Laman Webantu   KM2A1: 2459 File Size: 5.6 Kb *



Rompakkan Bank Negara?
By web aNtu

16/7/2000 8:53 am Sun

Cerita ni agak hebat tapi betul ke?

Sebelum itu kita kena kaji langkah2 awal Mahath1r selepas memecat AI.

1- jadi menteri kewangan

2- lantik abul ha#san

3- ma#s media control

Sahlah ada agenda mahath1r yg ramai tak perasan. Mahath1r menipu kononnya AI tak pandai uruskan kem kewangan, maka dia lantik dirinya sendiri jadi menteri kewangan bukan utk menyelamatkan malaysia, tapi menyelamatkan perniagaan suku sakat dia! Antara yg enjoy sakan (yg nampak) ialah Ting N Mirzan.

Sapa2 yg ada OTAK mesti boleh fikir ketiga2 tektik di atas :-

1- jadi menteri kewangan supaya dapat kunci utk rompak/curi. Peraturan2 ditukar utk membuka laluan yg SANGAT besar ikut pintu belakang supaya mudah dicuri tanpa disedari walau oleh kakitangan bank negara sendiri. Kalau vincent tan menggunakan sebuah syarikat bayangan utk melesapkan duit perwaja, maka mahath1r menggunakan tektik yg sama.

2- letak/lantik perompak dalam bank - utk coverup supaya tidak boleh digali (untraceable). Kalau mahath1r betul2 ikhlas kpd malaysia, sepatutnya mahath1r mencari org yg paling bersih N paling berpengalaman utk menguruskan bank negara, tapi bila dia memilih abul ha#san, nampak sangat mahath1r lebih mementingkan dirinya sendiri. Siapa yg paling untung N siapa yg paling rugi? Ketua eksekutif petronas boleh jawab soalan2 macam ni!

3- gunakan media utk menipu N membelit (diversion) - lempar batu sembunyi tangan N perang minda "Semua yg teruk sebab AI aje". Untuk itu khidmat org2 sprt Azizan, Umi, Khalid Jafri, Astora dll memang penting kerana seorang MASTER penipu memerlukan banyak tukang (SERVANTS) tipu! Kalau kita kaji betul2, mahath1r cukup marah dgn semua org yg mempertikaikan pemecatan AI, sehingga dia sanggup menghina ulamak2, menyuruh al quran ditafsir semula, N membuat kenyataan2 seolah2 idea dia lebih baik/pandai dari hujah2 ulamak2 dahulu N terkini. Mahath1r mahu org ikut dia aje, tafsiran quran ikut dia, ulamak pun ikut dia. Aku rasa kalau mahath1r pergi universiti al azhar, guarantee fail tahun pertama lagi!! Lecturer al azhar tak bagi markah kalau sekadar baca doa aje.......


##


Dari maklumat terperingkat (sumber DataBank, Bank Negara Malaysia) melalui ?computer accounting language?, Menteri Kewangan Malaysia, Tun Daim Zainuddin telah melakukan 'embazzlement' bernilai ratusan billion ringgit Malaysia (RM) dari harta simpanan (khazanah) rakyat/negara di Perbendaharaan. Tujuannya adalah melakukan ?bail-out? terbesar dalam sejarah kewangan Malaysia sejak Malaysia merdeka. Perkara ini telah dilakukan.

Dari sumber maklumat yang telah dianalisis oleh pakar-pakar dengan panduan beberapa pakar lain dari Danaharta dan Bank Negara Malaysia, adalah didapati:

1.Tun Daim Zainuddin adalah pemilik real estate terbesar di Malaysia.

2.Beliau telah memberi arahan bertulis kepada bekas Gubenur Bank Negara Ali Abul Ha#san (dokumen dalam tangan), semua projek dan projek hartanah yang rasaksa hanya akan dikendalikan oleh Tun Daim Zainuddin (seorang sahaja).

3.Antara harta dan projek tersebut merangkumi tanah FELDA, beberapa prime land antaranya Sg. Besi airport, Stadium Merdeka, beberapa kawasan tanah kerajaan penempatan ?government quarters??..

4.Hanya projek hartatanah yang kecil-kecil bernilai rendah akan diserahkan kepada kroni. Projek-projek kecil itu akan dilelong dengan keuntungan minimal. Dengan itu, beliau akan dapat menunjukkan rakyat melalui akaun jual-beli yang dibentangkan diakhbar-akhbar.

5.Perkara ini dilakukan bagi menunjukkkan kepada orang ramai:

i. Danaharta adalah telus (transparent), ii. Danaharta menanggung kerugian yang sangat besar, iii. Rompakan ke atas wang Khazanah Malaysia oleh mereka dapat disembunyikan iv. Rompakan berjumlah ratusan billion RM tidak akan dapat dikesan (DataBank telah ubahsuai dan dilupuskan). Walaupun penjualan projek kecil itu diistiharkan rugi, Tun Daim Zainuddin dengan segaja telah merancang untuk membuat keuntungan puluhan billion RM.

Selanjutnya, Rancangan ini telah tercium dan segala dokumen diperolehi menunjukkan Tun Daim Zainuddin dengan kerjasama Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mohamad akan membentangkan usul di Parlimen supaya:

i.Danaharta diberi '?kekebalan" (immunity); ii.Semua anggota Parlimen BN diarah menyokong, iii.Akaun transaksi Danaharta tidak perlu dibentangkan di Parlimen,

Dengan itu, sekiranya berlaku sebarang siasatan keatas penyelewengan Danaharta dan khazanah Perbendaharaan yang diselewengkan (selepas Dr. Mahathir mati, diundurkan atau meletak jawatan); Tun Daim Zainuddin dan semua pegawai yang terlibat dibawah arahan beliau, akan terlepas dari sebarang penyiasatan oleh mana-mana pihak.

Ambil ingatan: Akaun asal telah dilupuskan dari DataBank di Bank Negara. Perkara ini telah dilakukan dengan kerjasama bekas Gubenur Bank Negara Ali Abul Ha#san. Tetapi mereka tidak tahu, Data ?mirror? ada disimpan di satu komputer ditempat rahsia untuk rujukan. Kedua perompak ini mesti dihapuskan. Sejumlah RM226 billion khazanah negara di Perbendaharaan dan Petronas telah dilesapkan. Pembangkang wajib membantang usul kekebalan yang dicadangkan itu. Tuntut supaya akaun Danaharta di bentang sekarang juga.

SELAMATKAN RAKYAT DARI PEROMPAK YANG PALING MERBAHAYA INI.

Atm 236/PD

Link Reference : Rompakkan?