Laman Webantu   KM2A1: 2396 File Size: 1.9 Kb *



atau 'bertafakkur' macam webmaster 6 sekawan??
By web aNtu

29/5/2000 11:17 am Mon


'alaikum salam wrbth.

Pasal bergelap:-

Minggu ini nampaknya kita dikejutkan dgn kempen pulau memulau -
masalahnya yg dipulaukan ialah rakan seperjuangan sendiri... sob sob.

Pada pendapat aku yg tak seberapa ini - kita ni kekadang dahagakan penghargaan N publisiti sampai merasa kita sajalah hero sebenar yg tidak dilantik dlm peperangan ni (unofficial self proclaimed war-hero?) .... sedangkan peperangan ini belum pun habis sudah nak bergelap pulak ... Webmaster perlu matang kerana membasuh kotoran daripada emas lebih baik dari membuang semua emas2 itu sendiri!

Liong Sik:-

Umumnya kita sudah ketahui kejayaan BN berpaksi kpd peranan MCA - terutamanya di Sanggang tempoh hari. Tanpa org cina UMNO sudah lama kalah - kerana org melayu sudah bosan dgn mahath1r N UMNO - ini adalah kenyataan yg tidak dapat disangkal lagi - termasuk oleh UMNO sendiri. Tetapi Ling dahagakan sesuatu (macam webmaster r4mc??) yg tidak dapat direstui oleh mahath1r. MCA berjuang utk sesuatu - jika 'sesuatu' ini tidak menyakinkan - Liong Sik sudah gagal N sudah jelas menjadi alat UMNO.

Yg menarik kenapa Ling membuka mulut menjelang pilihanraya Teluk Kemang? Sebenarnya ini strategi 'nampak macam lamer aje' kerana UMNO memerlukan MCA utk menang di Teluk Kemang! Jadi tindak tanduk Ling memang kena pada masanya sebagai silat politik.... untuk menuntut "sesuatu" yg tidak direstui oleh UMNO!

Juga jangan lupa Ling ada melawat Kelantan - kenapa?

Nampaknya suspen saja.... selalunya org yg luka akan cari ubat. Kalau ubatnya ada di Kelantan - apa salahnya, asalkan sembuh luka yg tajam dan gembira hati yg duka....

Sekian N Selamat Berjuang!!