Laman Webantu   KM2A1: 2381 File Size: 3.0 Kb *



Berbanggalah wahai UMNO.....
By Kubang Pasu

10/5/2000 1:14 am Wed


a#salamualaikum wr wbt,

Saudara/i para pejuang HAK sekelian, semoga kita semua dilindungi Allah daripada segala sifat sifat munafiq dan mazmumah di dalam perjuangan kita yang tak sepertinya ini dan hendaknya disegerakan kemenangan yang dijanjikanNya...AAminn!

"Kita patut merasa bangga dengan segala pencapaian negara yang telah mengharumkan nama di mata dunia…" Itulah bunyi yang sering kedengaran di segala macam media dan daripada mulut para pengampu Berhala Paria Tua milik Parti Kebangsatan! Dan PAStinya ungkapan sebeginilah yang akan kedengaran dan bergema megah di ketika perhimpunan penyembahan berhala puaka kumpulan JAHILLIYAH UMNO esok lusa nanti, percayalah! Terutama melalui TV3 suku dan media hipokrit yang lain.

Namun, masih boleh kalau mereka mahu berbangga, berbanggalah dengan mempunyai menteri menteri yang bacul, tolol, pak turut, pengampu dan pembodek. Berbanggalah dengan mempunyai pasukan polis yang khianat dan rakus "gilak" macam anjing hutan tetapi dungu macam baghal padang pasir hinggakan Bapa Anjing sanggup cuba untuk bunuh seorang pemimpin yang berwibawa secara kejamnya semasa dalam tahanan hanya atas arahan Berhala Paria Tua yang bernama Mahathir. Berbanggalah dengan media ma#sa yang tak beretika, pendusta, putar belit, pengadu domba dan berat sebelah yang tiada tulang belakang macam sotong. Berbanggalah dengan mahkamah yang menjadi kandang kandang haiwan dengan hakim hakimnya menjadi beruk dan kaldai ternak. Berbanggalah dengan wakil wakil rakyat yang tidak bermoral yang menang dengan sogokan dan menggunakan sessi Parlimen untuk tidur berdengkor macam ayam berak kapur. Berbanggalah dengan "ulama ulama perut" yang memutar belitkan hukum hukum Allah umpama ular dalam semak. Berbanggalah dengan ahli cerdik pandai dan intelek yang dicucuk hidung dan disumbat perut yang sentiasa berfilosof dan memberikan pendapat sehaluan dengan fatwa sang Mahafiraun. Berbanggalah dengan hutang negara yang tak menasabah sekeliling pinggang demi memuaskan nafsu serakah Berhala Paria Tua tanpa sebarang faedah untuk rakyat terbanyak. Berbanggalah dengan masjid masjid dan surau surau yang "dimatikan" daripada berfungsi dan diroboh oleh pemerintah yang tidak takutkan Allah, sebaliknya meluluskan pembinaan gereja terbesar di Asia. Berbanggalah dengan Parti Kebangsatan UMNO yang setiap masa mencari peluang untuk melingkup dan menyongsangkan Agama Islam dan penganutnya. Akhir sekali berbanggalah sekelian yang masih "buta perut" mempunyai PM yang bergelar Mahafiraun, Presiden (tak boleh ditandingi) Parti Kebangsatan, bapa Mirzan dan laki CT Hasmah, manusia munafiq yang tidak sedar diri.

Ihhh…ihhhhh…ihhhhhhhh bangganyaaa yang pasti sentiasa BANGANG dulu, kini dan selamanya….!


~Kubang Pasu.