Laman Webantu   KM2A1: 2403 File Size: 2.1 Kb *



Kepada Semua Teman Seperjuangan...
By Panjitengkorak

11/6/2000 9:03 pm Sun


a#salamualaiikum/Selamat Sejahtera Semua.

Nampak nya sejak kebelakangan ini pihak alternatif sedikit sebanyak telah digugat oleh machinery propaganda pihak lawan. Diharap teman-teman semua faham lah, tak nak hamba bercakap panjang lebar akan apa yang dikatakan machinery propaganda.
Cuma hamba ingin berpesan disini, jangan lah kita lupa akan kezaliman yang telah berlaku dibawah pemerintahan umno/bn ini. Perjuangan untuk menghancurkan kezaliman umno/bn ini masih jauh, jadi janganlah kita berputus asa atau bertelagah sesama sendiri.
Daripada personal observation diri hamba yang dhaif ini nampak nya perjuangan dialam siber pun telah sedikit sebanyak berjaya ditembusi, mula-mula webmaster bertafakur kemudian kena hack pula, pesanan hamba yang hina ini sebagai salah seorang ahli fkm2 kepada semua termasuk para webmaster jangan lah berputus asa dan mudah tense dengan negative development ingatlah, mereka ini seperti mana iblis akan mencuba sedaya upaya dgn berbagai helah mereka untuk menghancurkan kebenaran.Sebagaimana yang telah kita ketahui penyalahgunaan institiusi rakyat seperti polis/polis perisik(sb),badan kehakiman,BTN,juga para military intelligent telah diguna oleh mereka untuk kepentigan mereka. Tidak hairan lah kalau Dolah Badaw1 sendiri menggunakan 5hagul Hamid (ketua biro tata negara)sebagai personal advisor beliau.
Janganlah terkejut nanti kalau-kalau ada lagi ahli-ahli pihak tertinggi barisan alternatif konon nya melompat ke bn. Walaupun taktik sedemikian tidak mempengaruhi orang-orang seperti kita tetapi ianya masih mempengaruhi golongan yang mempercayai media-media bn.Iaitu golongan yang tidak berfikir.
Kita mesti bersatu, jangan berpecah belah.Kita mesti bersatu demi Islam demi kebenaran dan keadilan.
Sekian dulu dari hamba yang hina-wa#salam.

p/s:to webantu, I'm still having problem with my ppp-scripts.