Laman Webantu   KM2A1: 2405 File Size: 1.3 Kb *



Re: Mahazalim - disebalik kacamata.
By tv3

12/6/2000 9:47 am Mon


a#salamualaikum/Selamat Sejahtera
Semua Pejuang REFORMASI.

Alhamdu Lillah...yang penting, "tafakkur seketika" telah pun ditamatkan dan nampaknya wabmaster yang berkenaan, sedikit sebanyak peka dengan pesanan ketua kita, DSAI. Yang diharapkan ialah, kerjasama ini akan diteruskan, malah diperkukuhkan.

Walau tak pernah menulis kepada mahupun dihalaman berkenaan, saya amat setuju dengan Sdr/i Panjitengkorak dan web antu tentang mustahaknya kita menghisab diri. Tekadkan niat, rapatkan saff dan jangan sekali kali membenarkan perkara lain memalingkan diri dari perjuangan sebenar i.e. menentang KEZALIMAN dan KEBATHILAN. Anggaplah yang berlaku sebagai satu dugaan atau liku perjuangan.

Teguran harus juga diberi kepada kepimpinan keADILan, supaya sentiasa mendengar keluhan penyokong agar tidak terjerumus kepada fenomena Barisan Najis, yang, "aku sahaja betul! lain semua salah". Berusahalah untuk mencari titik pertemuan. Moga moga Allah meredhai perjuangan kita bersama!

Allahu Akbar 3x Wa Lillahil Hamd