Laman Webantu   KM2A1: 2327 File Size: 3.6 Kb *



ayam oh ayam - analisa ayam
By web aNtu

30/3/2000 9:48 am Thu


Bila sebut pasal ayam ini teringat pulak lagu sindir ayam. Ayam menjadi simbol
sindiran - bukan sahaja bahagian2 tertentu ayam dianggap bahaya (byk hormon?),
malah ayam juga digunakan sebagai kekata sindiran seperti cakar ayam,
rabun ayam, kaki ayam. Selain itu pepatah kais pagi makan pagi etc juga
diambil utk mengingatkan nasib seekor ayam.... Sungguh popular ayam2 malaysia,
sampai satu ketika harganya melambung gila-gila sampai menteri malu kerana
tak boleh mengawal telatah pembiak ayam2 N pemakan ini!

Pengundi Sanggang perlu membuktikan kpd dunia adakah mereka betul2 orang ataupun ayam. Memang sedih jadi ayam, kerana rakan ayam sprt burung boleh terbang manakala si itek pula boleh berenang. Menyedari hakikat ini, kroni keparat apa lagi - bela ayam utk disembelih N dijual buat membina keuntungan. Masalah hari ini pemimpin UMNO sendiri lebih ayam dari ayam... aksi lucah pemimpin mereka pun mereka nak pertahankan lagi. Kalau umno masih tidak mahu untuk mengaku satu kesilapan sebegini apakah umno akan mengaku kpd kesilapan2 lain yg lebih besar? Inilah fenomena umno hari ini - sebab itu per0g0l Melaka merasa dirinya bersih walaupun hasil yg muncul mempunyai iras wajah beliau. Sampai kini peguam negara masih buat2 buta - padahal DNAnya segar N bernyawa! Peguam negara nampaknya lebih berminat kpd dna2 yg dah kering berzaman2 yg disapukan kpd tilam yg malang.

Bagi seorang mukmin kesilapan menimbulkan keinsafan N pengajaran. Kita membuat silap kerana kita kurang jelas (rabun ayam?) atau kurang sedar (tidur ayam?) atau kurang diajar (kaki ayam?) atau memang tak boleh diajar (ayam tua?). Masalahnya keparat2 umno ini tidak pernah merasa tersilap kerana tidak ada rakan mereka yg berani mengatakannya silap. Ditambah pula dgn menganggap org lain pula yg sentiasa silap - maka sampai bila pun umno tidak akan dapat membaiki kesilapan. UMNO bukannya hendak menjawab fakta2 N ulasan2 dlm Harakah dgn hujah tetapi UMNO menjawab dgn tuduhan bukan2 N menampal label2 fitnah. Akhir sekali UMNO menjawab dgn menggunakan kekuasaan - menghadkan penerbitan! Tingkah laku UMNO umpama org yg nak berlawan, tapi oleh kerana lawannya pandai dan cerdik, ia mahu undang2 ditukar supaya lawannya tidak boleh berlatih 2 kali seminggu - hanya dua kali sebulan sahaja! Apabila ini berlaku ayam akan tetap menjadi ayam2 dungu dan tidak akan dapat terbang - sebab itu dari dulu, kini N selamanya ayam2 macam ini menemui nasib dihujung pisau sembelihan!

Sudah tiba masanya utk ayam2 ini terbang kerana ayam memang mempunyai sayap! Kalau binatang lain mungkin kita boleh maafkan kerana tak bersayap - tapi ayam memang ada sayap. Selagi ayam tidak belajar terbang, selagi itulah sayapnya hanya menjadi hiasan. Terbang rendah pun tak apa - asalkan terbang - maklum sajalah ada byk duri dijalanan..... Jika ayam2 mula belajar terbang, mereka akan sukar ditangkap utk disembelih N dicincang serta direbus menjadi tomyam ... sebaliknya mereka akan dapat hidup dlm kebebasan.

Berbalik kpd manusia - kita semua mempunyai aqal N fikiran. Ada yg kepalanya saiz besar N ada yg saiz kecil. Yg penting bukan saiz kepala - tetapi isi dlm kepala! Yg penting bukan paras rupa tetapi tingkah laku kita. Ada org yg botak tapi otaknya entah kemana... umpama ayam bersayap tapi tak boleh terbang. Tapi percayalah - kalau pisau yg tumbul akan menjadi tajam jika diasah-asahkan - inikan pula manusia.....

Sekian N Selamat Berjuang!!