Laman Webantu   KM2A1: 2337 File Size: 4.2 Kb *



kenyataan MID Man di awal hijrah 1421H
By lela

8/4/2000 8:30 am Sat


sumber : www.parti-pas.org/

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sempena menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1421 “Bersyukur Tanda
Keteguhan Iman” telah dipilih sebagai tema sambutan oleh kerajaan UMNO
Barisan Nasional. Maka diwar-warkanlah oleh kalangan kepala-kepala pimpinan
mereka agar rakyat bersyukur terhadap apa yang dianugerahkan oleh
kerajaan UMNO BN terhadap mereka kerana jika rakyat tak berbuat demikian
bermakna rakyat telah tidak beriman! Juga turut dipropogandakan adalah isu
perpecahan ummah yang kononnya dikaitkan dengan kerja-kerja parti
pembangakang khususnya PAS yang mengakibatkan umat Islam di Malaysia
resah dan berpecah.

Yang paling celupar dan cabul mulutnya sempena 1 Muharam ini tidak lain
adalah Menteri UMNO yang dipertanggungjawabkan terhadap hal-ehwal
agama iaitu Hamid Othman. Sepatutnya beliau sebagai seorang yang
memahami agama melahirkan idea-idea yang bernas bagi mengatasi masalah
perpecahan ummah yang didakwa oleh partinya itu, sebaliknya sempena
tanggal keramat ini beliaulah yang tertonjol menabur fitnah dan pembohongan
kepada rakyat dalam keadaan yang amat jahat dan biadap.

Pertama beliau telah mendakwa bahawa Kerajaan PAS di Trengganu
berdolak-dalik, tidak konsisten dan memperalatkan agama untuk kepentingan
politik apabila mengumumkan penglulusan 8 lesen arak di negeri itu baru-baru
ini. Hamid Othman cuba mengelirukan rakyat dengan mendakwa seolah-olah
Kerajaan PAS Trengganu dengan sewenang-wenang melulus lesen baru arak
sedang dalam waktu yang sama menyalahkan Kerajaan Pusat kerana
menghalalkan arak. Yang nyata Kerajaan PAS sebagaimana di Kelantan
mengawal premis arak dengan cuma membenarkan “consumption” dikalangan
rakyat bukan Islam sahaja dengan pelbagai syarat-syarat sampingan
dikenakan serta ujudnya penguatkuasaan. Kerajaan Pusat bukan hanya gagal
mengelakkan umat Islam dari terjebak ke kancah meminum arak malah
meluluskan lesen-lesen pengilangan arak dengan orang-orang Islam dibenar
bekerja serta memilii saham-sahamnya!

Dan kedua serta yang paling biadap serta pembohongan terbesar adalah
apabila Hamid Othman menyatakan bahawa Kerajaan PAS Trengganu
bercita-cita mendirikan ladang ternak babi yang terbesar di Asia Tenggara
sepbagaimana dipetik dalam akhbar The Star (7/4/2000) mukasurat 6 bawah
tajuk “PAS chided for allowing liquor”:

“Now Trengganu PAS want to build the biggest pig farm in South East Asia”

Dari mana Hamid Othman memperolehi maklumat palsu ini hanya Allah sahaja
yang tahu, namun yang jelas kenyataan ini sungguh jahat dan perlu diberi
perhatian serta diambil tindakan oleh Kerajaan PAS Trengganu. Jika benar
beliau berkata demikian Kerajaan Trengganu perlu mengambil tindakan dengan
meminta Hamid biadap ini memohon maaf secara terbuka ataupun jika enggan
disaman sahaja dimahkamah. Dan jika beliau menafikannya maka akhbar The
Star pula perlu dituntut melakukan perkara yang sama.

Terserlah lah siapakah dia penabur fitnah dan pemecah belah ummah yang
terbesar dan terjahat di alaf ini. Raja-raja Melayu yang prihatin sewajarnya
mengheret Hamid yang cabul ini agar bertanggungjawab terhadap kenyataan
beliau. Manusia seperti inilah yang sebenarnya bertopengkan agama,
kehadirannya cuma akan merugi dan menjahanamkan ummah bukannya
membantu atau menguntungkan. Bijaklah rakyat Sik apabila telah menerajang
keluar beliau dari kerusi Parlimennya. Cuma yang kurang bijak adalah wakil
Kubang Pasu yang telah memungut beliau dan ditabalkan pula sebagai ulamak
jalanan yang tiada kerja lain melainkan menyekat kekuatan dan kebangkitan
Islam dirantau ini dengan fitnah dan kerja-kerja jahat beliau.

Roslan_s@yahoo.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~