Laman Webantu   KM2A1: 2475 File Size: 6.7 Kb *



Re: Fwd artikel Amin Sapiro
By web aNtu

28/7/2000 11:29 am Fri


Nampaknya penulis2 lelaki perlu ambil iktibar dari tulisan Amin kali ini.

Utamakan isi dalam baris-baris perkataan - kerana ia adalah senjata kita
yg tajamnya - biarlah tajam agar bisa kesakitannnya tak tertahan oleh firaun
keparat sekalian.


######
Fwd dari FeU http://come.to/e-umno

?Ummi Nasuha? BUKAN ORANG BARU DALAM PERJUANGAN
REFORMASI.

Mungkin kita jarangkali mendengar nama nick ?Ummi
Nasuha? di laman-laman reformasi biasa. Tetapi saya
pernah berinteraksi (menggunakan nick yang berlainan)
bersama-sama beliau di Laman Reformasi ?WebAntu? satu
masa dulu (makluman: Webmaster a#st. ?WebAntu? pada
penilaian saya antara ilmuan IT paling tinggi tahap
kepakarannya).

Bagi saya ?Ummi Nasuha? tidak asing lagi dengan nama
penulis wanita yang serasi dalam minda kita - seperti
adik Dahlia dan Tun Teja.

Sebagai seorang yang berkeluarga dan telah dikurniakan
cahaya mata, mungkin adik ?Ummi Nasuha? tiak
mempunyai masa yang terluang banyak. Tetapi, sebagai
seorang yang pernah menjejak tulisan beliau sejak
WebAntu dilancarkan, nampak kepada saya beliau
(seorang yang berpendidikan tinggi) adalah jelas
berjiwa kental, berpandangan jelas melalui titipan
penanya yang memang mencabar!! Beliau tahu menggunakan
masa yang terluang dan memanfaatkannya untuk kita
bersama.

Pertama kali saya membaca tulisan beliau di laman
reformasi (diluar WebAntu) ialah LamanWeb Minda
Rakyat. Pendek saja tulisan beliau. Namun apa yang
beliau dijelaskan memberi makna yang besar.

?Ummi? menulis seperkara yang jarangkali kita anggap
sebagai penting iaitu peranan ?Sticker Pada kereta?.
Kita jarang memikirkan impak yang memungkinkan peranan
?sticker? sebagai satu kaedah perjuangan yang dapat
diwar-warkan melalui cara paling simple dan tepat.

Dimana-mana pun kita nampak kenderaan seperti bus-bus,
lori dan taksi (termasuk kereta persendirian)
menggunakan ?Sticker untuk memberitahu pelbagai pihak
mengenai sesuatu perkara. Seseoang melekatkan sticker
bertulis ?University of Syracuse? memberi pengertian
bahawa beliau lepasan IPT luar negeri. Bermakna beliau
pernah terdedahan diluar negara dan berpendidikan
pula.

Jika kita melihat sticker berbunyi ?Bahai is a way of
life?, mungkin kita akan menjangka, Mahathir pun kawan
se mazhab dengan pemandu kereta itu!!

Dipendekkan, sticker bertujuan untuk dijadikan sebagai
daya dan tarikan untuk memberi orang ramai pengertian
dan pemahaman mengenai sesuatu perkara yang disogokkan
itu. Pentafsirannya mungkin lebih luas, lebih bermakna
dan terbuka. Tafsirannya tidak ?restricted?.

Dalam ?window? di komputer kita pun, pasti kita diberi
tanda-tanda sebagai maklumat - samada ?bakul sampah?,
?brief case?, tanda ?delete? menggunakan tanda
?pangkah?, dll. Lambang-lambang itu memberi kita
tafsiran semulajadi, selari dengan ?intelligence?
kita. Kalau gambar muka Mahathir tersiar, akan kita
masukkan kedalam bakul sampah saja!! Daripada komputer
menanggung ?sial?nya lebih baik ?dibakulsampahkan?
saja!! Padan muka dia!!

