Laman Webantu   KM2A1: 2408 File Size: 1.2 Kb *



N.F.A...sedikit khabar dari BPR.
By Panjitengkorak

13/6/2000 8:51 pm Tue


a#salamualaiikum/Selamat Sejahtera Semua.

Hamba diberitahu oleh teman-teman dari BPR, tentang banyak fail-fail rasuah keatas ahli-ahli umno serta kroni, bila siap siasatan yang telah dibuat dengan rapi dan teliti, interview saksi dsb. Setelah bukti yang kukuh didapati maka full report akan naik ke atas (mahath1r). Maka fail-fail ini akan kembali dengan tertulis tiga huruf iaitu N.F.A. yang bermaksud "No Further Action".
Bayangkanlah betapa frust nya kawan-kawan kita di BPR yang bekerja bertungkus lumus dengan jujur dan ikhlas. Bayang kan pembaziran duit-duit pembayar cukai yang begitu banyak sekali. Inilah keadaan sebenar kedudukan negara kita.
Untuk pengetahuan bersama, BPR sekarang telah diarah untuk mencari kesilapan atau penyelewengan DSAI semasa beliau menjadi menteri kewangan, syarikat-syarikat kepunyaan umno seperti NST dan lain-lain sedang di siasat.
Untuk apa? tak payah lah hamba terangkan, kita semua dah sedia maklum.
Sekian dulu dari hamba yang hina-wa#salam