Laman Webantu   KM2A1: 2492 File Size: 3.2 Kb *



Debaran 4 Ogos.
By web aNtu

4/8/2000 1:44 am Fri


Nampaknya 4 Ogos merupakan satu tarikh yg begitu bermakna buat satu perjuangan.
Tapi ditunda pula ketarikh yg belum pasti (AFP- 4pm)- artikel ini ditulis
sebelum ditunda. Tapi tak kesahlah...... Tuhan Maha Berkuasa.

Ia bukan tarikh utk seorang bernama AI - tetapi ia adalah tarikh untuk semua AI yg ada. Ia bukan tarikh satu hukuman (punishment) kpd AI, tetapi ia merupakan satu hukuman kpd semua rakyat amnya - pencinta keadilan khususnya.

Apakah tarikh ini akan menentukan terkuburnya satu perjuangan? Belum tentu lagi! Dihukum tidak semestinya salah - ditembak tidak semestinya mati - apalagi yg ditembak itu mempunyai dua elemen - satu yg kelihatan (jasad) dan satu lagi tidak kelihatan (kesedaran mental).

"A time shall come on my ummaht when they will like to run away from the ulema as the sheep like to be away from the shepherd. When such a time comes the people will be involved in the following 3 things:-

(1) Barkah will disappear from wealth
(2) They will be overpowered by an oppressive government
(3) They will depart the world without faith. "

- (Nabi saw)

Sejarah membuktikan bahawa ramai org2 dahulu kala - khususnya ambiya - mati ditangan pemerintah yg zalim. Bukan seorang dua, malah beribu2 utusan Allah dari kalangan manusia mati dilenyapkan oleh taghoot (oppressor) - tetapi "sinar"Nya tidak PADAM-PADAM sampai akhir zaman. Mahath1r jangan menganggap esok hari kemenangan satu penipuan dan fitnah terbesar abad ini kerana kebenaran tetap akan terserlah walaupun ia telah dibenamkan sebegitu jauh hingga keperut bumi. Bumi tidak akan dapat menerima fitnah dan kepalsuan ini ... apatah lagi satu episod yg amat jijik menghina org Islam dan org Melayu yg boleh "didenda" jika tidak mempercayainya.

Esok menjadi penentu siapakah pemimpin UMNO yg bertopeng selama ini - rupa2nya satu kumpulan gangster (penyangak) yg tak puas-puas menuduh sana sini utk merompak dikeesokkan hari.

"To a person who harms a Mu'min without any ground is like a person who has DESTROYED Mecca and Baitul Ma'mur 10 times and as if he has KILLED 1000 dear and accepted angels of Allah" - (Nabi saw)

Esok adalah hari UMNO membuktikan "ke-alim-an" islamnya dgn mengaibkan seseorang insan tanpa kaedah Islam. Esok adalah hari UMNO akan melancarkan projek2 jijik yg lebih dahsyat lagi sekiranya projek ini "berjaya".

Jika AI dapat "dibunuh" - jangan terkejut jika ramai lagi akan "dibunuh". Tengok nasib org umno sendiri - Ku LI pasti ada pelbagai kenangan pahit yg tidak bisa dilupai - kerana belum berdiri pun sudah hilang semua kaki..


Dipukul sudah, digigitpun sudah,
Disembur racun sebelum didakwa,
Dituduh jahat tak sudah-sudah,
Dibunuh pun masih tetap bernyawa,

Usah disorak ranting yg patah,
Pucuk yg tumbuh lebih berduri.

Esok adalah hari untuk kita membuktikan siapakah diri kita yg sebenarnya.... seorang yang bernama "pejuang".

Sekian N Selamat Berjuang!!

Link Reference : Newskini