Laman Webantu   KM2A1: 2479 File Size: 2.9 Kb *



Punca Sauk gagal
By web aNtu

30/7/2000 3:18 am Sun


Peristiwa Sauk dimulakan dgn publisiti yg cukup meluas sehingga mencecah muka
depan tajuk akbar. Pada waktu yg sama mahath1r sedang menghadapi suatu
bayangan kejatuhan - kerana sampai hari ini TIDAK ADA SIAPA PUN dapat menyangkal
kenyataan Dtk Shapei Yahya!

Tapi akhirnya kegilaan akbar2 ini (kerana sales naik kut?) berakhir dgn satu episod yg MEMALUKAN - bukan sahaja akhbar mereka malah yg empunya akhbar itu sendiri!

Keraguan2 demi keraguan mula timbul - akbar2 akhirnya mendedahkan kelemahan skrip Sauk itu sendiri - apabila Jaafar Puteh menjadi pelakun SERBA SERBI - dialah yg menjadi pengganas N dia jugalah yg menjadi TEBUSAN! Aku rasa hebat juga watak Jaafar Puteh - sampai jurufoto akbar itu tak perasan!!

Belum sempat nak dapatkan autograph Jaafar nampaknya Jaafar telah meninggal.... yg menarik beliau meninggal selepas semua GAMBARnya tersiar!!

Aku harap bolehland productions tak akan keluarkan kembarnya pula - nanti pening kepale memikiorkannya! Maklum sajalah - MSC pun ada cadangan nak keluarkan filem ala "species" juga....

Nampaknya episod Sauk yg begitu hebat diberi publisiti dentam dentumnya di dada akbar berakhir? dengan seribu kemaluan yg tidak terhingga. Penampilan Mahath1r dikaca TV pula gagal menaikkan hit box-office filem ini ... malah semakin menambah komedi..... kerana mahath1r bukannya nak ceritakan fasal Jaafar Puteh, tapi nak meNAMBAH perTUDUHAN! Inilah kerja Mahath1r - dia mahu semua org percaya kat dia. Tapi bila panggil masuk mahkamah dia bagi seribu cerita utk larikan muka!! Dasar penipu N pembohong!

Kegagalan Sauk membawa beberapa erti N makna yg mendalam.

1- Rakyat sudah matang menggunakan aqal fikiran utk membezakan yg mana betul N yg mana palsu, yg mana asli N yg mana tiruan.

2- Laman2 web berjaya membongkar penipuan2 Mahath1r. Lagipun sumber mana lagi rakyat boleh dapat - kerana Harakah cuma 2x sebulan? Bayangkan Mahath1r terpaksa keluar TV utk mempromosikannya kerana agen2 promosi beliau (dlm paper) gagal!

3- Minda rakyat semakin hari semakin tajam kerana diasah dgn baik oleh penulis2 laman web. Ini adalah satu kejayaan besar yg ramai tidak nampak sangat termasuk S.I.A.L gang sendiri.

Oleh itu kerajaan kini sedang mengkaji cara2 nak lawan balik - maka keluarlah kenyataan mahu menangkap mereka2 yg berjuang melalui laman2 ini..... Tapi jangan risau - aku nak bagi satu amaran - kalau sapa2 kena tangkap ini bermakna MSC akan punah ranap - kerana sekarang mat salleh2 dot.com amat mementingkan privacy issue sampai kena ada Chief Privacy Officer (C.P.O) pulak. Jangan risau - selagi anda berada dipihak yg benar. Berjuang terus berjuang!!

Sekian N Selamat Berjuang!!

Link Reference : Newskini