Laman Webantu   KM2A1: 2484 File Size: 12.3 Kb *



Fwd: FGR Bermulanya kesedaran org umno
By web aNtu

1/8/2000 11:53 am Tue

Semakin hari semakin ramai org2 umno meninggalkan umno. Ramai telah muda sedar bahawa mereka sebenarnya menjadi penonton seorang aktor yg berlakun serba serbi - utk diTAYANGkan kpd rakyat pada kaca TV berulang2 sebagai iklan2 utk mengempen barang yang sudah tidak laku lagi dihati rakyat (cuma laku kat hati kroni keparat dia aje!) Pergi haji sudah tonton, baca doa sudah tonton tapi apakah nampaknya ada agenda lain disebaliknya kerana ia ditayang disaat dekat pilihanraya atau kerana dirasakan ada org lain yg lebih baik yg sudah dapat menawan hati org2 umno.

Kita lihat bagaiman umi hafelda bengkrap kerana tak bayar hutang. Azizan melakukan persetubuhan haram dgn anak dara orang, manakala penulis buku karut itu disaman kerana gagal membayar hutang - bukan aje tak bayar - datang mahkamah pun tidak!! (macam mahdey!) Ini lah dia sumber2 yg mahath1r tersungguh yakin sangat utk digunakan sebagai hukuman kpd DSAI. Cuba kita fikir - sampai saat ini beginilah kesudahan orang2 yg BEGITU DIYAKINI oleh mahath1r. Kalau kita ada otak yg waras kita sudah tentu akan menolak mentah2 org2 macam ini - kerana mereka ini mempunyai satu ciri yg sama iaitu KHIANAT terhadap MANUSIA.

Orang yg berbohong memang takut - apalagi kalau kemahkamah. Lihatlah sendiri - bagaimana umi hafelda pernah satu ketika pucat lesi di mahkamah. Azizan -- lagi teruk, sampai berapa kali tukar haribulan - malah pernah disuruh 'berehat" sebab DEMAM!. Yg lain sprt Sukma N Dr Anees diberi dadah berlebihan N ditipu hidup2 oleh SIAL bukit aman..... Sampai hari ini lawyer SIAL tu tak nampak muka!!

########

SELAKU orang yang ditugaskan menyeleraskan pertemuan dengan sdr. Amin Sapiro (seperti yang dirancangkan), saya perlu menyemak beberapa rencana sdr. Amin Sapiro dalam koleksi beliau di Laman Tranung dan Fitnah-e-Umno, Minda Rakyat, dll.

Memang banyak yang tersenarai dalam himpunan tulisan beliau. Kami rumuskan, kesemua tulisan beliau adalah bertujuan memberi kesedaran kepada rakan-rakan lama beliau semasa dalam UMNO. Sebagai seorang bergelar ?Bekas UMNO?, kami telah dapat berhubung dengan beliau dan mengatur satu pertemuan tertutup. Beliau bersetuju.

Hampir 20 rencana sdr. Amin telah saya pilih, download, baca dan edarkan kepada rakan-rakan kami di peringkat Cawangan dan Bahagian setempat. Kami jadikan tulisan beliau sebagai asas untuk berbincang bersama beliau dalam ceramah tertutup yang telah kami jadual dan akan diadakan. Kami turut berbincang sesama sendiri sebelum kami berbincang dengan beliau. Beberapa persoalan sengaja kami senaraikan sebagai memahami permasalahan UMNO dan BN serta keputusan beliau meninggal UMNO.

Kami dapat rumuskan, iaitu selama ini sdr. Amin Sapiro benar-benar ingin melihat penyokong UMNO yang tidak faham makna yang tersirat disebalik "Reformasi". Kami nampak bagaimana berusahanya beliau memberi pengertian makna perjuangan yang sedang beliau laksanakan.

Maklum sajalah, ramai diantara pemimpin UMNO disemua peringkat telah dibasuh otak mereka oleh akhbar perdana supaya menganggap rencana di laman reformasi dipercayai sebagai fitnah dan tohmahan sahaja. Tetapi setelah sdr. Amin, membentangkan pelbagai persoalan, baru kami sedar yang Mahathir sendiri adalah ?Bapak segala Fitnah dan pencacai agama Islam?.

Tengah hari tadi (Isnin, 31 Julai) kami sempat bersama sdr. Amin Sapiro dalam satu majlis makan. Di sebelah petangnya, kami berhimpun secara terturtup bersama beliau. Senagai penceramah jemputan, kami pemimpin UMNO di peringkat Bahagian dan Cawangan sekitar telah diberi taklimat mengenai rasional beliau meninggalkan UMNO.

Kata beliau, ?Saya sudah lama ?duduk atas pagar berduri? (ulang: pagar berduri). Kira-kira sejak Anwar dilucutkan jawatan walaupun belum disahkan oleh Mahathir beliau seorang yang bersalah. Saya membantah keras mengapa Mahathir bersikap mendahulukan hukuman sebelum dibicarakan. Jadi saya anggap itu adalah kesalahan Mahathir pertama? kata beliau.

