Laman Webantu   KM2A1: 2348 File Size: 13.3 Kb *



GELITA 14 dan GELISAH 14
By Kubang Pasu

20/4/2000 8:37 am Thu




a#salamualaikum wr wbth,
Rakan rakan netters sekelian,

Mesej yang hendak dibawa oleh rakyat telah pun dizahirkan maka GELITA 14 yang bermaksud terkuburnya sistem keadilan di negara ini lalu diperanakkan pula sistem kezaliman Mahathir sebagai gantinya, telah dengan jayanya diiklankan oleh Regim Mahathir sendiri melalui saluran propagandanya.

Maka kembang kempislah hidungnya semasa memberikan sidang media sekembalinya daripada makan angin di Cuba pada malam GELITA 14 lalu. Juga menyalak, menguak dan berkokoklah haiwan haiwan ternakannya memuji muja, mengampu jilat dan mengiyakan segala apa yang dimuntahkan olehnya.

Pulang dengan penuh sifat sombong dan angkuh kononnya dialah seorang pemimpin dunia ketiga yang terunggul, tetapi pada hakikatnya tiada sesiapa pun hatta PM "Banana Republic" yang bercawat sekali pun sudah tidak "give a shit" kepadanya di peringkat antarabangsa. Dunia sudah mengenali siapa dia Mahathir, seekor makhluk hipokrit yang paling bacul, zalim, rakus dan penipu yang tiada tolok bandingnya kini! Kelompok yang mengampu, memuji dan memuja hanyalah di kalangan beberapa kerat pemimpin parti Kebangsatan yang sudah dikasi atau dicucuk hidung sahaja, itupun cuma di hadapan, tetapi di belakang kesemua mereka mengutuknya sepuas mahunya, bukankah ini merupakan ciri ciri orang orang parti Kebangsatan, iaitu hipokrit,... dulu, kini dan selamanya!

Syabas kepada rakyat yang menghadirkan diri pada tanggal 15 April di Masjid Negara! Sesungguhnya ini merupakan satu tamparan yang cukup hebat kepada regim zalim Mahathir. Jelas menampakkan regim Mahathir dalam keadaan raplah, serabut dan panik! Maka perhimpunan aman para jemaaah (disebutkan jemaah di sini kerana perhimpunan itu tiada penganjur politik atau pun apa apa lambang, sepanduk dsb) ‘Asar Masjid Negara pada petang itupun dizalimi oleh anjing anjing ternakan Mahathir dan Dolah Ba-B, seolah olah kumpulan yang selesai berjemaah itu adalah penjenayah, pengganas, pengkhianat atau samseng jalanan (macam Adnan Pahang) dan gangster Pemuda Parti Kebangsatan UMNO.

Alhamdulillah saya ditakdirkan Allah, dapat bersama di Masjid Negara pada petang itu dan dengan lafaz "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" sememangnya PDRM diulangi, Polis Mahathirlah yang sengaja mengganas, mencederakan dan menzalimi para jemaah yang berkumpul di Masjid Negara pada hari tersebut. Mereka tanpa menghiraukan samada yang turun daripada masjid ketika itu muslimat yang lemah ke, pakcik yang tua ke, adik adik remaja yang naïf ke, kesemuanya dibelasah, diterajang dan sekurang kurangnya diherdik dengan sewenang wenangnya tanpa apa apa provokasi! Memang kita semua telah sedia maklum bahawa di kalangan jemaah itupun terdapat sang Siput Babi (SB) yang menyelinap seolah olah mereka mahu beribadat, rukuk dan sujud tanda ubuddiah kepada Rabb yang Maha Agung, tetapi hakikatnya mereka itu adalah abdi pencacai Mahafiraun yang hanya menunggu masa untuk menghasut lalu mendera para jemaah yang lainnya. Inilah senario yang sebenar benarnya berlaku pada petang itu.

