Laman Webantu   KM2A1: 2480 File Size: 2.9 Kb *



Re: Punca Sauk gagal
By tv3

30/7/2000 9:27 pm Sun


a#salamualaikum/Se;amat Sejahtera
Semua Pejuang REFORMASI

tv3 ingin menambah kepada penulisan Sdr aNtu, akan kegagalan SAUK. Malah insya Allah, akan gagal kesemua sandiwara yang pasti akan dijalankan oleh P***Mak serta barua baruanya, baik di bahagian judiciary, BABI, BPR, BTN atau sesiapa yang sanggup bertuhankan, "this reincarnation of Mustapha Kamal Ataturk!"

Memang tepat pendapat Sdr Web aNtu, bahawa laman laman web memainkan peranan penting didalam mendedahkan sikeparat ini. Barangkalai inilah yang disebutkan oleh Prof Dato' Haron Din (dipermulaan krisis dahulu) bahawa "senjata akan memakan tuan". Terbukti kini, satu idea yang dianjurkan oleh P***Mak, ia itu MSC, sekarang merupakan sesuatu yang amat memeningkan dia sendiri. (Berbalik kita kepada, "...mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik baik perancang")

Namun, pada pendapat kami di tv3, satu fakta yang memainkan peranan amat penting didalam segala yang berlaku, adalah, MASAALAH KREDIBILITI, (credibility problem) yang dihadapi siFiraun terkutuk ini. Nampaknya hanya dia seorang yang masih percaya kepada apa yang keluar dari lidahnya sendiri! Harus dinyatakan bahawa ini berpunca dari tindak tanduknya sendiri. Tidak ada "kuasa asing" yang terlibat kerana "iri hatikan dia". Persoalannya. Mengapa masih ada sampah sampah yang masih mengikut telunjuk tua keparat ini? Kajian tv3 mendedahkan mereka yang boleh dibahagikan kepada 3 kategori:-

1 Mereka yang TAKUT kerana mempunyai banyak tengkorak didalam gerobok masing masing yang akan diketengahkan oleh Fir'aun jikalau tidak mengikut telunjuk. Contoh, HAmid osMAN.

2 Mereka yang "menahan lukah dipergentingan". Mengambil kesempatan untuk menerima habuan sama ada didalam bentuk wang ringgit atau pangkat. Contoh, Musa Ha#san, Rodhwan, "Professional Virgin", Azizan, dan ramai lagi.

3 Mereka yang memang menaruh dendam terhadap Sdr Anwar Ibrahim. Mereka ini berpegang kepada dasar "matlamat menghalalkan cara".

Dari sudut hati kecil kami di tv3, kadang kadang terpanggil untuk mengingatkan mereka mereka ini tentang "Hari Berbangkit" atau "Pembalasan" atau "Hisab". Pendek kata, mengingatkan mereka akan janji Allah (yang PASTI berlaku), dengan tujuan mereka ingat kembali untuk takut HANYA kepada Allah dan bukan kepada tua keparat yang (insya Allah) telah sampai ke penghujung hayatnya. Tetapi, rasanya, rasa tak termampu lagi untuk memberi ingat kepada jasad yang sudah tertutup! Mamadailah sekadar peringatan kami ini dimenafaatkan oleh mereka yang masih samar samar atau masih cenderung (walau secebis) kepada tua keparat ala Mustapha Kamal Ataturk zaman ini.

Lawan Tetap LLllaawwaannnnnnn.........