Laman Webantu   KM2A1: 2397 File Size: 2.2 Kb *



Piala Thomas atau piala kuasa?
By web aNtu

2/6/2000 11:20 pm Fri


a#salamu 'alaikum wrbth rakan islam sedunia:-

Atlit negara sudah lama kecewa dgn birokrasi - sebab itu datuk sidek buat cara sendiri - hasilnya beliau berjaya - bukan melalui institusi BAM, tetapi "Institusi Sidek". Dulu kita dengar fasal atlit bercadang memboikot... tapi tak jadi. Yg hilang N melayang ialah jurulatih2 terkemuka, sprt Yang-yang, dll.

Sebab ini berlaku ialah kerana atlit terpaksa mengikut org politik dulu, sebelum mengikut jurulatih. Kalau nak diukur pengalaman, jurulatih memang lebih arif dlm bidang2 melatih jaguh2 tapi bila sukan dipolitikkan, jurulatih2 ini akhirnya fedup dan keluar. Dulu ada berita seorg jurulatih complain fasal duit belum dibayar sampai sekarang - walaupun beliau sudah lama resign. Di Terengganu (masa BN) - ada pemain luar negara mati jatuh bangunan - dilapurkan sebagai "bunuh diri?/tak sengaja?". Disamping itu permainan sprt bola sepak dicemari dgn rasuah pula.... sementara kes jurulatih mencemari kehormatan atlit pula menggemparkan negara! Mengapa dan bagaiman perkara2 sprt ini berlaku - lebih2 lagi ia melibatkan org2 bernama Islam sendiri?

Kalau kita kaji sukan badminton - sudah byk pertembungan N konfrontasi antara BAM dgn pemain atau syarikat2 profesional sprt mahsuri. Malangnya kerajaan lebih mementingkan org politik melebihi sukan itu sendiri - maka malang yg menimpa negara sepatutnya menjadi pengajaran buat semua. Apabila keluarga Sidek meninggalkan gelanggang, tidak ada keluarga lain yg dapat menggantinya - tetapi kalau kita tengok Brazil - Pele diberi jawatan yg tinggi utk meningkatkan mutu sukan mereka! Kalau "Sidekians" setakat menjadi jurulatih - tak kemana, mereka perlu diberi lebih 'kuasa' - bukannya beri 'wang' sahaja. 'Kuasa' inilah yg akan menjanakan 'wang' dan bukan 'wang' yg akan menjanakan 'kuasa' sprt permainan politik umno.

AKu bukannya minat sangat badminton - lagipun ini sukan dedah aurat..... tapi ada "mazhab" yg membolehkan dedah urat2 sebegini!

Sekian N Selamat Berjuang!!