Bayangkanlah, tindakan anjing anjing Mahathir (FRU,SB,polis Hutan dsb) yang seolah olah menyerang hendap para jemaah tanpa ada apa amaran langsung sebaik sahaja para jemaah turun daripada masjid dan diarahkan bersurai, jauh sekalilah terdapat provokasi daripada para jemaah tersebut. Apakah sekadar melaungkan "ALLAHUAKBAR" dan "REFORMASI" telah merupakan satu kesalahan di Bolehland sekarang ini? Nyatalah kini betapa anjing anjing Mahathir sememangnya berkumpul di Masjid Negara beberapa hari itu hanya bertujuan untuk mengganas, menzalimi dan menyiksa rakyat. Mereka telah dengan sengaja mengkhianati ikrar pasukan keselamatan yang berpanji panjikan DiRaja yang sepatutnya membela dan mempertahankan keselamatan rakyat, orang awam dan apatah lagi jemaah Islam yang baru selesai menjalankan ibadat! Sekali imbas keadaan ini adalah lebih teruk dan hina daripada sikap polis rejim Zionis Israel yang berkawal di sekitar Masjidul Aqsa di Baitul Maqdis! Sekurang kurangnya polis Yahudi tidak pernah menyiksa dan menzalimi orang Yahudi yang sebangsa dengan mereka.

Oh ya, mungkin anjing anjing Mahathir yang mengganas dan menzalimi jemaah Islam pada petang itu sedar yang mereka itu semuanya adalah anjing, jadi tidaklah serupa dengan para jemaah tersebut iaitu manusia. Ini adalah berdasarkan tidak terdapat seekorpun anjing anjing yang beruniform yang sama sama berjamaah pada solat A'sar dan Maghrib pada hari tersebut. Cuma pada waktu Maghrib, saya nampak tidak sampai sepuluh orang polis yang beruniform (antaranya 1 Sarjan, 2 Sarjan Major dan 1 Chief Inspektor yang sahih saya nampak) menunaikan solat, itupun tidak berjamaah dan setelah jemaah lain selesai solat. Sebanyak lebih kurang 10 ke 12 terak yang lain diletakkan di tepi jalan berhadapan Pusat Islam yang di dalamnya terdapat begitu "banyak" (istilah untuk binatang) anjing anjing lain yang sedang "mentekedarah" (melantak, mencekik, makan)dengan lahapnya nasi bungkus subsidi, upah mengganas, mengigit dan mencakar para jemaah Islam tadi. Kebanyakkan anjing anjing kelihatan amat bernafsu sekali melantak makanan percuma namun tidak bernafsu pula untuk sama sama berwuduk dan naik ke masjid, solat, memohon ampun dan hidayah daripada Allah, tuhan semesta alam di atas persekongkolan mereka menzalimi jemaah Islam di petang tadi. Ada yang kelihatan pergi ke tempat wuduk bersebelahan Makam Pahlawan cuma sekadar untuk mencuci tangan dan berkumur sahaja, masyaallah! Maka benarlah golongan ini merupakan anjing anjing ternakan dan bukannya manusia Islam yang berakal, tetapi rupa paras dan tutur kata mereka adalah Melayu Islam, entahlah mungkin juga telah dikebalkankan (immuned) oleh sang ulamak Mid Man daripada menyembah Allah pada hari tersebut, ataupun mereka belum baliqh atau belum Islam, wallahuwa'alam!

Apa yang nyata, pada hari tersebut rakyat yang prihatin "just don't give a damn" terhadap "a show-off arrogance and power" daripada regim Mahathir dan anjing anjing ternakannya, rakyat tidak takut dengan ugutan dan khabar angin serta hasutan propaganda seekor PM yang bacul, tidak bertanggung jawab dan tidak bermaruah itu. Ramai yang kelihatan datang berjemaah pada waktu Maghrib dan ada yang membawa keluarga bersama malah di kereta pula terdapat berbagai bagai pelekat tanda meluat atau menyampah dengan regim Diktator tua bangka itu! Apakah anjing anjing semua itu belum nampak dan dengar kehendak rakyat pada hari tersebut atau sememangnya mereka ini hasil ternakan sang tunggul puaka itu?

