Laman Webantu   KM2A1: 2367 File Size: 5.0 Kb *



Mahath1r VS Tony Blair
By web aNtu

30/4/2000 1:35 pm Sun


Salam perjuangan buat semua,

Saya dah lama nak komen fasal tajuk ni - tapi tak kesampaian - kerana masih menunggu betul ke tidak Tony Blair mempelajari Quran kerana beliau menemui sesuatu di dalamnya. Berbeza dgn Mahath1r - Mahath1r tidak menemui apa yg dicarinya - maka Mahath1r menyuruh lembu2nya menterjemah al Quran supaya sesuai dgn kehendaknya. Bagi Mahath1r ajaran2 Islam yg berkisar kpd maslahah politik N kemasyarakatan tidak sesuai - sebab itulah beliau tidak dapat menerima hudud N tidak yakin org Islam akan dapat maju jika mereka mempraktikkan ajaran2 Islam. Bagi Mahath1r - al Quran perlu disesuaikan kpd manusia, bukannya manusia yg perlu menyesuaikan diri mengikut al Quran! Ini adalah umpama perangai bani Israel - mereka tidak menghiraukan perintah tuhan kerana lebih mementingkan ikan2 yg byk pada hari Sabtu - ie mereka lebih mementingkan keuntungan/kemajuan/pembangunan dunia sendiri melebihi segala2nya - maka akhirnya bani israel yg ini jadi kera!

Kita boleh baca byk kisah dlm al Quran. Bani Israel ini menganggap mereka superior - sampai nabi2 pun mereka bunuh kerana tidak sesuai dgn mereka punya citarasa! Walaupun nabi bawa macam2, tunjuk pelbagai mukjizat, namun mereka tetap degil juga. Pembunuhan ini dilakukan bukan sahaja dgn senjata fizikal, tetapi senjata media - ie tuduhan2 bahawa nabi2 menyeleweng, sesat, sihir dsb. Tidak cukup dgn itu, mereka telah menukarkan ayat2/perintah2 Allah dlm kitab2 supaya kedatangan Nabi (saw) digelapkan, supaya mereka boleh enjoy buat dosa N paderi boleh ampunkan, dll lagi. Kita boleh tengok cerita2 sebegini dlm al Quran. Tetapi kita tidak akan dapat nampak emas2 dlm al Quran ini kalau kita tidak mempunyai 'mata' hati yg terang. Musuh2 Islam tahu perkara ini - maka mereka cuba utk menutup emas2 ini kerana dgn harta2 dlm al Quran ini, anda akan jadi kaya (ilmu N jiwa) - N tidak akan dapat ditipu dgn mudah.

Surah al Baqarah byk menceritakan tentang pendita2 jahat ini. Mereka hanya menerima sebahagian sahaja dlm al Quran N menolak sebahagian yg lain. Sekarang pendita2 ini muncul kembali pada abad ini. Mereka menolak tafsiran terdahulu dgn alasan terlalu 'primitif' N tidak sesuai utk maju. Mereka sebenarnya lupa - NASA sendiri menggunakan pakar2 al Quran utk mengkaji ruang angkasa! Mereka tidak sedar, Tony Blair sendiri mengkaji al Quran kerana mendapati sesuatu yg bernilai di dlmnya! Sikap Tony Blair harus dipuji kerana beliau mencari sesuatu di dalam al Quran, tetapi sikap Mahath1r perlu dikeji kerana beliau mencari sesuatu utk lari dari al Quran! Bagi saya cahaya al Quran telah mencelikkan Tony Blair tetapi Mahath1r masih buta walaupun dilahirkan dlm keadaan cahaya terang benderang disekelilingya! Tony Blair baru pandang sudah jumpa, tapi Mahath1r sudah entah berapa kali pandang masih tak jumpa2 lagi.

Sebab itu org yg betul2 pergi mekah ialah org yg menjumpai sesuatu yg org lain tak jumpa. Ada org jumpa Ka'abah sahaja - sebab itu panggilan hero hindustan lebih menarik dari panggilan Ka'bah buat dirinya. Haji mengajak umat Islam utk kembali kpd Tuhan, bukanya utk kembali N berdamping dgn hero Hindustan berkucu kota hey! Mahath1r sebenarnya tidak menemui apa2 kerana kucu kota hey masih ada dlm kepala! Tuduhan N mengata org lain sesuka hati masih bergayut dlm dirinya. Tujuan ibadat2 dlm Islam ialah utk melatih ketaatan kpd tuhan, bukannya utk melatih mencari alasan utk tidak melaksanakan tuntutan Islam. Org yg betul2 kembali kpd Tuhan tidak akan menuduh sesorg tanpa saksi yg adil - apatah lagi dgn saksi yg main dgn laki orang, saksi yg main anak dara org, saksi yg tidak membayar hutang, saksi yg ayah nya sendiri sudah buang, atau saksi2 yg mengaku dlm bukit yg kononya aman, atau saksi2 yg mengaku setelah dikenakan suntikkan2 dadah2 N pembotakkan kepala (sebab electrocution membunuh rambut le) dll lagi.

Dlm perundangan Islam ada diceritakan - "lebih baik membebaskan seorg yg bersalah kerana tiada bukti daripada menghukum seseorg yg tidak bersalah."

Balik kpd kes Tony Blair - jelaslah bahawa Tony Blair berusaha N menggali emas2 dlm al Quran kerana menemuinya, manakala Mahath1r gagal menemui emas2 itu - walaupun sudah bertahun2 - maka dia cuba pula mereka sendiri emas2 baru dgn alasan emas dlm al Quran sudah primitif N tidak sesuai dipakai lagi.

Mahath1r mengajak org Islam menjadi kera2 macam bani Israel yg berseronok sakan mencari ikan pada hari sabtu yg tidak dibenarkan. Logik aqal manusia hanya nampak ikan banyak sahaja .... mereka tidak tahu pada hari Sabtu itu, ada sesuatu yg akan menjadikan mereka kera selama2 nya..... oleh itu berhati2 lah dgn mahath1r - kerana silap haribulan - anda mungkin menjadi kera, bukan sahaja dulu atau kini malah selama2 nya.

Sekian N Selamat Berjuang!!

Link Reference : akamai caching technology