Laman Webantu   KM2A1: 2446 File Size: 11.7 Kb *



Breaking News - Sauk, 5 Julai
By Kubang Pasu

6/7/2000 9:19 am Thu




BREAKING NEWS - Sauk, 5 Julai; Gerakan besar besaran pasukan keselamatan Bolehland yang masuk hari ketiga hari ini telah mensahihkan berita Utusan Meloya iaitu kumpulan yang merompak (bukan curi) sejumlah 119 pelbagai jenis senjata senjata otomatik dan 5,000 butir peluru daripada kem tentera di Pangkalan Hulu dan Banding adalah para penyokong parti pembangkang. Ini berdasarkan laporan Utusan Meloya yang menyebut kumpulan itu kedengaran bertakbir dan memakai kepiah putih dan berserban merah. Parti yang mana satu belum lagi diketahui kerana siasatan masih belum selesai.

Adalah difahamkan bahawa tujuan utama kumpulan ini ialah untuk menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh Parti Kebangsatan UMNO pimpinan Al Laknatullah Mahathir Mohammed. Modus operandi mereka ialah dengan menyerbu dan menahan pucuk pimpinan tertinggi UMNO yang sedang bersidang di Bandaraya Ipoh pada hari Isnin lalu sebagai tebusan dan menubuhkan Kerajaan yang baru secara "coup d’etat" ala Fiji. Kemungkinan juga senjata senjata itu bakal dijual kepada Kerajaan PAS Terengganu untuk menubuhkan sebuah pasukan komando elit berani mati yang akan melancarkan "coup de main" ke atas Putrajaya pada suatu masa yang tertentu, maklumlah kan mereka baru saja mendapat durian runtuh daripada Petronas, bolehlah bayar harga harga senjata itu, lagi pun setelah diselidiki salah sebuah Pajero yang digunakan untuk rompakan itu telah didaftarkan di atas nama seorang "Hadi bin Awang", kebetulan nama yang serupa pula dengan nama YAB Menteri Besar Terengganu. Juga terdapat beberapa keping pelekat Reformasi, risalah risalah laporan polis yang dibuat oleh DSAI terhadap Mahathir dan senaskah akhbar Harakah keluaran terkini di temui di tempat kejadian tembak menembak itu. Sumber sumber yang layak dipercayai daripada Putrajaya memaklumkan bahawa P***M*K yang berdasarkan daripada bukti bukti kukuh itu akan menimbangkan langkah langkah wajar dan "gentleman" yang akan dikenakan ke atas para pemipin parti parti pembangkang di atas hasutan meraka serta tindakan penyokong penyokong mereka yang mengkhianati dan menggugatkan keselamatan negara.

Orang ramai yang ditemui rata rata menyatakan rasa kesal dan marah di atas sikap parti pembangkang yang mencabuli keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang undang di negara ini dan menggesa Kerajaan mengambil tindakan yang paling drastik, amat "brutal" dan habis "sadist" ke atas parti parti pembangkang. Kesemua para pemimpin Kerajaan BN telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan "non-gentleman dan non-constitutional" ini. Mereka semua begitu kagum dengan sikap P***M*L yang begitu kool , tidak melompat dan menyalak seperti mana biasanya berbandingan dengan isu isu remeh temeh lain yang berlaku di masa masa lalu.

Sumber sumber daripada sarang anjing Bukit Aman pula tidak menafikan kemungkinan berlakunya beberapa tangkapan terhadap para pemimpin reformis dan pembangkang dalam sedikit masa lagi, pihak KDN kini sedang menantikan setok baru Arsenic daripada Havana dan sedang berusaha keras untuk mencari pakar belasah orang iaitu Rahim Bapa Anjing untuk satu lagi operasi besar besaran melebamkan tahanan tahanan di Bukit Aman. Peguam Negara pula sedang memproses kertas kertas pertuduhan, dan Ketua Hakim yang amat arif lagi bijaksana pula sedang menyenaraikan beberapa orang hakim yang "relevant" untuk membicarakan kes kes yang PASti akan dibawa ke mahkamah dalam sedikit masa lagi iaitu setelah Perbendaharaan selesai menyiapkan peruntukan tambahan rasuah yang bernilai di sekitar ribuan juta ringgit untuk menjayakan konspirasi kali ini, "once and for all" !

