Laman Webantu   KM2A1: 2422 File Size: 2.6 Kb *



Kritik FAO pulak?
By web aNtu

20/6/2000 7:25 pm Tue


Fathi Aris dlm kini:-

"Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (Gerak) bukanlah perjuangan keadilan untuk rakyat. Ia hanya pentas untuk Pas mengesahkan ketuanan politik kepembangkangannya, meminggirkan Gagasan Rakyat (satu lagi kumpulan), mengutip derma, dan menaikan imejnya. Tidak lebih daripada itu."

Hmmm .... Aku memang berminat baca tulisan2 pengkritik tapi apakah kritikkan2 sprt ini boleh membunuh atau boleh mengubat? Atau apakah perception 'kutip derma', 'naikkan imej' SAHAJA ini betul? Ini perception FAO sahaja...... jangan marah?

Sebelum itu kita kena kaji apakah yg telah, sedang N akan dilakukan oleh Gerak. Saya rasa FAO sendiri lebih arif.... contohnya siapa yg menolong dari segi guaman reformis jalanan? Gerak hotline? Byk pengkritik SIAL melihat sesuatu aksi utk mencari motif untung rugi disebalik aksi tersebut - FAO jangan jadi macam mereka.

Perjuangan Islam lain kerana untung rugi material belakang kira - tanggungjawab kewajipan islam (Islamic obligation) datang dulu (comes first). Sebab itu ada konsep jihad dlm Islam - Islam lebih penting dari kepentingan diri sendiri - nyawa, keluarga harta dll. Kita cuba setakat yg mampu.

Jangan lupa Mahath1r punya style kritik - "buatlah baik byk mana pun, kalau awak pembangkang, awak dianggap melakukan sesuatu utk mendapatkan mileage politik."

Aku harap tak ada org kritik balik aku dgn mengatakan aku emotional N hentam FAO pulak ):- . Tulisan beliau ada mesej tertentu N ada beberapa perception tertentu N mungkin ada kesengajaan (macam dulu?). Sprt biasa aku sangka baik pada FAO..., TMJ, dll penulis. Tulisan tersebut ada "manis" N ada "masamnya".

Mesej penting dlm tulisan FAO ialah kita mungkin TIDAK MENYERLAH sangat dlm tindak tanduk kita - baik dlm PAS, ADIL, GERAK, etc etc. Semua orang mesti berfikir bagaimana nak atasi masalah2 sebegini. Ada orang (siapa ye?) yg expect gerakan2 ini lebih byk "kelihatan berbakti" dari "nampak berkelahi" (perception lagi)? Atau cakap macam ini:- "Jangan tonjolkan diri kita org yg macam nampak berkelahi sahaja atau tak efektif sahaja". atau "bising aje tapi prestasi tak on par dgn kebisingan".

Sama2 ambil iktibar dari komen FAO ini. Selain itu jangan lupa ada org yg sengaja membuat isu supaya kita nampak berkelahi sesama sendiri.... ie pembunuh cyber.

Sekian N Selamat Berjuang!!