Laman Webantu   KM2A1: 2490 File Size: 9.6 Kb *



Fwd FGR - Amin Sapiro di Johor
By web aNtu

3/8/2000 11:46 am Thu


Lapuran KAMAL Al-Fikri
Rengkasan Forum Tertutup Sdr. Amin Sapiro (1 Ogos, 2000).
Penyokong UMNO & BN Dah Muak-Meluat @ Bosan Kpd Parti Sendiri


Laporan rengkas pertemuan tertutup antara Sdr. Amin Sapiro dengan pemimpin UMNO di sebuah kawasan Parlimen.

Tarikh: 1 Ogos 2000.
Hadirin: Anggaran 45 orang pemimpi & J/K Umno ?hardcore?
Negeri: Johor.

`````````````````````
RENGKASAN:

1) Sdr. Amin Sapiro berkata: ?Sepanjang perjumpaan beliau dengan penyokong UMNO & BN (termasuk pemimpin diperingkat bawahan, pertengahan atasan), mereka yang tidak berkepentingan, tidak rasuah dan menyeleweng sudah muak dan meluat dengan karenah pemimpin UMNO, parti sendiri?.

2) Kata beliau, ?Segala-galanya berpunca dari tindak-tanduk pemimpin UMNO yang makin nampak bertindak liar hingga hilang pertimbangan kebelakangan ini. Kata beliau, ini adalah berpunca dari sikap Dr. Mahathir yang makin tertekan oleh jenayah beliau sendiri yang menafikan kedaulatan undang-undang dan melanggar amanah rakyat. Kerana itu, semakin nampak Dr. Mahathir telah betentangan dengan wawasan dan tuntutan rakyat?.

3) Kata beliau, Dr. Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO sebenarnya ?menyerang? rakyat, menafikan hak mereka dan mengugut melalui pelbagai 'kuasa undang-undang' yang sengaja dibengkang-bengkokkan demi kepentingan mereka (ditafsirkan tergolong kepada pengkianat negara - kata beliau). Bermakna, keputusan rakyat memberi amanah politik dan pentadbiran kepada regim Mahathir adalah sia-sia. -
Sebaliknya menyusahkan rakyat jelata, kata beliau.

4) Beliau berkata, oleh kerana kedudukan Dr. Mahathir telah begitu tenat, TPM Abdullah Bedawi juga terseret-seret dengan cuba mempertahankan kewibawaan Dr. Mahathir yang sudah merudum hangus. Jika itu tindakan TPM Abdullah dan pemimpin UMNO yang berjawatan (Kerajaan & MKT), maka sahlah sekarang UMNO sedang ?BERPERANG DENGAN ORANG MELAYU (BANGSA SENDIRI)?;

5) Kata beliau, Orang Melayu patut sedar, apa yang menjadi isu dan persoalan sebenar hingga kedudukan politik UMNO bergolak dan merudum. Ia bukan berpunca dari perselisihan faham antara kaum. Tidak juga antara antara UMNO dengan Pembangkang. Jauh sekali dari perpecahan sesama Islam. TETAPI sebenarnya
adalah berpunca dari karenah dan sikap Dr. Mahathir sendiri yang memaksa semua pihak memperkukan keinginan beliau menjadi seorang Diktator, berkuasa multlak sampai mati. Maka untuk memberi tanggapan sensasi, Dr. Mahathir menimbulkan isu ?busuk? seperti ?PM Bukan Melayu?, ?Pembangkang menumbangkan kerajaan melalui kekerasan?, dll. Kata beliau, itu adalah ?temberang kacang? seorang pemimpin yang sudah kena ?terajang? masuk longkang! (hadirin ketawa - memang sdr. Amin seorang suka berjenaka rupanya).

6) Sekaligus dengan itu, Dr. Mahathir memaksa beberapa pemimpin UMNO yang telah terperangkap (melakukan rasuah dan penyelewengan, pelbagai jenayah berat mengkhianati kepentingan rakyat dan negara, menyalahgunakan kuasa, dll. yang sengaja dipilih oleh beliau menerajui UMNO/BN) supaya menyokong beliau. Ini adalah ragam sebuah regim Diktator.

