Laman Webantu   KM2A1: 2416 File Size: 5.4 Kb *



Tarmizi - bomba atau bomber?
By web aNtu

15/6/2000 8:24 pm Thu


Aku nak komen sikit pasal penulisan Tarmizi Md Jam (TMJ) mengenai pemimpin
PAS. Setelah membaca satu komen balas dari MT (Marhain Tuan di FeU), aku rasa
kena tambah lagi komen dlm bab macam ini - kerana "mis-perception leads
to deception".

Salah satu sebab umat Islam senang runtuh ialah kerana terlalu buruk sangka - bukan sahaja terhadap ketua2 mereka, malah terhadap rakan2 mereka sendiri. Sangkaan ini kadang2 cuba di'bukti'kan dgn gambar2, perilaku, atau susunan ayat2 dlm penulisan, ataupun melalui 'structured N carefully injection of media coverage'. Dan sprt biasa mereka ini akan membandingkan profile dulu N sekarang, sebelum N sesudah menjadi YB. Sedikit demi sedikit minyak disembur tapi api tak akan padam kerana lawan api bukan minyak, tapi air!

Mula2 - takkan YB nak pakai selekeh sahaja - masuk sidang selekeh, keluar sidang selekeh? Tentu org kata selekeh salah. Tapi bila pakai kot atau samping seragam, org nak kata 'act' pulak! Sampai bila pun susah kalau nak follow apa yg org lain kata!

Biar saya bagi pengalaman personal saya bersama TG Hj Hadi di oversea. Dlm rumah kami, beliau tak ubah macam org kampung. Tapi bila berada di luar beliau macam YB - padahal beliau belum YB lagi masa tu. Beliau sentiasa membawa satu kitab al Quran kecik - complete di mana2 (kecuali tandas lah) N tidak jemu membimbing ke sana kemari. Bila tiba masa nak balik ke Malaysia, kami bawa beliau N rakan2 beliau shopping, tapi beliau N rakan2 beli sedikit saja buah tangan (buah-buahan sahaja) - seolah2 macam locals sahaja, bukan macam tourist!

Bila beliau memberi ceramah/lecture, beliau dilihat seolah2 membaca kertas atau skrip, tapi kalau dilihat pada jarak yg dekat - tak ada kertas! Semuanya ada dlm kepala!

Sekarang tanya diri sendiri - keterampilan (appearance) luar tidak semestinya menggambarkan realiti sebenar kehidupan (inside reality). Masalah sekarang, lukiran TMJ seolah2 mengambarkan SEBAHAGIAN BESAR pemimpin PAS sudah sombong N lupa daratan - tapi saya rasa beliau tidak bermaksud sedemikian. Inilah bahayanya menulis dlm bab2 macam ni - kita cuba menjadi bomba tapi sebenarnya kita menjadi faker-bomber! Perhatikan ungkapan2 'pelbagai', 'banyak' dlm tulisan sebegini.

Ada yg tidak berlagak tapi kelihatan sprt berlagak. Hanya dgn menziarahi mereka di rumah sahaja baru anda dapat menilai wakil2 rakyat PAS - bukannya diluar rumah - terutamanya ketika turun/naik kereta sahaja! Kita kena ingat YB2 tersebut sengaja ingin bergaya ke atau terpaksa bergaya? Kalau tanya aku - aku akan jawab terpaksa bergaya! Buktinya tengok TG Nik Aziz - di rumah beliau menghidangkan air utk tetamu, bukannya isteri dia! Tengok lah pakaian dia - kain pelikat saja menemui tetamu, tak ada keinginan nak capai seluar atau baju kot/selingang rasmi....

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya?."

Kesimpulannya kita hendaklah sentiasa berbaik sangka sesama kita, N kritikkan biarlah kena pada tempat N masanya. Jangan yg sikit disimpulkan banyak N jangan yg tempias dikatakan bocor. Tidak semua org yg batuk itu sakit N tidak semua org sakit itu batuk. Ada yg berpura2 batuk..... paham-paham ajelah.

(P/S: Tambahan:- Memandangkan ramai yg kerat artikel ini N mengambil mungkin kesimpulan yg TERUK dari pengkritik artikel ini - saya terpaksa menulis sedikit nota tambahan ini kerana tulisan balas tersebut mengandungi byk 'PRASANGKA' bukan2 kpd saya.

Contoh TG bukan utk bertujuan utk mengangkat mereka ni tinggi2 atau nak tunjuk saya pernah atau sedang berada di oversea. Saya cuma ingin utarakan locals N tourist. Contoh ini diberikan utk memberitahu kita kena berdamping rapat baru kita dapat tahu hujung pangkal. Saya sangka baik - termasuk kpd TMJ N pengkritik tulisan saya - sebab itu saya cakap 'tidak bermaksud'. Saya tak marah org kritik, sebab itu saya cakap 'biarlah kena pada tempat N masanya.'

Saya bimbang internet ini disalahguna- sebagaimana salahguna 'kuasa' web utk menyingkirkan Chandra Muzaffar melaui cerita yg tak benar atau pun cerita benar yg dicampur2 atau dilebih2kan melalui perception.

Mungkin tajuk di atas agak kasar - bomba atau bomber? Artikel saya tidak bermaksud menuduh TMJ sebagai tukang bomb kritik atau cuba menghuruharakan keadaan. Harap semua jangan kecil hati. Saya mohon maaf jika ianya tidak sepatutnya diberi tajuk sedemikian. Saya juga memohon maaf jika peribahasa yg diungkapkan terlalu "lebih". Saya akui saya bukan seorang penulis profesional seperti kalian semua. Namun demikian saya ingin membawa saudara2 berfikir mengapa arak diharamkan:-

"arak ada baik N ada buruknya. Tetapi kerana kesan buruknya terlalu teruk utk manusia maka ia diharamkan."

Saya tak cakap semua org PAS baik - sebab itu saya tulis:

'Tidak semua org yg batuk itu sakit' = bermakna ada yg batuk N sakit serta ada yg batuk tapi tak sakit.

Saya tak marah kritik PAS kerana pun saya pun ada kritik PAS. Soalnya apakah medium web N susunkata tersebut cara yg terbaik utk membaiki sesuatu kerosakkan dlm PAS? Jangan berprasangka buruk - baik kpd saya, TMJ, atau sesiapa sahaja yg kita tidak kenal kerana Allah Maha Mengetahui segala2nya. Yg kita disuruh mengenali atau identify ialah siapa oppressor N siapa the oppressed!)

Sekian N Selamat Berjuang!!