Laman Webantu   KM2A1: 2419 File Size: 3.3 Kb *



Banjir pembunuh cyber.
By web aNtu

18/6/2000 10:18 am Sun


Mula2 kita dikejutkan dgn kes tafakkur, kini nampaknya era baru perang cyber
telah bermula. Ia bukan era cracking atau menghantar gambar2 lucah ke laman2
pro r4mc, tetapi persembahan kata2 yg tak sepatutnya dihantar atau disiarkan,
dgn alasan keterbukaan atau sebagai protest kerana surat tidak dijawab?.
Kita merasa itulah yg terbaik tetapi sebenarnya ada kaedah yg lebih baik!
Sebab itu ada orang kata kurang ajar atau biadap..., tapi aku tak sampai
hati nak kata macam tu. Memadai dgn komen "membuang emas bersama kotorannya
bersekali".

Tidak semua orang boleh membaiki, N ada org yg hanya pandai membaiki labu... , sebab itu kita tidak harus kecewa jika tidak terpilih kerana mungkin pilihan pucuk pimpinan itu mungkin lebih baik. Dalam dunia ini agak sukar utk menilai kekuatan tanpa cubaan. Ada yg cuba membaiki dgn tindakkan seperti boikot atau tafakkur, soalnya apakah ini yg terbaik? Apakah sudah tidak cara lain lagi utk membetulkan keadaan? Atau saja-saja untuk memulakan satu permainan minda a.k.a. tafakkur? Ada juga orang yg menyerang ala sub machine gun hanya kerana satu dua ekor kuman... atau yg hanya tahu membaiki secara menyerang sahaja. Apa yg diluahkan oleh sdra Chandra Muzaffar (wawancara dgn lutfi) perlu direnungi oleh setiap pejuang kerana musuh ada di MANA2 - N kadang2 isu2 yg tidak benar diselang seli dgn isu yg benar. Akhirnya kita sendiri yg parah... dan Mahath1r mengilai tertawa!

Jatuhnya AI adalah kerana permainan kata2. Maka jangan terperanjat kalau permainan ini juga telah dikenakan terhadap md sabu tempoh hari. Jangan lupa BA juga dikalahkan oleh BN melaui permainan kata2. Permainan yg sama telah membunuh PAS di Kelantan satu masa dulu... dan yg bersorak akhirnya hanyalah pihak lawan.

Mahath1r tidak perlu ramai org utk menang dlm permainan ini. Dia hanya memerlukan org2 seprti Azizan, si Jafri, Murad dll utk memulakan 'nyanyian'. Di tambah pula dgn sorakkan utusan meloya, tv3 N rakan2, serta anjing2 keliling pentas - siapa yg berani memberhentikan persembahan ini? Campur lagi hakim2 N AG yg bisa mengucap "NFA" N "Not Relevant", apa anda boleh buat utk menang?

Bagi mahath1r inilah cara yg cekap utk memadamkan lawan luar, manakala lawan dalam senang sahaja, kerana fail2 mereka ada dlm tangan. Penulis2 upahan ada di
mana2, lagipun berapa kerat yg sanggup dibunuh kesakitan (tapi tak mati2?) macam AI lagi?

Sedar atau tidak gejala membunuh ini sudah dilaksanakan perlahan2 tanpa disedari. Satu persatu ruang untuk menghentikan nyanyian2 sumbang keparat dipadamkan tanpa meninggalkan kubur utk dilawati. Ruang yg ada hanya cukup utk filem2 hindustan, cerita2 karut atau jenaka2 yg melalikan. Maka akhirnya tertidurlah penonton2 ini...... lalu pencuri2 dapat masuk dgn senang N wenang, apatah lagi seorang pembunuh.

Nampaknya itu pun tidak cukup... Mahath1r memerlukan lebih ramai lagi pembunuh, dan anda sendiri mungkin salah seorang dari pembunuh itu, atau seorang yg bakal dibunuh ..... tanpa anda sedari?

(P/S: ini bukan bunuh real tapi bunuh fikiran/personaliti/kesedaran)

Sekian N Selamat Berjuang!!