Saya beransur selepas jam lapan malam kerana begitu lapar dan kelihatan juga terak terak anjing meninggalkan Masjid Negara kerana mereka akan ke masjid Kampung Baru untuk menyalak dan menggigit jemaah Isyak di sana pula kalau tidak pun untuk berjemaah Isyak bersama sama…pttuiiii!!! Yang tinggal ada lebih kurang 20 ekor anjing anjing biru jantan betina dan dua buah Land Rover berhadapan dengan Pusat Islam. Selepas makan malam, saya pun menuju ke Dataran Merdeka tetapi Jalan Sultan Abd. Samad telah ditutup dan tidak kurang daripada 20 buah terak sarang anjing merah diletakkan ditepi jalan dan bersebelahan Kelab Selangor, road block ke jalan masuk ke kelab Selangor dan merata rata kelihatan anjing anjing berkeliaran, harap harap mereka ini sudah solatlah ye....

Kemudian saya terus ke Kampong Baru, keadaan bersesakan sikit di simpang empat hadapan pusat rawatan Islam/masjid Kg. Baru. Lebih kurang 10 buah terak sarang anjing merah berada di situ dan orang ramai masih lagi berada di tepi tepi jalan dan beberapa kumpulan kanak kanak dan remaja juga sedang duduk lepak lepak bersebelahan tembok pagar masjid. Anjing anjing merah dengan lagak wira Mahathir pun apa lagi penuh jalanlah memperagakan uniform subsidi mereka, perasan segak lah agaknya, kan? Citttttt…..! Pendek kata penuhlah segenap KL malam itu dengan anjing anjing peliharaan Mahathir, bangga kononnya mereka berupaya mematahkan huru hara yang dikhayalkan oleh Mahathir, padahal yang sebenarnya anjing anjing dan Siput Babi itu semua sedang ditertawakan oleh segenap rakyat kerana sifat bodoh sombong, mereka telah diperkudakan oleh tunggul puaka Mahathir dan kuncu kuncunya yang begitu GELISAH dengan kebangkitan rakyat.

Tetapi, melalui media ma#sa, digembar gemburkanlah perhimpunan GELITA 14 itu kononnya gagal dan sebagainya. Temuramah RTM yang disiarkan melalui Berita TV1 pada malam 13 April terhadap beberapa mat lepak depan SOGO sebenarnya dirakamkan pada petang hari Rabu 12 April. Mat lepak itu memang telahpun diajar terlebih dahulu oleh wartawan wanita yang menemu ramahnya, mengapa tidak ditemu ramah saya yang kebetulan berada berdekatan pada petang itu, PAStinya baru mendapat cetusan rasa orang awam yang sebenarnya! Ini tidak, diajar pula kepada mat lepak itu apa yang perlu dikatakan, kepada RTM adalah lebih baik lain kali pergi sahaja ke Batu Caves, banyak patung dan berhala yang sanggup ditemu ramah serupa itu.

Seperti yang telah dikatakan oleh segenap lapisan rakyat yang prihatin dan berakal bahawa Mahathir perlu didakwa kerana dialah yang mula menyebarkan khabar khabar angin, memfitnah rakyat dan membohongi seluruh negara tentang rusuhan, kekacauan dan huru hara pada hari itu, namun sikap media ma#sa yang telah digenggam "manhood"nya oleh Mahathir, terus terusanlah dengan putar belit dan propaganda murahan mereka, oleh itu kepada seluruh rakyat, kita teruskan boikot media ma#sa yang hipokrit dan bacul ini! Bak kata Dr. Firdaus Abdullah (VC HEM, UM), "ranking untuk media di Bolehland ini cuma sekadar 5-6/10 sahajalah!" Itu ranking daripada dia yang pada saya adalah keterlaluan, kalau daripada rakyat, 0.5 pun belum tentu dapat, kerana perkara benar yang mampu dimuatkan di dalam akhbar Bolehland hanyalah keputusan judi nombor ekor sahaja, itu pun sudah tidak releven di Kelantan dan Terengganu, berita lain hanyalah dusta, firnah, putar belit dan dongeng semata mata. Kalau dalam bab Agama seperti ruangan si laknat Astora Jabat langsung tak berguna, serupalah dengan "The Satanic Verse" ciptaan si laknat Salman Rushdie!