7) Kata beliau, sebagai pemimpin beragenda jahat lagi busuk, Dr. Mahathir dan sekongkolnya telah mengumpulkan pemimpin busuk dan jahat supaya mengkhianati hak asasi rakyat sebagai wakil rakyat dan penghuni Kabinetnya. Mereka sentiasa berpakat melaknat rakyat. (beliau memberi contoh pentadbiran Ali
Rustam (Melaka), Abu Ha#san Omar (Selangor), Dr. Hamid Osman (menteri tidah mendapat sokongan). Kata beliau, inilah 2 contoh antara MB-MB dan Menteri Umno yang menjahanamkan wawasan orang Melayu dan ugama Islam! (Terdengar hadirin melaungkan ?Allahu Akbar?).

8) Sdr. Amin mencabar berulangkali pemimpin UMNO yang hadir (di forum itu) supaya memberi nama (cuma) seorang pemimpin UMNO dan BN yang tidak terlibat dengan rasuah (kalau boleh)! (hadirin senyap). Kata beliau, tidak ada satu biji mata pemimpin UMNO yang tidak rasuah. Selagi budaya amalan UMNO/BN ialah ?politik wang?, dan selagi Mahathir dan Daim Zainuddin masih tidak diheret ke mahkamah rakyat (bermaksud bukan mahkamah Mahathir sekarang) dan mempurukkan mereka ke dalam penjara (setelah dibuktikan bersalah) - selagi itu orang Melayu, rakyat dan negara akan hancur.

9) Mahathir dan pemimpin UMNO/BN yang masih ada sekarang sudah melanggar amanah rakyat. Kesejahteraan rakyat tidak akan kembali seperti asal setakat menyingkirkan mereka sahaja. Keadaan memerlukan supaya orang Melayu membuang UMNO dan kaum bukan Melayu pula menghumbankan BN sama sekali. Jika orang Melayu dan kaum lain masih teragak-agak dan enggan melakukan ?Reformasi
Total? (menumbangkan BN), jangan harap politik, ekonomi, sosial, undang-undang negara ini akan ?revive?.

10) Kata beliau ?Apa yang berlaku sekarang, khusunya tahap ?growth? ekonomi yang diwar-warkan sekarang (yang kununnya Dr. Mahathir kata sedang mula meningkat) sebenarnya adalah ?ARTIFICIAL?, kata beliau. (Beliau menghuraikan dengan panjang lebah hujah ekonomi dengan merujuk pandangan cendekiawan tempatan yg jujur). Kata beliau, ?Pelaburan asing sudah hilang kepercayaan kepada situasi
politik dibawah pentadbiran Dr. Mahathir yang menerajui kerajaan UMNO dan BN. Keadaan menunutut supaya regim Mahathir ditolak dan Dr. Mahathir dibicarakan.

11) Sdr. Amin menjelaskan, kenyataan Dr. Mahathir mengatakan ekonomi Malaysia sekarang sedang ?revival? adalah satu ?pembohongan beragenda?. Itu hanya cakap-cakap Mahathir saja yang ?buta ekonomi?. Hakikatnya, ?jauh panggang dari api?. Yang kaya hanya menteri rasuah seperti Daim dan Rafidah.

12) Kata beliau, ?Dr. Mahathir hanya menumpukan minat kepada Bursa Saham KLSE?. Sdr. Amin menerangkan bagaimana KLSE tidak ada kena mengena dengan ?economic revival?. Kata beliau, KLSE adalah setakat petunjuk mengenai kegiatan ?Kaki judi?. Tidak ada kesan dan impak kepada kemakmuran ekonomi majoriti rakyat (berpendapatan rendah). Kata beliau, ?Walaupun Bursa Sham KLSE meningkat 1000
mata, cuba kita tengok ekonomi orang kampung, adakah kampit beras rakyat miskin berisi padat??.

