikap
kasar kepada para pekerja negara tamu sehinggakan mencetuskan masalah
diplomatik. Sekumpulan syarikat yang muflis di luar negara itu memang tidak
diwartakan dalam negara ini kerana akhbar perdana kita memang dikawal ketat
dalam kegiatan pendedahan sedemikian. Alangkah gila semua itu kerana
pelaburan yang dibuat di luar negara itu adalah bermotif memuaskan nafsu
seorang perdana menteri yang ketagihan publisiti murahan. Di waktu yang sama
beliau amat takut untuk menghadirkan dirinya di mahkamah. Sebagai contohnya,
bayangkan BERNAS disuruh melabur di negara orang, sedangkan negara ini masih
lagi mengimpot beras daripada negara jiran. Pelaburan itu bukan sahaja
merupakan satu risiko besar malahan kita cuba menandingi dua kuasa besar
dalam industri menanam padi di Afrika. Untuk berdekad lamanya China dan
Jepun telah melabur di Afrika dalam penanaman padi. Tetapi, kedua-dua kuasa
besar ini mempunyai segala ilmu pengetahuan dalam industri itu malahan mampu
mengeluarkan setiap jentera yang diperlukan. Bayangkanlah sendiri, di mana
kedudukan kita dalam hal ini? Cuma kita tidak pernah terdengar akan
kesulitan anak bangsa yang bertugas di luar sana kerana rintihan mereka itu
tidak akan disiarkan oleh sesiapa.


Kerakusan Mahathir dan para jongosnya semakin menjadi-jadi sehinggakan
negara hampir muflis. Sebenarnya semua itu ada iktibarnya. Kalaulah ekonomi
negara tidak merudum, Mahathir mungkin sudah merencana jambatan terpanjang
di dunia merentang Selat Melaka dan selepas itu mungkin dia mengarahkan agar
orkid digantung di setiap batang letrik di sepanjang jambatan itu. Mungkin
juga dia mengarahkan agar padi di tanam di bibir tebing jambatan yang
dianggap terpanjang sekali di dunia. Semua itu serba mungkin, kerana
demikianlah gelagat seorang diktator tua yang semakin samar kewarasannya.
Kalau dia sanggup membina dua menara kembar dalam satu masa sedangkan menara
itu kini tidak pun disewakan untuk mendapatkan pulangan modalnya, apakah
lagi yang boleh diharapkan daripada kepala hotaknya? Selain menara kembar
itu dia juga merestui pembinaan menara Kuala lumpur bagi tujuan komunikasi.
Bukankah peralatan komunikasi itu boleh diletakkan di mercu salah satu
menara yang kembar itu? Jika demikian, bukankah RM300 jua yang digunakan
untuk membina menara telekom itu dapat digunakan sebagai tabung dan dana
pelajaran agar setiap anak bangsa mampu melanjutkan pelajaran dengan kadar
yang rendah? Bukankah wang sebanyak itu dapat digunakan untuk melancarkan
satu skim pemeliharaan lembu daging dan lembu susu di negara ini? Tidak,
semua itu tidak perlu kerana Mahahtir pernah berkata kita perlu menjadi satu
negara industri yang kuat untuk mampu membeli hasil pertanian daripada
negara jiran.



BILA KERBAU MENJADI LEMBU


Pemerintahan yang songsang mengikut nafsu nafsi segelintir pemimpin negara
kini menjebak Malaysia ke kancah kumpulan negara yang banyak hutang.
Kalaulah negara ini TIDAK diperintah oleh seorang yang sewel kita mampu
menjadi sebuah negara yang terkaya kerana simpanan negara yang besar. Lihat
sahaja kepada Taiwan. Negara ini dulunya adalah satu kepulaun yang berbatu
di mana rakyatnya merupakan para imigran yang lari daripada pengaruh
komunis. Kini, Taiwan adalah sebuah negara terkaya di rantau pasifik,
malahan lebih kaya daripada Jepun kerana hutangnya yang kosong. Selepas
Taiwan muncul pula Singapura. Kedua-dua kepulauan ini tidak pun mempunyai
hasil bumi yang besar dan lumayan. Tetapi mereka menjadi kaya kerana
perencanaan negara yang jitu dan berwaspada. Untuk mengetahui kejayaan
Taiwan kita perlu membuat kajian ke atas sejarah bangsa itu dan cara mereka
menangani maklumat penting dunia sebelum IT menjadi gandingan abjad yang
besar maknanya.

