Laman Webantu   KM2A1: 2491 File Size: 3.0 Kb *



Rakan Lama Yg Mengalirkan Airmata
By Amin Sapiro

3/8/2000 10:03 am Thu

Amin Sapiro - Rakan Lama Yg Mengalirkan Airmata LIHAT BAGAIMANA ?JEJAK KASIH? BERLAKU DI ALAM SIBER. Fri Jul 28 22:12:23 2000


Kita tidak terfikir bagaimana di alam Siber begini ada juga hubungan silaturahim begitu erat ikatannya. Segala-galanya kerana mereka berdiri dalam satu saf, satu perjuangan dan satu matlamat. Situasi begini memang sukar dibayangkan dengan mata. Namun hati yang begitu porihatin dan saling mengasihi sesama mereka, umpama mereka saling bersaudara.

Bagimana pula keinginan kita bertentangan mata dengan sdr. Anwar? Mungkin 1000 kali pun tidak sama. Terimbau hati menyertai perjuangan ini, semata-mata kerana menginsafi hakikat bahawa ?menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman? bukan untuk kepentingan diri. Ia adalah ibadah dan jihad untuk satu generasi yang menanti.

Saya imbau rakan-rakan di laman-laman menghayati Reformasi. Jangan undur?. kerana perjuangan kita belum sempurna lagi. Se patah kata merangsang pejuang dan perjuangan, bermakna 1000 tapak kita menuju ke distinasi yang kita impi-impikan. Menapaklah?.dan terus menapak!! Pasti, kejayaan itu akan nampak.

Jangan semudah itu visi kita dikeliru dan dikaburi. Padanglah generasi kita, apa akan jadi kepada mereka. Jika hari ini kita masih mampu menelan sesuap nasi, namun kita tidak tahu samada negara akan terserah kepada puak ?tangut? yang ?memadu-cinta? dengan Yahudi; untuk selama-nya..!!

Politik, sosial dan ekonomi, undang-undang, pentabiran dan kebebasan diri??sudah jadi ?cacamarba?. Makin hari kita mulai kehilangannya dari genggaman. Minda kita sudah mulai disalut dan diisi dengan fitnah, aib dan pembohongan serta adu-domba. Kita sudah lihat bagaimana ugama kita telah beransur-ansur di sekularkan!! Muda-mudi kita sudah mulai menjual maruah diri semata-mata kerana bermata duitan. Inikah ini ?Melayu Baru? puak itu yang sedang diolah bakal menganggotai umat Muhammad akhir zaman?

Negara ini adalah tanggungjawab kita. Sesungguhnya, kita sedang menghadapi suatu cabaran ?penjajahan minda?. Perhatikan, saban hari kita disogokkan dengan pelbagai ugutan, ancaman dan propaganda.

Tepuklah dada - tanyalah selera!! Keputusannya ada ditangan anda semua!! 2003 di liku sana!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)