Laman Webantu   KM2A1: 2418 File Size: 6.1 Kb *



TMJ - wm dikritik
By web aNtu

18/6/2000 4:09 am Sun


Nampaknya ada org kritik tulisan aku pasal TMJ ni. Lepas tu terdapat beberapa
peluru yg ditujukan kpd aku....

  • emotional, tak senonoh
  • baru dgn PAS, kenal TG aje, tidak arif menulis, dll.
  • tak bagi tegur org PAS
  • patut hormat tulisan TMJ
  • salah api VS air dan minyak

    Aku tak marah komen2 macam ni. Bak kata mat sabu, "hentam aku tak apa, tapi jangan hentam islam". Tuduhan2 budak baru, emosional dsb ini macam gaya mahdey aje... ie tuduhan ke atas diri, atau macam SB aje tulis.... (aku tak tuduh ini SB punya tulisan).

    Yg menarik - tuduhan aku org wilayah persekutuan based on perception pengkritik itu tak betul! Begitu juga tuduhan aku budak baru dgn PAS juga tak betul. Mungkin dia tengok byk report ceramah2 di KL aku sampaikan menunjukkan (perceiving) aku ni org KL - tapi dia tertipu.... Aku bukan org KL. Sebab itulah kadang2 kita tak boleh percaya dgn mata - tetapi percaya dgn kebijaksaan:

    "Perception by the eys is not real observation because the eyes sometimes deceive people, but wisdom does not deceive whomsoever it counsels" (v291)

    "Many an expression is better than an attack" (s404)

    (Ali ibn Abi Talib r.a.).

    Walaupun aku kritik tulisan TMJ, aku tak kritik personally TMJ. Aku bimbang rumusan2 N penilaian2nya serta sumber ceritanya sahaja.

    Aku baca jugak komen2 dari Oghang2 Lambor, Bota, Titi Gantung dll sekalian di FGR. Kritik perlu ada TAPI ada masa N tempatnya (repeat yg dulu). Ada yg patut dikritik secara peribadi (in person, one on one) sahaja N ada yg perlu dikritik kpd semua (general, one to many) ataupun sasaran tertentu (one to specifics). Dalam PAS ada byk ruang utk kritik mengkritik - tetapi ada org yg suka kritik melalui satu channel sahaja ala "ma#s bombing". Inilah yg dibimbangi.... apalagi kalau faktanya berbentuk tuduhan berdasarkan sesuatu yg kelihatan (perception). Kita tidak boleh evaluate masa muktamar sahaja atau masa turun naik kereta sahaja. Ada byk cara N aspek utk menilai wakil2 rakyat ni.

    Jangan lupa penyakit inilah yg Mahath1r suka - org melayu senang ditipu dgn drama2 sprt usung tilam N SD (Statuory declaration) N bising naik turun kereta. Dgn drama2 sebegini org melayu akan tertipu.....

    Buktinya - Mahath1r memilih org yg "terbaik" (darri kacamata dialah) utk mengurus kem penerangan N media. Sebaik sahaja AI dipecat apa dia buat? Tukar org dlm NST kan? Selepas tragedi memali apa org dia buat? buat Drama tipu memali kan? Sebab itu malaysia ada byk drama2 utk mengambarkan (picturise?) bahawa ibrahim libya seorg pendakwah sesat - supaya ramai org kena tipu!

    Dlm bab kritik ini kita perlu gunakan kebijaksanaan walaupun kita mungkin rasa kita byk pengalaman - kerana kita hanya mempunyai dua biji MATA sahaja! Itupun MATA kita sendiri boleh tertipu oleh SILAP MATA!

    Kritik tak tentu hala macam seorg mak yg asyik meleter N mengkritik ayah depan anak2 aje ... tengok blues kat internet depan anak ... elok ke? Akhirnya ayah is perceived as a psyco blue maniac.

    Aku bukan sentiasa puji PAS - aku pun ada kritik PAS, tapi ikut keadaan N kekata yg dirasakan sesuai. Dulu aku komen PAS (anonymously) kenapa lambat sangat menyatakan pendiriannya mengenai penahanan AI atas tuduhan liw4t. (PAS berhati2 dulu kerana mengkaji fakta2) Aku pernah komen specific beberapa ceramah PAS yg dikunjungi ramai tapi loudspeakernya tak elok N isi ceramah yg tak berapa berkesan atau penceramah yg dijanji tidak datang. Tapi aku tak generalise komen dgn mengatakan BANYAK ceramah tak berkesan atau mengatakan BANYAK penceramah PAS mungkir janji dll. (Facts:- Masa pilihanraya dulu, ada penceramah yg berceramah lebih dari satu tempat pada satu malam, atau berada dlm dua program dlm satu malam. Pernah satu ketika ada penceramah datang tapi ceramah sudah bersurai..)

    Antara api, air dan minyak:-

    Api berada dimana2 baik dlm PAS maupun dlm UMNO. Tulisan pula boleh jadi minyak apabila ditulis tidak betul, misalnya sikit dikatakan banyak atau tak datang disimpulkan mungkir pula. Rupa2nya datang cuma lewat aje... Kadang2 org yg pakar pun tersilap tulis, atau rujukkan sumbernya tak betul.

    Perception yg menganggap TMJ super writer atau pakar pengkritik pun tak betul, begitu juga perception mengatakan semua pemimpin PAS baik2 belaka pun tak betul. Ada yg berkelakuan kurang elok tapi tak boleh di'BANYAK n diPELBAGAIkan' kan sewenang2nya. Inilah minyak yg disangka air. Sebab itu aku cakap TMJ tidak bermaksud utk mengeruhkan suasana.

    Aku tulis atas skrin jadi aku minta maaf kalau aku bagi contoh TG Nik Aziz atau Hj Hadi tak relevant dgn tulisan TMJ. Tuduhan bahawa aku cuba mendewa2kan TG amat berat - kerana aku bukan bermaksud sedemikian. Tuduhan aku tak akan tahan karenah org dlm organisasi pun tidak benar kerana aku tidak melihat apa yg aku ada N tidak berdukacita dgn apa yg aku tiada. Tuduhan budak baru tu agak berat - tapi jangan terkejut kalau aku cakap keyboard komputer dekat pejabat harakah itu pun pernah aku sentuh.... begitu juga keyboard di bilik2 gerakan UMNO - pun pernah aku sentuh. ):- (tanpa disedari?)

    Tujuan aku bagi contoh TG tu kebetulan sahaja - kita bukan menilai melalui sesi muktamar N turun naik kereta sahaja, tetapi semasa berdamping 'one on one' dengan mereka! Sebagai tambahan - bukan TG sahaja, tetapi pemimpin PAS (hampir semua sudah jadi YB sekarang) yg bersama TG digerai itu pun beli lebih kurang sahaja masa kami shopping

    Kita cuma kena ingat, ada byk waktu kita boleh berinteraksi dgn wakil2 atau YB PAS, bukannya masa tiba dgn kereta aje - lagipun masa rehat kan ada..... N ada byk masa diluar muktamar sana. Begitu juga kritik - ada byk ruang, bukan di dunia internet atau atas kertas sahaja. Yg memusykilkan aku, kenapa olahan2 N ungkapan sebegini di quote dari laman malaysiakini? Dan laman ini juga ada artikel dari macam2 sumber, termasuk sumber2 deception... (kadang2 artikel ditulis saja2 utk provoke respond....biarkan ke?)

    Sekian N Selamat Berjuang!!