Soalnya sekarang, bagaimanakah Taiwan mampu menjadi satu negara yang
disegani sedangkan tidak ada hasil buminya yang mampu menjadi bahan kekayaan
negara? Sebagai bandingan, kenapakah Malaysia yagn mempunyai khazanah bumi
yang paling lumayan tidak mampu berdiri megah seperti Taiwan, sedangkan
jumlah penduduknya hampir serupa sejak begitu lama lagi? Jawapannya terletak
kepada ketelusan pemerintahan. Di Taiwan, para wakil rakyat sanggup
bercakaran dan bertumbuk semata-mata mahukan kebenaran. Di Malaysia para
wakil rakyat sanggup menjerit melolong seolah-olah mereka berlakon
semata-mata. Sudah berpuluh wakil rakyat daripada pihak pembangkang yagn
ditahan di bawah ISA, mereka masih tidak mampu mencuit minda rakyat marhaen
untuk bangkit memerangi Akta itu. Inilah gambaran betapa sedihnya keadaan
kehidupan di negara ini. Inilah gambaran yang amat jelas kepada Mahathir
bagaiman mudahnya beliau memulas telinga setiap rakyat yang cuba
memeranginya.


Kita sudah merdeka selama 43 tahun. Sebagai sebuah negara yang mempunyai
ladang kelapa sawit terbesar didunia, sekaligus kita mampu menjadi pengeluar
daging lembu dan susu lembu. Tetapi apa jadinya apabila kita masih lagi
mengimpot daging lembu itu? Yang anihnya kenapakah daging lembu yang diimpot
itu sebenarnya daging kerbau? Apabila kita membincangkan persoalan ini tentu
kita terlintas bertanya siapakah menteri pertanian selama ini ? Bukankah
yang amat menonjol seorang insan yang lebih berminat menanam orkid di tiang
lampu dan menanam padi di atas bumbung? Apakah mampu insan yang bersifat Mat
jenin itu melancarkan program itu tanpa sokongan dan dorongan seorang
perdana menteri yang sama sewelnya?

Kira-kira dua puluh tahun lalu, MARDI telah berjaya membuat kajian
penggunaan daun kelapa sawit sebagai bahan makan yang murah untuk ternakan.
Begitu juga dengan bahan buangan daripada prosesan minyak sawit. Kenapakah
kita tidak mampu menternak lembu dan kerbau serta kambing? Jawapannya
terletak kepada faedah menimbun harta melalui pengimpotan daging daripada
India. Semua ini pernah saya tulis secara panjang lebar di internet dulu.
Lembu dan kerbau yang sudah pupus usia kerana diperah susunya secara
menggila dan dibiarkan berkeliaran di kota raya oleh bekas tuanpunya.
Kerajaan menariknya pula ke perkampungan orang yang beragama Islam untuk
disembelih dan dimakan. Tetapi, kumpulan itu lebih senang menyembelihnya dan
membiarkan syarikat seperti 'Husin Allana' mengekspotnya ke Indonesia dan
Malaysia. Bayangnkanlah sendiri, siapakah sebenarnya yang kaya raya dalam
proses mengimpot daging 'binatang hukum tembak' daripada India itu?
Kallaulah ada rakyat Malaysia yang merakamkan gambaran betapa hitamnya
bangkai lembu yang tergantung di halaman rumah di India menantikan lori
pengangkut untuk membawa bangkai itu ke rumah simpanan. Di sana bangkai itu
dimasukkan ke dalam tangki air kapur untuk mematikan segala ulat dan telur
langau yang menghurung bangkai lembu dan kerbau itu. Semua itu memang amat
difahami oleh setiap insan yang menjadi ketua pengarah pertanian. Malahan
menteri pertanian yang sebelum Affendi aNorwawi amat sedar akan fenomena
ini. Tetapi, mereka mampu tersenyum sengeh sahaja dan tidak mahu melakukan
sesuatu yang besar untuk merencana agar negara tidak perlu membawa masuk
daging impot lagi.


Satu ketika dulu Perdana Menteri dikatakan terjatuh menunggang kuda di
Arjentina. Di sana beliau dikatakan mempunyai kawasan pertanian yang luas.
Kenapakah beliau tidak mahu laksanakan penternakan lembu secara
besar-besaran di negara ini?