13) Kata sdr. Amin, Dr. Mahathir melakukan sesuatu HANYA semata-mata untuk Kroni dan pengampu beliau. Dasar ekonomi Dr. Mahathir bertujuan mengkayarayakan diri sendiri, anak-beranak, suku sakat dan kroni proksi saja. Orang miskin dan berpendapatan rendah hanya dianggap sebagai ?Rakyat Kelas 3?.

14) Beliau mencabar, kata beliau, ?Cuba anda masuk ward di mana-mana hospital kerajaan sekarang; dan tengok dimana anda ditempatkan jika tidak sanggup mengeluarkan antara RM1000 - RM5000 ?on the spot?. Anda adalah bakal pesakit Kelas 3 dompet anda kosong. Merengkoklah disana menanti mati. Tanggunglah penghinaan; bagaimana pelawat pesakit Kelas 1 dan VIP memandang anda. Lebih hina dari anjing dan babi.

Dengan nada hiba, beliau menceritakan pengalaman beiau baru-baru ini. Cuba bilang berapa jumlah pesakit Kelas 3. Keadaan ini adalah berpunca dari Dasar Kerajaan UMNO/BN, manusia dinilai berasaskan wang. Tak kira dari sumber halal atau haram. Regim Dr. Mahathhir adalah pelindung perbuatan haram dan
mungkar. Itulah yang dinamakan konsep ?Penswastaan?. Orang miskin jadi ?sambal? colek jutawan buaya darat!, kata beliu.

15) Sdr. Amin menyarankan sudah sampai masanya hadirin menyebarkan kepada rakyat supaya berfikir panjang dan jangan terkeliru dengan adu-domba Dr. Mahathir dan pemimpin Umno/Bn yang sekongkol.

Isu-isu yang dibangkitkan regim Mahathir sekarang adalah agenda Mega beliau untuk mengekalkan kuasa melalui satu siri sandiwara ?bangsawan?, drama ?bollywood? dan opera ?wayang tinggi?. Kata beliau. (Hadirin ketawa gelihati!!).

16) Kata beliau, jika pemimpin dan akhbar UMNO berbangga kununnya 1000 ahli KeAdilan kununnyanya meninggal parti, cuba bandingkan dengan 100 ribu penyokong UMNO dan BN memangkah Barisan Alternatif tanpa menjadi ahli. Terengganu dan Kelantan adalah bukti yang nyata. Tidakkah itu bermakna pemimpin

UMNO dan BN sedang bermimpi disiang hari? Bayangan cerita Tamil berjodol ?Indian Congress 1? akan berlaku di sini. Jika Indira Ghandi akhirnya dipenjarakan, makin nampaknya ?suku sakat Indira di Malaysia? akan mengalami nasib yang sama. Sebab orang Melayu sudah sedar siapa si Mamak durjana kerabat Si Kitul dan Raja Mandeliar!! Kata beliau dengan berseloroh, ?Lupakah orang Melayu dengan adat hukum ?sula??. (hadirin ketawa bila sdr. Amin bercakap selang-seli dlm loghat Jawa).

Secara berjenaka Sdr. Amin bertanya, ?siapa dia yang ingin punggungnya dihentak dengan sula?? Hadirin menjawab (semacam bersorak), ?MAHATHIRRRRRRR??!!!!?

Beliau minta diri sambil tersenyum sinis! Majlis disudahi dengan jamuan teh dan doa kesyukuran serta memohon semoga Allah merestui jihad perjuangan rakyat ?Menegerakkan Kadilan dan Menumbangkan Kezaliman?; dan mendoakan semoga sebarang keputusan keatas Anwar pada 4 Ogos ini akan memberi
hikmah kepada rakyat. Beliau meminta semua pihak berfikir.

Nota:
Forum selama 1½ itu panjang. Lapuran Inti forum beliau yang terperinci akan disambung setelah mendapat kelulusan beliau.


Ditulis oleh:

KAMAL Al-Fikri
Wakil Kepimpinan Umno
(Cawangan dan Bahagian setempat)
Bakal anggota dan penyokong PAS dan Keadilan Nasional.

Link Reference : Newskini