Laman Webantu   KM2A1: 2372 File Size: 1.6 Kb *



Dari mana datang nya kuasa Umno ?
By Panjitengkorak

5/5/2000 4:35 pm Fri


a#salamualaiikum/Selamat Sejahtera Semua.

Dua tiga hari lepas hamba berpeluang minum teh tarik bersama seorang kawan di Subang Jaya, kemudian tiga lagi rakan kawan saya datang dan kami jemput mereka duduk semeja. Kebetulan salah seorang dari mereka adalah orang kuat umno bahagian di johor. Maka topic hangat pun bermula diantara mereka, hamba cuma berdiam diri sahaja, mendengar. Mereka ternyata mengatakan yang umno masih berkuasa dan kuasa itu adalah dari sokongan kuat ahli-ahli umno dan kerana mereka bersatu. Salah seorang dari mereka bertanya pada hamba, tak kan diam saja apa pendapat saudara, lalu hamba berkata sambil membayar minuman hamba.
Hamba kata," Saya hanya lah rakyat biasa bukan ahli mana-mana parti, tapi kalau nak tahu pendapat saya boleh, Pada saya kuasa sebenar umno sekarang ni adalah datang nya dari polis yang mengikut bulat-bulat kata daim dan mahadir, salah betul semua menjadi arahan, dan lagi pada mahkamah yang telah disogok dengan rasuah dan ugutan dan jentera kerajaan milik rakyat digunakan habis-habisan untuk kepentingan peribadi. Dari situ lah datang nya kuasa umno. Dan ahli-ahli umno hanya umpama lalang yang tiada berguna langsung pada parti apalagi negara.
hamba minta diri bersalaman dan terus beredar dari situ.

Sekian dulu dari hamba yang hina-wa#salam.