Laman Webantu   KM2A1: 2391 File Size: 2.1 Kb *



Ucapan Penggulungan Fir'aun
By tv3

16/5/2000 7:30 pm Tue


a#salamualaikum/Selamat Sejahtera
Semua Pejuang REFORMASI

Dari apa yang sampaikan kepada tv3 tentang ucapan penggulungan diperhimpunan kerbau Parti Kebangsatan Melayu Berkecai, jelas apa yang tersirat disebalik ucapan Fir'aun moden dizaman Musa (Ha#san) ini. Rata rata tv3 diberitahu bahawa teks nya banyak menyentuh soal, "Pendekatannya diperingkat akar umbi…" atau dengan lebih tepat, dikalangan anak anak kerbau!

Penganalisa dibahagian Majalah dan Berita tv3, tidak boleh tidak, hanya boleh membuat satu kesimpulan. Fir'aun berkata, sebagai PM terlalu sukar bagi dia meruangkan masa untuk berinteraksi. Sebagai PM, terlalu sibuk dengan kerja Negara sehingga mengabaikan parti. Dan sebagai PM terlalu banyak kerja parti (khasnya didalam bidang penerangan atau pemfitnahan) yang tak kesampaian.

Apakah ertinya semua ini? Ya…..terang dan jelas bahawa Fir'aun, kini sedang merintis jalan untuk memastikan BAHAWA PRESIDEN PARTI KEBANGSATAN TAK SEMESTINYA MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA! Dan, PM HANYALAH SEORANG NOMINEE PARTI KEBANGSATAN!

Susah kah hendak difahami? Bayangkan. Dia undur sebagai PM dan mengangkat Lah Ba(bi)wi jadi PM. Tapi ingat Lah! Itu hanya satu "nominee post". Kalau parti tak suka, nanti Manusia Kehilangan Tuhan akan membuka Lah kes kes liwat (yang mana satu, belum pasti lagi dan tak penting. Tanggung beres oleh Musa Hasan). Dan begitulah seterusnya baik Najib atau Mo'yudin atau Tyson. PM tak PM….janji mesti akur kepada presiden parti!

Haaaahhh….tapi ada juga masaalah yang berkemungkinan timbul. Ya itu, siapakah yang "terpower" sekali untuk merogol khazanah negara? PM ke? Menteri yang jaga Bank Negara tu ke? Haahhhh…disini ada sikit masaalah! Masing masing ada lintah dan pacat masing masing. Kalau Menteri Bank Negara yang "terpower", wajib, lintah "PM" tak kan puas hati, dan begitu juga lah sebaliknya……….

Maka demikianlah…."DULU, KINI dan SAMPAI KE TUA!"