Laman Webantu   KM2A1: 2357 File Size: 4.5 Kb *



Re: IT
By web aNtu

26/4/2000 10:37 pm Wed


'alaikum salam wrbth -

Cuba2 lah jawapan aku yg tak seberapa ni...

1) saya hendak memperhebatkan perniagaan travel agency saya melalui
e-com.,bagaimanakah cara terbaik.

cara terbaik ialah cara org2 yg telah berjaya - ikut model mereka. Contohnya ialah Yahoo, Amazon, EBay dll. APa yg tersangat penting ialah 'content' N 'speed'. Tanpa content masuk KO lah site kita. Content mestilah menarik tetapi tidak terlampau berat (heavy). Web site hendaklah senang di capai (laju) serta stable (Unix based preferably BSD O/S based with CGI, PHP, SQL, HTTPS etc capability). Buat masa ni kos utk setup site sendiri yg ada feature hebat lebih murah/laju kalau dibuat di oversea. Yang lebih penting sekali web site hendaklah mempunyai ciri2 lain dari yg lain ie unik. Sebagai contoh anda boleh buka laman yg menonjolkan anda sebagai tukang pakej pelancungan yg tidak mengenepikan aspek2 Islam. Contohnya anda ada panduan dimana masjid2 berada di UK, France, serta hotel mana yg muslim-friendly...... Dlm erti kata lain anda menonjolkan diri anda sebagai agensi pelancungan islamic....

2) travelasia, saya dengar mengunakan server di Honolulu (USA), apakah
benefitnya & bagaimanakah caranya?

Ikut jawapan diatas - yg penting speed, bukan lokasi. Speed ialah bandwidth. Setengah syarikat menyewa ruang dgn harga murah tapi speed terlalu perlahan. Kalau ada byk wang - lebih baik buat sendiri pakai PC sendiri dan sewa line laju. Ini lebih secure dari menyewa dgn org kerana tuan rumah tahu apa isi rumah anda serta boleh sabotaj anda. Jika menyewa cari penyewa yg established - pakai search engine N search TOP E-COMMERCE WEB HOSTING company.

Sekarang ini org sewa website melalui transaksi credit card. Sebelum anda menyewa cuba test kelajuan site tenant2 di situ. Baca policy eg privacy N backup yg mereka buat. Komputer apa mereka pakai - PC ke, Sun ke, N O/S apa - NT, Linux, BSD, Solaris etc.

Ringkasnya - cari, check, banding servers.

3) sekiranya saya henadak mempergiatkan perniagaan rakan-rakan saya lain
dalam perniagaan mereka secara global (melalui Net), apakah cara terbaik?

identify pelanggan anda - satu dunia ke atau malaysians saja. Lepas tu baru fikir content.

Content ada dua - free N charged. Gunakan yg free sebagai pelaris kpd yg charged. (Macam adult sites punya konsep - dia bagi preview kecik/kabur kalau nak yg besar/tajam - kena bayar)

Contoh: Buat satu web board macam ni, tapi ada beberapa segment - pelancungan dlm negeri N luar negeri. Yg luar negeri ada beberapa segmen jugak - europe, mekah dsb.

Network:- network atau webrings atau affiliate adalah penting. Mereka ini adalah 'kaki' anda. Anda boleh buat/gunakan mesej board macam ni utk membawa kaki2 macam ini. Kalau anda perhatikan web site yg bincang pasal security - mereka akan akan advertise product apa yg relevant dgn sekuriti. Jadi bila bincang fasal mekah - anda 'push' package2 umrah/jahi etc...... nampak tak? Mesej board itu free - services charged. Sebab itu dlm perbincangan sprt masalah2 haji/umrah - org akan cuba cari solution - maka anda akan push solution itu dlm mesej board tersebut.... (ads kat atas). Bila anda ada network - anda ada lebih byk hit lagi. ANda mungkin pakar trip ke mekah tapi tak pakar dlm trip ke Europe dsb. PAda mesej board tersebut anda push banner/services member anda yg pakar Europe pula....

Anda perlu identify apa masalah pelancung - N web site anda perlu memberi sebab mengapa pelawat mesti menggunakan servis anda ...... eg cekap, islamic, friendly, murah, boleh speaking dsb.

4) apa ertinya 'web hosting'?

Soalan ini general - tapi dlm konteks anda - anda perlu menampilkan syarikat anda kpd satu dunia yg tidak tidur2 ie internet. Dlm dunia web hosting ada dua - samada anda menyewa berbayar/free atau anda empunya sendiri yg menyewa pada org lain.

Anda boleh buka satu site khusus utk semua travel agent bumiputra/rakan/partner anda N buat category/network macam yahoo. Membuat direktori boleh mempercapatkan kejayaan anda - lagi pun anda boleh caj komisyen utk setiap penyewa anda....

Malaysia - Negeri - destinasi - hotel/chalet - nama travel agent/telephone no serta offers ...

Saya rasa ini lebih menarik - kerana anda nanti akan jadi satu portal baru!

Sekian N Selamat Berjaya!!