Tokoh tokoh alim UMNO dan sami sami BN pun berkokok dan menyalaklah membaham dan membelasah pembangkang yang memperalatkan Agama untuk tujuan keganasan. Apa lagi para "cendiakawan perut" di menara menara gading, pakat berebut rebut untuk muncul di TV dengan segala macam teori dan filosofi menghentam pembangkang. Maka begitulah juga munculnya wartawan Agama UMNO si Astora Jabat dan pakar rojok Al Laknatullah Ka#sim Ahmad dengan nas nas dan "satanic verses" mereka untuk menghalalkan sebarang apa jua tindakan Mahathir terhadap rakyat yang tidak berdosa.

Saksi saksi pada kali ini tidak diperlukan kerana kesemua mereka telah terkorban terkena "peluru sesat" ketika tembak menembak berlaku di antara pasukan keselamatan dengan puak perompak. Jangan ragui atau persoalkan sumber dan fakta berita ini, cukup sekadar apa yang dilaporkan oleh Utusan Meloya dan TV3 Suku. Lagipun "dead bodies never talked or asked any questions!!" Orang ramai MESTI kena percaya demi keselamatan dan perpaduan negara, kan, kan, kan?

Ikuti laporan terkini di dalam "Nightlies", malam ini..............end of reports.

Semua catatan "berita" di atas itu mungkin satu satira, tetapi bagaimanakah sekiranya segala dongengan itu difatwa dan dimuntahkan sendiri oleh sang Tunggul Puaka dari Putrajaya yang bernama Mahathir bapa Mirzan? Adakah sesiapa yang masih bertelur berani menyangkal atau mencabarnya?, mana mahkamah berani mengheretnya, mana hakim berani menghukumnya dan apatah lagi media ma#sa yang tidak bermaruah, paling kurang sebulan liputan penuh sensasi muka depan, paling tidak TV3 Suku yang akan membuat satu liputan ekslusif serta memuatkannya pula dalam Majalah 3 Suku.

Apakah kita semua yang sudah masak dan mangli dengan lakonan mamak P***M*K sehingga kini masih belum terhidu bau bangkai yang amat busuk daripada peristiwa ini? AWASLAH rakyat semua, ini ialah negara BOLEHLAND yang sedang dikepit di celah kangkang oleh Mahathir Mohammed Al Laknatullah, Adi Jagat dunia ketiga, jaguh pembohong, perasuah dan pengkhianat yang tiada taranya di dalam sejarah peradaban negara ini. Maka dengan itu kita jangan sekali kali lalai dan disogokkan oleh khabar khabar angin dan berita palsu yang dibawa oleh media pengampu dan hipokrit pencacai Mahathir ini semua. Gunakanlah hikmah dalam berfikir serta menilai dan janganlah jadi serupa lembu kerbau UMNO yang telah dicucuk hidung itu. PASti ada yang tersirat di sebalik peristiwa sandiwara terkini Mahathir dan kuncu kuncunya ini.

Secara logikalnya, berita peristiwa rompakan senjata itu amat meragukan kerana terdapat sebegitu banyaknya "coincidences" dan yang perlu dipertikaikan. Bukankah "too many coincidences really stink?"

1. Koinsiden pertama ialah di ketika yang sama seluruh negara telah disebarkan dengan salinan salinan laporan polis oleh DSAI terhadap Mahathir yang dengan jelas mencabul penguatkuasaan undang undang terhadap seorang penjenayah.

2. Koinsiden kedua ialah ketika ini juga rakyat seluruh negara telah beribu ribu orang membuat laporan polis supaya Mahathir diseret ke muka pengadilan. Dengan ini sukacita dimaklumkan bahawa P***M*K ini telah pun menobatkan dirinya sebagai seekor penjenayah yang paling popular dan terunggul sekali memungut laporan laporan polis di dunia ini. Harum lagilah namamu di serata dunia, wahai Bolehland!

3. Koinsiden ketiga Pemuda Pemuda BA sekarang di dalam rangka road show ke seluruh negara untuk mengheret Mahathir ke muka pengadilan manakala pimpinan PAS pula sedang melancarkan kempen mempertahankan nama Islam daripada dihapuskan oleh UMNO (Islam ke ?)

4. Koinsiden keempat ialah terbogel lagi Mahathir oleh pembohongan dan pendustaan yang semberononya tentang hak hak Kerajaan Terengganu untuk mendapatkan royalti minyak daripada Petronas, di mana Mahathir telah merasa malu ditempelak oleh Presiden Petronas yang mempertahan dan menjelaskan bahawa Terengganu berhak ke atas royalti tersebut. Awas tindakan yang akan dikenakan ke atas Ha#san Merican very soon !