Gerangan siapakah pula yang empunya angkara kalau bukan anjing anjing Bukit Aman yang merakamkan kata kata ugutan melalui panggilan panggilan telefon ke rumah rumah masyarakat China di sekitar Kuala Lumpur? Ugutan ugutan melarang mereka keluar rumah pada hari Sabtu 15 April serta ugutan yang berupa penyebaran khabar angin bahawa akan berlaku rusuhan dan huru hara pada hari tersebut? Insiden provokasi dan hasutan ini hendaklah rakyat semua jangan lupa sampai bila bila dan di setiap ketika bahawa ini adalah angkara Mahathir dan kuncu kuncunya yang kian hari kian terdesak dan tersepit oleh musibah yang mereka sendiri mulakan dan undangkan. Adalah berkemungkinan sekali GELITA 14 telah bertukar menjadi GELISAH 14 kepada Mahathir dan juak juak jembalangnya. Kalau tidak, masakan Mahathir telahpun menekan "panic button on the eve of the BLACK 14" dengan penangkapan terhadap pemimpin pemimpin KeADILan dan beberapa siri pengintipan dan penggeledahan yang lain bertujuan mengugut dan menakut nakutkan rakyat, sedangkan perhimpunan atau "the so-called RUSUHAN" belum pun diadakan di ketika itu. Ternyata juak juak ini hanyalah mempunyai semangat kerdil dan langkah sumbang untuk menahan gelombang REFORMASI rakyat. Tiada pilihan, maka diperkudakanlah segala jentera Kerajaan, media ma#sa dan wang negara demi untuk Mahathir terus melapuk di tangga kekuasaan walau dengan apa cara jua pun.

Rakyat mesti mengambil iktibar daripada beberapa kisah sejarah pimpinan di dunia ini, antaranya, Kamal Ataturk, yang juga menindas Islam dan rakyatnya demi untuk memuaskan nafsu rakusnya untuk berkuasa dan diiktiraf oleh Yahudi, Mahathir apa kurangnya? Ataturk mengakhiri hayatnya dengan penuh kehinaan dan kesengsaraan di saat sakaratil maut dan akhir sekali bangkainya ditolak oleh bumi Allah ini. Mahathir pula mungkin lebih istimewa, maklumlah Adi Jagat Dunia Ketiga… uweekkkk!!!

Juga kisah Syah Iran yang pada logiknya cukup handal dan kebal dengan American Connections dan Savaknya, namun kuasa rakyatlah yang menghukumnya untuk mampus di dalam pembuangan sehinanya, malah masih lagi terbayang bangkai bangkai jeneral jeneral Savak yang menjadi alat Syah Iran terlantar disusun di atas simen seumpama bangkai tikus yang makan racun. Begitu juga Caucescue laki bini dengan polis rahsianya yang cukup ganas, akhirnya mampus dan dihumbankan ke longkang seperti anjing kurap laki bini. Paling hampir ialah Marcus yang tiada kurang licik dan zalimnya di dalam berpolitik yang akhirnya mampus di dalam buangan dan bangkainya pun tidak diterima oleh bumi negaranya sendiri. Paling mengerikan ialah Najibullah yang bangkainya tergantung dengan terbeliak biji mata macam ikan kering di pasar. Kesemua itu adalah contoh contoh balasan di dunia yang Allah tunjukkan untuk iktibar para pemimpin yang zalim, taghut, angkuh, rakus dan khianat terhadap diri mereka sendiri, rakyat , negara dan juga Agama!

Insyaallah, "Mahathir, too, will make the numbers and be known in the history, he deserves it and he should earned it!"

Janji janji Allah adalah benar!


ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR WALILLAH HILHAMD!!!


al hakkir illallah,
~ Kubang Pasu.