Laman Webantu   KM2A1: 2335 File Size: 4.1 Kb *



konsep hijrah N UMNO
By web aNtu

7/4/2000 6:01 am Fri


Konsep hijrah.

Sprt yg kita maklum hijrah bukannya bermakna berpindah tempat fizikal semata2 - malah hijrah yg dimaksud kan ialah meninggalkan segala2 nya kerana Allah. Bukan sahaja kekufuran yg terpaksa ditinggalkan, malah anak bini, harta benda, serta sanak saudara terpaksa ditinggalkan semata2 utk bersama Nabi (saw). DLm Quran sering disebut 3 peringkat perjuangan - Beriman, Berhijrah N Berjihad.

Hanya org yg beriman betul2 saja akan berhijrah. Sebab itu org yg tak yakin kpd undang2 N keadilan Islam tidak akan dapat berhijrah. Org yg lebih sayangkan kuasa, harta benda serta sanak saudara tidak dapat berhijrah. Org yg lebih taat kpd perintah manusia tidak akan dapat berhijrah sebagai org yg taat kpd Allah N RasulNya! Jangan lupa kaum muhajirin ada yg sehelai sepinggang berhijrah padahal antara mereka ada yg kaya raya N ramai saudara2 di Mekah.

Peringkat jihad adalah peringkat terakhir dlm perjuangan. Kalau hijrah sekadar berkorban kasih N sayang kpd kebendaan N persaudaraan, jihad pula membuktikan pengorbanan yg lebih besar - iaitu diri/nyawa kita sendiri.

UMNO:

Hari2 yg berlalu kita semakin dekat menghampiri maut. Cabaran demi cabaran dilalui tetapi pengundi2 masih tak sedar diri. Dulu masjid2 hidup tetapi kini ianya sepi. Di luar sana anak2 melayu begitu ramai sudah murtad - samada secara langsung atau pun secara tidak langsung. Di sekolah2, sudah muncul gejala gangster, seks bebas, merokok, kaki karaoke, kaki lepak dll yg semakin parah N tidak terkawal lagi. Kalau dulu murid takut N hormat kpd guru, kini guru yg takut kpd murid! Seperti biasa UMNO tidak akan dapat mengakui kesilapan dirinya sendiri - yg sentiasa silap ialah org lain - rakyat! Inilah dia martabat org melayu - makin tinggi ke atau makin runtuh?

UMNO tiba2 cuba menyalahkan org lain pula. Beberapa hari kebelakangan ini Astro diserang bertubi2. Jangan lupa Astro ini Firaun punye gang juga! Jangan lupa majalah2 bersepah yg mendedahkan budaya keruntuhan ini dicetak oleh gang Firaun ini juga. Dan jangan lupa pesta arak Bangsar depan masjid itu di endorse oleh org umno juga. Pasal sambutan tahun baru tak payah lah cerita - bukan saja arak yg masuk tekak, tangan pun masuk dlm baju pasangan. Tidak cukup dgn itu, ada spice girl N rod stewart sebagai role model betul2 di bulan puasa! Inilah hijrah ala umno - Hancur!

Apabila org melayu menolak UMNO - umno menjerit pula kpd raja. UMNO lah yg membuang sampah di depan rumah2 kita - tiba2 raja pula yg disuruh membuangnya!

Kalau ikut pesan org tua2 - kalau tak nak rumah busuk - buang sampah dlm rumah seberapa segera. Sampah2 mendatangkan penyakit bukan sahaja kpd kita tetapi kepada jiran2 kita. Masalah UMNO hari ini ia bukannya nak mengutip N membuang sampah2 ini - tapi ia sendiri yg datang melonggokkan sampah di depan rumah kita!

Sebab itulah dlm perjuangan ini kita semua mestilah bersedia dgn 'alat2' yg khusus utk menangani sampah sarap seperti ini. Ia mungkin datang dari lori, atau menjelma di longkang2 yg ngeri, atau berupa amonia dlm paip besi. Selagi kita tidak membuang N memantau sampah2 ini selagi itulah penyakit N kuman akan menyerang anak N bini kita. Selalunya org yg sakit akan lemah N org yg sihat yg akan kuat. UMNO mahu kita sentiasa lemah N sakit - sebab itu ia selalu membuang sampah2 ini melalui TV, radio N suratkabar keparat2 itu. Kilang2 sampah seperti ini perlu kita perangi supaya semua terselamat daripada bahaya penyakit masyarakat kini. Malangnya pengundi sanggang bukan sahaja mengundang kilang2 ini - malah membiarkannya bermaharaja lela walaupun MB nya sudah terang2 beraksi lucah di hadapan mereka.

Jika pemimpin UMNO tidak malu dgn aksi lucah MB yg terang2 sebegini, jangan diharap UMNO akan malu utk aksi2 yg lebih teruk lagi. Jangan lupa minggu ini ada isteri org UMNO dibunuh kan? Salah siapa semua ini - rakyat lagi ke atau umno itu sendiri?

Sekian N Selamat Berjuang!!