Sambung beliau, ?Kedua, Anwar mencabar Mahathir supaya tampil ke mahkamah. Tetapi Mahathir menggunakan hujjah diluar mahkamah dan menyalahgunakan pelaksana undang-undang untuk mempertahankan diri. Dari segi amalan seorang pemimpin, sikap Mahathir itu sudah nampak kelibat beliau sebagai seorang pengecut yang tidak bermaruah. Jadi, mengapa diri beliau (sdr. Amin) mesti memperakukan Mahathir seorang ketua yang berwibawa??.

"Ketiga, kata beliau, "Beliau hanya akan memperakukan Mahathir sebagai Presiden UMNO yang sah dari segi Perlembagaan UMNO sekiranya Mahathir sanggup jawatan Presiden yang disandang dipertandingkan. Lantikan beliau sebagai Presiden kali ini adalah dilakukan dengan cara ugutan dan rasuah. Maknanya Mahathir adalah seorang ketua yang lemah, tidak berpengaruh dan takut menghadapi cabaran yang wajar dihadapi oleh seorang ketua. Dari segi perlembagaan UMNO, beliau dan Abdullah Bedawi adalah 'pondan' yang sah menjawat jawatan itu. "

Kata beliau, jika Mahathir betul-betul anak jantan, sewajarnya Mahathir membebaskan Anwar dan beradu kekuatan pengaruh; dan berhadapan dengan Anwar dalam suatu kempen terbuka. Jika tidak, Mahathir dan Abdullah tidak lebih dari penjawat jawatan yang tidak direstui oleh UMNO peringkat bawahan. Denngan itu, penyokong tidak perlu akur dengan sebarang arahan.

Dikebelakangan ini, kata sdr. Amin, Mahathir makin nampak bersandiwara dan mencuba pelbagai cara untuk memburukkan Pembangkang dengan menghasut rakyat melalui adu-domba yang merugikan. Maknanya, UMNO telah diseret menanggung risiko.

Apa yang dilakukan Mahathir sekarang bukan setakat merugikan UMNO saja, malah yang makin parah ialah orang Melayu.

Kemudian sdr. Amin Sapiro menghuraikan bagaimana Rasuah sudah memamah UMNO, pemimpinnya, memberi perlindungan terhadap pelaku-pelaku rasuah dalam UMNO dan BN. Perlindungan seperti ini yang diberi oleh Mahathir adalah bentuk-bentuk rasuah yang tidak harus dibendung oleh orang Melayu.

Kata beliau, apa yang berlaku sekarang, politik, sosial, ekonomi, pentadbiran dan undang-undang negara dan Perlembagaan negara mejadi kucar-kacir dan ?banana?. Imej inilah yang menjadikan pelabur asing tidak yakin bahawa Malaysai adalah sebuah negara yang terbaik untuk pelaburan. Beliau menghuraikan satu persatu.

Kami dijelaskan oleh beliau mengapa selama dua tahun beliau ?atas pagar?. Kata beliau, ia berbuat begitu adalah untuk menunggu samada pemimpin UMNO dan Mahathir akan mendapat hidayah dari kes Datuk SeriAnwar dan mahkamah betul-betul mampu menyakinkan yang Anwar bersalah. Tetapi makin hari makin nampak, Mahathir sendiri adalah orang yang sengaja memaksa dan mengugut rakyat dan orang Melayu supaya tunduk kepada ?kuasa Mutlak? seorang Dikatator. Oleh itu, Mahathir dan pemimpin UMNO tidak wajar dipercayai lagi.

Kata sdr. Amin, ?Jika kita sebagai orang-orang yang berilmu dan mengahyati ugama Allah, apakah kita akan memperakukan Anwar seorang yang bersalah jika Peguam Negara dan Hakim-hakim mahkamah memperakukan tuduhan dan menjatuhkan hukuman yang samasekali tidak diasaskan kepada hukum-hakam Islam? Sepatutnya, Anwar mesti dibicarakan berasaskan ?syariah?, bukan ?sibil?. Perbandingannya, mengapa Azizan yang cuma ditangkap khalwat (rengan sedikit dari zina dan liwat) tetapi dibawa ke mahkamah syariah; sebaliknya Anwar tidak??

Sdr. Amin Sapiro yakin bahawa segala-gala tuduhan kepada Anwar adalah satu Konspirasi dan Agenda Mahathir yang takut berhadapan dengan kenyataan sebenar. Kata beliau, Mahathir sudah lama terjebak dalam pelbagai masalah, kesalahan, jenayah dan rasuah yang bernilai ratusan billion MR yang diketahui oleh Anwar.

Dengan itu, Mahathir tidak ada jalan lain melainkan sekongkol dengan kroni yang berusaha menakutkan beliau supaya memburukkan reputasi Anwar dan memenjarakan beliau. Anwar dianaggap oleh sdr. Amin Sapiro sebagai?political prisoner?.

