Laman Webantu   KM2A1: 2404 File Size: 2.8 Kb *



Re: Mahazalim - disebalik kacamata.
By web aNtu

12/6/2000 6:01 am Mon


'alaikum salam wrbth

Bulan/Minggu ini beberapa peristiwa "ganjil" berlaku. Mula2 dgn kejadian tafakkur (yg disifatkan oleh biadap/kurang ajar) oleh beberapa pihak, kemudian diikuti dgn kejadian laman kena cracked. Mahazalim sudah kena cracked satu masa dulu - maka sewajarnya pakai pa#swd yg lebih strong. Ada pihak pula yg menuduh bukan2 terhadap Mahazalim sprt crack diri sendiri - boleh caye ke?

Pada pendapat aku - ia bukan dicrack sendiri. Tetapi aku nak kritik sikit pasal mahazalim ni - sebagai seorg pemerhati. Tujuan kritikkan ini bukannya utk memburukkan mahazalim - tetapi sebagai nasihat yg tak seberapa aje... Aku dah beberapa kali hantar email tapi sonyap aje... tak caya kita orang kut?. Padahal kito orang lebih LAMA ujud dari Mahazalim (dlm forum AI) - (AJB/KP/JS/TJI) N dlm Forum Keadilan Malaysia 1. Tapi tak kesah - asalkan pandai2 jaga diri sendiri semoga kroni2 keparat mahath1r sekalian lingkup.

Sejak akhir2 ini mahazalim nampaknya tidak memuatkan beberapa artikel yg bagus2 - esp Marhain Tua N Amin Sapiro. Mengapa? Artikel Amin Sapiro kelihatan muncul di malaysiakini pula..... sementara marhain tua di FeU (sahaja? - correct me if i'm wrong since i'm not 100% web addict). Pada masa dahulu mahazalim begitu bersinar - terutamanya menjelang pilihanraya - malangnya beberapa artikel yg diragui kesahihannya mula mengotori laman beliau. Jangan lupa pepatah melayu - sebab nila setitik, rosak susu sebelanga, Kita hendaklah berlaku adil - walaupun kepada musuh kita sendiri. Selain itu kita tidak boleh mempercayai segala2nya semua mesej yg kita terima dlm internet ini..... kerana email pun boleh difake N ada ramai org yg berpura2 dlm dunia cyber ini.

"Whatever is right should be quoted as right N whatever is wrong should be quoted as wrong ... ie be fair even to our enemies."

OKlah - tak boleh kritik panjang2 N direct to the point - aku kritik imbasan sahaja buat renungan bersama. Aku tak mahu dituduh sebagai pihak yg ingin mencurigai antara satu sama lain - mamadai saja aku bagi hint2 tertentu siapa yg sepatutnya dijadikan kawan, N siapa yg tidak sepatutnya dikawankan ..... kerana perjuangan ini tidak memerlukan sebarang upahan dari sesiapapun kecuali tuhan yg Maha Memberi Pembalasan. Ini adalah kerana sudah timbul gejala heroism dlm dunia perjuangan ini .... iaitu gejala mahukan penghormatan, pengiktirafan, dll dari mahluk yg kerdil di dunia ini........ sedangkan ganjaran yg paling besar bukannya berada dibumi kerdil ini, tetapi di"langit" yg "sibuta" tidak akan dapat melihatnya!

Sekian N Selamat Berjuang!!