PEMERINTAHAN CACAMARBA


Kini, rakyat semakin sedar betapa negara ini telah diperintah oleh seorang
diktator secara nafsu-nafsinya seolah-olah khazanah negara itu kepunyaan
bapaknya. Dia tidak pernah melakarkan satu agenda pembangunan negara
berpaksikan kepentingan rakyat. Cuma kepentingan para kroni dan suku-sakat.
Di waktu yang sama Mahathir menghentam hampir semua kuasa besar untuk
belagak sakan seolah-olah hanya beliau sahaja pemimpin dunia ketiga yang
mampu mempersendakan pemimpin uasa besar itu. Sebenarnya itu semua satu
lakonan yang direncana begitu rapi sekali. Mahathir bersandiwara untuk
mengutuk kuasa besar sebagai alat untuk memukau orang Melayu dan rakyat
Malaysia. Sebenarnya beliau merupakan manusia yang sehabis pengecut di dalam
negara ini. Untuk terus mengekalkan kuasanya dia harus terus bersandiwara
dan mengharapakan ihsan sokongan para jongos yang tidak kurang sewel dan
kegilaannya daripada sifat yang ada pada beliau itu.



Mahathir mampu bertahan lama dan menonjolkan satu imej ketahanan untuk
berkuasa setelah berjaya bersekongkol dengan satu kumpulan pemikir dan
pelaksana pentadbiran negara yang amat rakus dan jahat. Dengan bertopengkan
pentadbiran berdemokrasi beliau telah berjaya mengindividukan hampir semua
institusi kerajaan. Badan kehakiman menjadi korup kerana ketua Hakim
Negara dan Attorney General adalah manusia yang korup. Yang tinggal untuk
diindividukannya ialah Angkatan Tentera Malaysia. Kerana itu dia telah
merencana Sauk untuk menonjolkan seorang jeneral yang mempunyai rekod yang
tidak besih dalam perkhidmatannya. Kita tidak hairan kalau Mahathir berjaya
melaksanakan satu rencana agar Yang Dipertuan Agong tidak lagi bekuasa ke
atas angkatan tentera kita. Semua itu serba mungkin bagi Mahathir.



Keupayaan Mahathir memerintah mengikut seleranya adalah disebabkan beberapa
faktor. Yang pertama, disebabkan para wakil rakyat tidak menghayati sumpah
janji mereka selepas memenangi kerusi parlimen ataupun ADUN yang mereka
tandingi. Mereka seolah-olah lupa bahawa sebagai wakil rakyat mereka
sepatutnya mewakili rakyat dan bukannya Mahathir. Budaya kelupaan itu
nampaknya semakin menular kepada wakil rakyat yang berada di parti
pembangkang. Sepatutnya wakil rakyat parti pembangkang mampu meniru gelaga
wakil rakyat di Taiwan. Mereka bercakaran di parlimen untuk menarik minat
rakyat agar parti yang memerintah tidak 'bermahathirkutty'.

Kedua: Rakyat terlalu taksub dengan keadaan negara yang aman damai
sehinggakan minda mereka mudah dikawal oleh Mahathir. Tetapi, kalau rakyat
keluar beramai-ramai berdemonstrasi secara aman di setiap bandar di seluruh
negara, tentu sekali pihak polis pada keseluruhannya akan menyebelahi
mereka. Demonstrasi yang tertumpu hanya pada satu tempat di Kuala Lumpur
mudah dipatahkan oleh polis di atas arahan terus seorang perdana menteri
ataupun proksinya. Cuba lakukan seperti yang dilakukan secara aman di negara
maju, Mahathir sudah lama cabut lari ke Argentina ataupun ke mana sahaja di
Afrika. Dia memang sudah bersedia dengan tempat melarikan dirinya itu.


Ketiga: Allah telah menunjukkan pelbagai isyarat agar rakyat bangkit
memerangi Mahathir. Tetapi isyarat itu masih tidak difahami. Kegagalan ini
membolehkan Mahathir mengawal minda rakyat sehinggakan rakyat sudah menjadi
semacam satu jenis robot yang mampu angguk bila Mahathir mahu dan geleng
kepala bila Mahathir menggelengnya dulu. Contoh yang paling baik ialah dalam
episod Sauk. Segala tindkan polis adalah berasaskan arahan khas daripada
Mahathir. Semua tindkan itu membelakangkan hasrat kaum keluarga Al ma'unah
yang sedang ditahan itu. Kenapakah kaum keluarga Al Maunah tidak dibenarkan
berjumpa mereka sedangkan mereka pun amat perihatin dengan keselamatan
negara? Kenapakah mereka tidak dibernarkan bersua muka dengan orang yang
ditahan itu?


