Laman Webantu   KM2A1: 2384 File Size: 6.8 Kb *



Hormat Perdana, tabek UMNO...!
By Kubang Pasu

12/5/2000 5:01 pm Fri




Pewweett....hoorrayyy....!

Tahniah kepada Parti Kebangsatan UMNO kerana kini Presiden (tak berani bertanding) mereka Al Laknatullah Mahathir s/o Mohammed Escandeer Kutty telah pandai membaca doa menandingi DSAI dan Presiden PAS, agaknya lepas ini akan naik mimbar Masjid Negara pula berkhutbah....cewahhhh, warak you!

Alahai berapa minggu menghafal dan buat "rehearsal" depan Mid Man agaknya ye dan sedikit pun orang tidak hairan atau pelik kerana Iblis pun lebih pandai membaca Al Qur’an , apatah lagi sekadar nak berdoa. Itulah antara wajah wajah Iblis dan syaitan, BOLEH merupai segala jenis makhluk, tekadang merupai babi, terkadang merupai ular, terkadang merupai singa, terkadang merupai tikus, terkadang merupai anjing, terkadang merupai berhala , terkadang merupai ulama, tekadang merupai pemimpin yang menangis dan terkadang merupai bapa Mirzan! Pendekata, semuanya lengkap dengan berbagai wajah dan watak namun pada hakikatnya berjiwa munafik, zalim dan kejam! Itulah Mahathir, bapa munafiq Bolehland, berhala puaka sembahan golongan UMNO. Serba BOLEHHHHH!!!

Tidak keterlaluan dinyatakan di sini bahawa segala doa doa yang dibacakan oleh Mahathir yang diaminkan oleh para penganutnya amat diragui sekali keikhlasannya, apatah lagi untuk dimakbulkan oleh Allah kerana tidak langsung mempunyai ciri ciri tawadduk di dalam adab berdoa tambahan pula dibacakan oleh seekor makhluk bersifat munafik yang zalim dan keji tiada tolok bandingnya terhadap Rasulnya (percaya ke?), Agamanya (anutan apa?), bangsanya (Kutty ke?) negaranya (mana satu?), rakyatnya (siapa?) dan dirinya sendiri. Yang PAStinya doa itu dibacanya hanyalah sekadar satu "surprise" di dalam upacara penyembahan Parti Kebangsatan di alaf baru ini dengan satu kelainan daripada biasa iaitu untuk menunjukkan yang dia lebih warak daripada semua "ulama ulama" (sami sami) UMNO yang lain dan tinggi keIslamannya untuk tontonan kepada semua rakyat amnya dan umat Islam khasnya yang rata rata telah membencinya "outright". Ini adalah salah satu "sales gimmick" Mahathir selain daripada "menangis" untuk menagih simpati orang orang Melayu! Sekadar berdoa macam itu sami sami kat Batu Caves pun pandai, apatah lagi sami sami kat negeri Astora Jabat. "Just watch out" apa komen Astora Siam di dalam Mingguan hari Ahad nanti, grenti ampu dan puji meleleh si Siam ini terhadap Al Laknatullah itu! Sudahlah Mahathir... sikap munafik kamu lebih terserlah lagi kini, dengar doa yang dibacakan itupun tekak dah naik meloya, "it was a plain imitation and very sickening tone!".

Tidakkah lawak apabila dia menyebut "...jauhilah kami daripada segala gangguan syaitan dan musuh musuh kami..." Syaitan yang sudah pun berdamping rapat dan bersahabat setia dengannya sendiri, perkara syirik dan kurafat yang diamalkannya serta oleh para penganut UMNO sendiri dan segala isi doa itu kesemuanya "just reflecting and revealing he is the devil himself" semata mata, alih alih kepada Allah pula dia nak mengadu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, wahai Mahathir, jangan nak cuba menipu Allah seperti yang kamu lakukan terhadap ahli ahli UMNO tu!

Agaknya Mahathir sentiasa mengikuti ceramah ceramah PAS dan KeADILan dan ingin menteladani mereka yang mana para pemimpin mereka sering membacakan doa doa dan diaminkan secara beramai ramai oleh para hadirin, jadi teknik inilah yang digunakannya sekarang, dengan itu jelaslah bahawa segala tunjuk ajar para pemimpin daripada PAS dan KeADILan adalah satu perkara yang benar, baik dan mulia yang wajar dicontohi dan diteladani oleh semua pemimpin pemimpin UMNO, itulah hakikat yang sebenarnya. Errr Mahathir, bila pula agaknya nak mulakan kuliah Subuh ke kuliah Jumaat ke, nak juga kami beramai ramai datang belajar!

Mahathir kini terbukti sedang hanyut dengan nafsu rakus dan sifat kebinatangannya yang diterjemahkan melalui segala perancangan dan titah perintahnya yang akibatnya tiada harapan lagi untuk sampai ke tebing atau diselamatkan oleh sesiapa kecuali dengan kehendak Allah Subhanahuwata’ala sahaja. Andai kita melihatkan keadaan ini secara "hindsight" telah sahihlah bahawa Mahathir sekarang sebenar benarnya dikenakan oleh Allah Subhanahuwata’ala istidrajNya, untuk terus menyesat dan memesongkankan diri abdi yang toghut itu seterusnya karam bergelumang dosa, najis, noda, kehinaan dan azab yang amat pedih sekali bersama pengikut pengikut setianya sekali sebelum roh direntap daripada jasad untuk dikembalikan dengan penuh kehinaan kepada Allah bila tiba masanya. Sesungguhnya amat merugilah orang orang yang terpedaya oleh dirinya sendiri seperti yang dinuzulkanNya di dalam Al Qur’an;

"Katakanlah; Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang orang yang paling merugi perbuatannya?"
"Iaitu orang orang yang telah sia sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik baiknya."
"Mereka itu orang orang yang kufur terhadap ayat ayat tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia. Maka hapuslah amalan amalan , mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu pernilaian bagi (amalan) mereka pada hari khiamat."
"Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahannam, disebabkan kekafiran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat ayatKu dan rasul rasulKu sebagai olok olok." = (Al Kahfi : 103~106)

Tidak mungkin sami sami dan pendita pendita besar Parti Kebangsatan seperti HAMid othMAN, Mid Zainal Abidin, Usop Nor, Astora Siam, Dusuki dan "seumpamanya" tidak pernah terjumpa atau terbaca ayat ayat tersebut, malah banyak lagi ayat ayat yang berupa ancaman terhadap perolok dan penentang penentang ayat ayat Allah? Apakah pada hemat mereka hanyalah Mahathir yang lebih layak memberikan arahan dan perintah berbanding dengan perintah perintah Allah melalui RasulNya?

Cisss, ketahuilah kepada semua makhluk bahawa haiwan buas yang dinamakan Mahathir s/o Mohammed Escandeer Kutty itu adalah makhluk yang paling hina sekali daripada seekor anjing kurap yang "scavenging" tong tong sampah mencari makanan dari lorong ke lorong. Inilah seekor makhluk yang tidak tahu bersyukur, paling angkuh, teramat ganas dan tidak sedar diri bahawa di dalam usia subsidi itu mampukah terus berpaut kuasa hanya melalui kalangan "inner circlenya" dan pasukan polis semata mata. PAStinya janji janji Allah tentang kemenangan pada yang HAK akan menjadi nyata, pada bila bila masa jua, inilah keyakinan yang wajib semua Mukmin tanam, semai dan suburkan di dalam jiwa masing masing di samping istiqomah kita melakukan amar makruf nahi mungkar setiap masa.


ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD!!!

~Kubang Pasu.