Malah, (sekadar bergurau cuma) jika anda pergi ke
hotel-hotel mewah pasti anda tidak akan tersalah masuk
ruang tandas ?wanita?, walaupun tidak ditulis
panjang-panjang memberitahu ?Ini bukan bilik tandas
untuk lelaki, jangan masuk nanti kena pelempang sang
suami?, dll. Seorang pondan seperti ?Hisham Aw-aw? pun
tahu, masakan anda seorang reformis tidak pula!!?..
Heheheh?.!!

Seriously speaking, jika membaca rumusan seorang
karyawan pengiklanan Barat mengenai ?the impact of
brief advertising?; kita baru tahu sejauhmana sesuatu
barangan dan idea yang dislogankan dalam bentuk
?sticker? mampu meraih ?consumers? dan memberi makna
kepada mereka. ?Sticker dan solgan? sama kemampuan
dengan sebuah rencana yang ditulis lengkap huraiannya.


Pengalaman saya: disemua kereta saya, saya lekatkan
logo komponen BA selebar ?2 inci? di sudut cermin
hadapan dan belakang. Nak jadi cerita, satu hari,
seorang tua menahan kereta saya sedang dalam
perjalanan untuk menumpang kesatu destinasi. Setelah
kami meneruskan perjalanan, saya tanya kenapa tahan
saya dan tidak puluhan kereta yang lalu lalang
sebelumnya.

Jawapan beliau memeranjatkan saya, katanya, ?Bapak
lebih percaya kereta yang ada lambang macam anak ini.
Lambang reformasi. Orang UMNO pembohong banyak
kelentong. Penyokong Anwar amanah. Mahathir
rasuah?..?. Dan berjela-jela kami bercerita mengenai
konsep dan ideologi Reformasi.

Paling tak disangka, satu hari saya dapat tahu bahawa
beliau adalah salah seorang Ketua Cawangan UMNO yang
menyerahkan segumpal borang ahli-ahli UMNO yang
berpaling tadah menyebelahi BA (partinya adalah
rahsia). Bila saya bersalaman dengan beliau,
ditepuknya bahu saya sambil berkata kepada bekas
ahli-ahli UMNO (yang memasuki BA) itu, ?Kalau saya tak
tumpang kereta Encik ini, saya masih lagi hamba
Mahathir?, katanya.

Terperanjat saja bagaimana perkenalan kami yang
bermula cuma dengan sebuah lambang yang terlekat di
cermin kereta saya. Kerana lambang itulah, perkenalan
kami berpanjangan hingga mengenal hati-nurani kami.
Ini membuktikan bahawa saranan ?Ummi? memang memberi
satu pengertian dan ?relevance? yang harus diangkat
tinggi.

Kita cuba pertimbangkan (dari aspek legal) jika tampal
logo ?kartun? mengenai kenyataan mahkamah Datuk Shafie
Yahya, atau keengganan seseorang yang tak mau diheret
ke mahkamah. Mungkin ia akan memberi 1000 makna.

Nilailah sekarang! Hanya sebuah lambang ?2 inci? yang
dilekatkan di kereta saya, ia mampu memberi
?familiarization? terhadap wadah betapa
?demokratik?nya sebuah parti gabungan yang baru
berusia setahun jagung. Dengan itu saya sangat
bersetuju dan memandang tinggi saranan ?Ummi? itu.

?Ummi Nasuha? sebagai seorang reformis, tidak boleh
kita permudahkan pandangan beliau, kununnya ia seorang
wanita. Dalam melaksanakan fungsi untuk memberi
sumbangan ke arah meningkatkan agenda Reformasi -
khusunya untuk menawan teraju negara dalam tahun
2003/4, sekecil-kecil sumbangan memberi makna. Kita
pasti ingat, ?Tangan yang mengayun buaian itu mampu
mengoncang merbah dunia!!?

Dan, ?Ummi Nasuha? adalah seorang lagi ?Joan Of Arc?
seiringan dengan adik Dahlia dan Tun Teja. Kita harus
berbangga!! Tentu ?Ummi? masih ingat ?S?seng Bando?!!


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)



Link Reference : Newskini