Laman Webantu   KM2A1: 2487 File Size: 4.7 Kb *



Tribute kepada penulis reformasi
By pujangga

1/8/2000 4:28 pm Tue


pujangga
Tribute kepada semua penulis reformasi

Saya kira sudah lama saya menulis. Entah berapa nama samaran sudah ditukar silih berganti. Tidak kurang pula menyaksikan forum-forum yang hidup dan mati sambil menitiskan air mata mencecah keyboard ditengah-tengah malam buta.

Dalam hati kecil saya berkata "Soal Efektif lain kira. Yang penting mesej itu sendiri." Lalu saya pun mengarang dan terus mengarang. Ini sahaja yang saya ada - sebiji komputer yang sudah usang kerana terlalu banyak bermain "game" didalamnya. Memang asaya akui saya peminat game-game ini.

Tiba-tiba terlintas disudut hati - apa guna menekan dan memicit kekunci itu kuat-kuat. Musuh dalam game seperti doom itu akan hidup balik juga dalam Level seterusnya. Kalau khatam game pun tak kemana......

Lalu saya berkata: "Ini bukan musuh betul. Tak guna!"

Kalau game real mungkin lebih berguna - entah-entah dapat pahala pula.

Sekarang baru saya jumpa - inilah game yang sebenarnya. Ini game tipu-tipu tapi tak semestinya anda perlu menipu untuk menang. Yang sahih musuh memang menipu untuk menang. Mereka pakai hantu! (Bukan web hantu atau polong cyber lah tapi pengundi hantu!)

Game seperti ini lebih mencabar dan tidak banyak yang sanggup bermain dengannya kecuali anda cukup senjata dan shield. Tapi tak susah - kita ada banyak bantuan. Dari mana?

Dari pemain-pemain game ini juga. Kita tak nampak wajah-wajah mereka tapi kita tahu mereka bersama kita. Mereka itulah Marhain Tua, Amin Sapiro, Dahlia, HC, dan lain-lain lagi. Kita bermain bersama-sama - bukan untuk kemenangan kita, tapi kemenangan ugama dan generasi kita........

Dalam game ini agak sukar juga keran saya tidak nampak berapa markah (score) saya. Tapi saya tak kesah semua itu. Bagi saya score tidak penting kerana yang menang tak perlu diri saya. Biar ugama, bangsa dan rakyat yang akan menang. Saya rela menjadi abu kemenangan itu........ Sekurang-kurangnya inilah yang dapat saya hulurkan sebelum saya ditakdirkan hilang dari dunia yg penuh dengan cabaran (dan game) ini.

--

Reply:

Memang benar kata anda, bhw kita kini berhadapan dengan The Real Game! Seperti yang kita lihat dalam program TV Jepun Istana Takeshi, bukanlah satu perkara yang mudah untuk mengalahkan pihak lawan yang sentiasa berfikir bagaimana menggagalkan usaha lawan.

Alhamdulillah juga kerana kita ada barisan pejuang sejati kita seperti nama-nama yang disebutkan, apa kata, saya cadangkan agar nama-nama mereka ini turut diberi penghargaan oleh laman-laman reformasi yang ada.

Kita akan rugi jika kita kehilangan mereka, terutama seperti srikandi kita Dahlia, kerana beliau mampu menggegarkan semangat juang di kalangan wanita, malah juga di kalangan kaum lelaki.

Tahniah juga buat Matdeghih, Tok Misai dan lain-lain.

Reply 2:


sebab nampak tidak ada endingnya, tiada kalimah 'game over' bila kita dapat score. Tapi real live game ni rupanya ada banyak hidden scores yang kekadang susah kita nak nampak, tapi walhal banyak menolong kita overcome semua challenge. Apa yang paling penting ialah we remain as one player in fighting against the villain!

Jawapan saya:

Sebab tidak nampak score inilah ramai yang tak tahan dan rebah ditengah-tengah jalan. Saya bersyukur kerana tangan-tangan ini masih dapat memetik keyboard usang ini. Jangan kerana kita tidak nampak score kita rasa sudah tak berkesan. Lagipun banyak penjahat mati walaupun tak nampak kesan "tembakkkan"???

Posting awal:

Udah lama terpekik terlolong. Memang saya ada terpekik dan memang saya terlolong. Sekurang-kurangnya saya ada perasaan. Saya ada sesuatu dalam diri saya yang membenci penganiayaan sesama manusia. Saya memekik kerana saya hidup dan saya sedar dan saya ada mata yang terang. Kalau saya tidak nampak buat apa saya bising-bising?

Juak-juak umno menganggapnya perbualan kosong. Habis karen sahaja.

Tapi tidak pula sebaliknya. Pekikkan seperti ini rupanya berjaya mengasah bakat dan melahirkan penulis-penulis berbakat seperti Amin Sapiro, HC, Dahlia, dan lain-lain lagi - mereka semua bermula diforum-forum seperti ini.

Dia bermula dari Orang Biasa, S'Seng Bando, dan banyak nama-nama lagi - dengan satu misi - merobah mindaorang melayu.

Era penulisan internet sudah memasukki fasa kedua - iaitu identiti. Ia bermula diforum-forum sebegini.