Disebut beliau juga ?Drama Sauk?. Kata beliau, rakyat makin yakin ia adalah rencana Mega Mahathir saja. Mungkin itu hanya sebagai percubaan Dr. Mahathir untuk melihat samada cakap, pegaruh, kewibawaan dan pentadbiran beliau masih diyakini rakyat. Tetapi, sekarang Mahathir berhadapan dengan persoalan besar iaitu, agenda beliau sebenar adalah diyakini semata-mata untuk meruntuhkan PAS. Dengan itu, sekaligus Dr. Mahathir dan TPM Abdullah Ahmad Bedawi melatah dan hilang modal politik untuk meneruskan agenda selanjutnya.

Sdr. Amin Sapiro menjelaskan, beliau tidak kesal meninggalkan UMNO. Hari ini beliau adalah seorang ?Bekas UMNO?. Tetapi, kata beliau, makin itu makin ramai rakan-rakan beliau dalam UMNO yang bertanya mengapa beliau meninggalkan UMNO. Padhal, kata beliau, seharusnya kawan-kawan UMNO menyisihkan beliau. Tetapi tidak pula.

Kami dapat memecahkan beberapa persoalan yang strategik untuk menampung keperluan orang Melayu jika penyokong UMNO bersatu meninggalkan UMNO dan berhijrah berpaling tadah kepada Pembangkang Melayu.

Masanya sudah tiba bagi orang Melayu menyambung wadah dengan bersatu padu dalam satu saf yang tubuhkan atas kesedaran bahawa UMNO adalah parti Mahathir, bukan parti Melayu.

Sdr. Amin menjelaskan, Reformasi yang diserukan oleh Anwar bukan setakat mengubah-pinda peraturan mengikut suka hati Mahathir saja, tetapi yang lebih teruk ia adalah bertujuan membetulkan seluruh keadaan hingga rakyat setenggan pun mendapat manfaatnya.

Kata belua, inilah yang merungsingkan Mahathir kerana rakyat sebenarnya bukan benci kerajaan tetapi kepada UMNO yang sudah tidak lagi releven untuk memperjuangkan nasib dan wadah orang Melayu. Perhimpunan dan ceramah yang dilakukan oleh Pembangkang bukan fitnah. Jika Mahathir anggap ia fitnah, mengapa Mahathir tidak saman mereka ke mahkamh? Mengapa mesti tangkap dan ugut mereka? Bermakna, ?Mahathir sendiri yang mengancam kerajaannya?, ujar beliau.

Saranan ini kami bincangkan dengan panjang lebar. Kesimpulannya, hujjah sdr. Amin diterima ramai. Kami berjanji akan menyebarkan tulisan beliau dan beberapa penulis di Laman Reformasi yang diberi alamat oleh beliau.

Beberapa perkara yang perlu kami rahsiakan terpaksa kami kecualikan dalam lapuran ?SEPETANG BERSAMA SDR. AMIN SAPIRO DALAM CERAMAH TERTUTUP? ini bagi mengelakkan dari diketahui oleh pihak UMNO yang masih ?bendul? ditipu oleh Mahathir.

Kami nampak sekarang, pendekatan Sdr. Amin Sapiro ini amat berkesan. Beliau berkata, kemewahan yang kita perolehi adalah hak rakyat. UMNO tidak berhak memaksa sesiapa ?bersuyukur? kepada Mahathir, kecualilah kalau ada sesiapa yang nak murtad..(beliau ketawa).

Kata Sdr. Amin Sapiro, ?Soal menganggotai parti adalah masalah kemudian. Yang penting ialah memperjuangkan segala fitnah dan tohmah UMNO supaya orang Melayu dapat disatukan menentang Kezaliman. Segala usaha niat jahat dan pemimpin UMNO yang dihasut oleh Mahathir untuk mensekuarkan Islam harus dipatahkan?.

Untuk makluman anda. pembaca, Sdr. Amin tiba bertemankan seorang pemimpin PAS dan seorang pemimpin KeAdilan Nasional. Dalam taklimat itu, pemimpin PAS yang datang bersama Sdr. Amin turut memberi beberapa pandangan. Tafakur kami bila beliau berhujah.

Kami tanya apakah parti yang beliau jadi ahli sekarang? Jawab beliau, ?Mana-mana parti yang sanggup menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman, itulah parti bakal beliau anggotai?. Kami ketawa dan menghormati rahsia dari kenyataan beliau itu.

Nampaklah kepada kami Sdr. Amin Sapiro tidak mempunyai kepentingan peribadi dalam wawasan beliau. Kami mengucapakan ribuan terima kasih kepada beliau.

Nota: Lapuran ini disahkan oleh Sdr. Amin Sapiro.

Ditulis oleh:

KAMAL Al-Fikri
Wakil Kepimpinan Umno
(Cawangan dan Bahagian setempat)
Bakal anggota dan penyokong PAS dan Keadilan Nasional.

Link Reference : Newskini