5. Koinsiden kelima ialah kisah yang masih tidak terjawab oleh sesiapa tentang kes rasuah bulan madu antara Ketua Hakim dan Peguam Negara dengan VK Linggam dan Vincent Tan masing masing di New Zealand dan Italy. Ini diperakui sendiri daripada siasatan perisik persendirian dan juga telah ditegur oleh Rais Yatim, Menteri Bakar Jambatan UMNO.

6. Koinsiden keenam ialah tak semena mena MKT UMNO pula bersidang di Ipoh yang hanya lebih kurang 90 KM sahaja daripada tempat kejadian atas alasan pucuk pimpinan ingin turung padang...ptuiiii !

7. Koinsiden ketujuh, liputan tentang sesuatu berita yang boleh dianggap sensitif di kawasan keselamatan dan "for security reasons" boleh sewenang wenangnya disiarkan secara sensasi oleh kesemua media ma#sa siap dengan "aerial coverage" lagi, berbandingkan liputan perbicaraan berat sebelah yang dialami oleh DSAI dan juga kes artis artis yang menyundal dengan VVIP di Ming Court seperti pengakuan Haslinda Merican, hinggakan terdapat di antara artis artis itu yang pernah mengakui bahawa terdapat kesan kesan air liur mereka di kemaluan VVIP tersebut, sekiranya disiasat secara terperinci dan tanpa takut oleh polis! Kenapa kesemua berita di dalam kedua dua kes perbicaraan itu digelapkan oleh media? Tidak lain tidak bukan kerana terdapat konspirasi atasan dan skandal yang amat busuk oleh pemimpin pemimpin UMNO yang direstui oleh Mahathir sendiri!

8. Koinsiden kedelapan di penghujung bulan ini mahkamah Persekutuan pula akan mendengar rayuan hukuman oleh DSAI yang akan dipengerusikan oleh yang amat arif Ketua Hakim,Yusof Chin kekasih VK Linggam yang coincidently baru sahaja dilanjutkan kontrak perkhidmatannya oleh Mahathir, "what is the verdict, anyone....?"

9. Koinsiden kesembilan kehadiran yang entah tetiba sahaja virus JE dan Nipah ke beberapa buah negeri hinggakan dah menyeberang ke Sarawak nun, walaupun Menteri Kesihatan telahpun beberapa minggu lalu mengatakan ianya telah dapat dikawal.

10. Koinsiden kesepuluh Dataprep, salah sebuah daripada ratuan syarikat Mirzan yang tercungap cungap nak mampus kini memerlukan beratus juta wang ang pow dari tabungan rakyat untuk terus menghisap darah rakyat!

Segala fakta fakta berita yang meragukan telah pun diulas oleh ramai penulis penulis Cyber yang lain yang begitu jelas menampakkan peristiwa ini seolah olag sandiwara ataupun satu lagi ‘konspirasi pihak atasan tertentu’ di dalam Kerajaan Bolehland ! Macam dalam wayang Bollywood dan juga kisah tilam yang menjadi saksi serta kesah orang yang kena liwat 15 rounds sebelum apartment itu siap, malah tilam pun belum dibeli suatu masa dahulu, pelik... pelik... tapi, kan ini Bolehland, ada duit semua jadi !

Begitulah licik dan kuatnya putar alam sang Puaka Mahathir Al Laknatullah ini hinggakan seluruh dunia dapat dialihkan perhatian mereka kepada sandiwaranya. Sudah semestinya para tukang karut, dalang, puppet master dan sebagainya terdiri daripada Al Iblis Aziz Shamsuddin, As Syaitan Tengku Adnan, si Dajjal Daim, Rahim TC dan juga Megat Junit. Kesemuanya memang bukan calang calang samseng, gangster, rakus, ganas dan brutalnya... "we must not rule these satans out at any cost at all, especially" Aziz and Tengku Adnan, mereka dua ekor ini umpama sepasang scavenger yang sentiasa berada di mana saja ada bangkai. Insyaallah akan terbukti jua suatu masa nanti, "we are watching you, old man!"

Semoga pandangan pandangan dan coincidences di atas adalah salah dan mohon keampunan Allah Subhanahuwata’ala jua adanya serta lindungilah kita semua rakyat yang tidak berdosa daripada kezaliman dan angkara para pemimpin yang kufur dan taghut itu. Sekiranya ini adalah ujian daripadamu Ya Allah, agar ditabahkan diri kita untuk menghadapinya dengan penuh redha dan andainya ini adalah satu bala’ yang diturunkan semoga dijauhilah kita daripada musibah itu.
Aaamin ya rabbala'lamin.

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR WALILLAHHIL HAMD.

~ Kubang Pasu.