Keempat: Ramai di kalangan wakil rakyat merupakan keturunan bekas wakil
rakyat juga. Inilah taktik Mahathir, memberi ruang kepada anak dan cucu
wakil rakyt UMNO yang sudah mati ataupun bersara. Isa Samad, Fadil Che Wan,
Hisyamuddin Husin, Najib Tun Razsak, Paklah, Nazri Aziz, Tajol Rosli dan
banyak lagi yang eloklah tidak disebutkan nama mereka di sini. Membazirkan
ruang kertas semata-mata. Apakah semua insan yang begitu istimewa itu bijak
dan pandai serta terunggul jika dibandingkan dengan insan yang tidak
mempunyai sejarah keluarga menjadi wakil rakyat sebelum mereka? Disebabkan
mereka naik memimpin rakyat berdasarkan rekod warisan yang tidak pernah
direstui oleh rakyat, apakah sebenarnya kelakuan dan prestasi mereka? Orang
putih kata dengan satu perkataan sahaja 'MEDIOCRE". Inilah golongan yang
tidak bermaya menjadi pemimpin. Sebagai contoh cuba lihat apa yang dilakukan
oleh Nazri Aziz. Bayangkan kuasa yang ada di tangannyanya. Tetapi apakah
idea bernas yang pernah keluar dariapda kepala otaknya? Dia lebih
memntingkan perkara remeh temeh seprti janang memasang logo parti di
kenderaan awam dan sebagainya. Pernahkah dia membuat kajian kenapa orang
Melayu di luar bandar jauh lebih miskin daripada kaum China di luar bandar?
Pernahkah dia usahakan satu kajian bagaimana orang China di Perak mampu
mengeluarkan pakaian berjenama tanpa ada satu kilang pun di Kemunting, Kuala
Kangsar, Ipoh dan Lumut? Kelemahan Nazri memimpin (jangan lupa beliau pernah
menjadi Ketua Pemuda UMNO satu ketika dulu) melambangkan betapa pincangnya
golongan pelapis pemimpin Melayu dalam UMNO. Akan tetapi, itulah gambaran
sebenar pemimpin muda Melayu yang dilahirkan oleh pemimin UMNO lama. Mereka
sebenarnya bukan sahaja lupa daratan, malahan tidak sedar lagi di mana
daratan kehidupan orang melayu itu. Kalau orang seperti Nazri Aziz boleh
berlagak seperti itu bagaimana pula manusia lain seperti Kaki Gedebe Ibrahim
bin Kakigedebe Ali?

Kelima dan amat penting: Majlis raja-raja gagal memainkan peranan mereka.
Sepatutnya majlis raja-raja mampu menggembeling tenaga professional di
kalangan rakyat untuk memberikan nasihat yang 'neutral' dan tidak berbelah
bagi. Tetapi, mereka gagal segagalnya. Rakyat sudah tentu tidak akan
melupakan kedayusan mereka.



Bukankah pelik, sejak Mahathir memerintah negara; semua kumpulan ajaran
sesat datangnya daripada kumpulan yang dianggotai oleh orang Melayu? Apakah
orang China dan India tidak mempunyai kumpulan yang menyesati ajaran agama
mereka? Jika tidak, bagaimanakah semakin bercambahnya bangunan gereja dan
pelbagai mazhab agama Kristian di negara ini? Bagaimana pula dengan semakin
ramainya muda-mudi Cina yang ketagih dadah dan pil ecstasy? Bagaimana pula
semakin ramai anak India yang mahu meniru gaya Bentung Kali?



Dengan menuduh sesuatu kumpulan agama Islam itu sesat, Mahathir sebenarnya
melekehkan agama Islam. Di waktu yang sama kita dapat lihat betapa kawan
baik Mahathir yang bernama Dr. Ka#sim Ahmad pernah berdakwah betapa bersolat
itu adalah satu adat sahaja. Kenapakah Ka#sim Ahmad tidak ditangkap dan
dipenjarakan? Bukankah fatwa Ka#sim itu menyesatkan? Cuba bandingkan fatwa
Ka#sim Ahmad dengan ajaran yang dibuat oleh Ustaz Shamsuri Haji Ahmad yang
baru ditahan atas tiket ISA. Apakah ini yang dikatakan pemerintahan
berdemokrasi?


Nampak jelas kini, Mahathir melakukan apa sahaja yang dikehendakkinya sesuka
hati. Dia sudah tidak takut kepada azab sengsara yang dijanjikan oleh Allah.
Di Malaysia ini, Mahathir sudah memerintah laksana seorang dewata yang
banyak tangan. Kerana itu dia fikir kuasa yang serupa akan menemaninya
apabila mati kelak. Kalau dia akur dengan pendapat bahawa bersolat itu
adalah satu adat, apakah kita fikir beliau akur kepada ajaran betapa adanya
alam baqa?




-Marhaintua-
2.8.00

Link Reference : Newskini