Laman Webantu   KM2A1: 2326 File Size: 10.0 Kb *



Sanggang: Ayam Jaguh atau Ayam Daging?
By Kubang Pasu

30/3/2000 2:42 am Thu




a#salamualaikum wr wbth,

Rakan rakan seperjuangan dan seiman sekelian juga kepada para pejuang di 'front line' (Sanggang), semoga diberkati Allah dalam segala usaha kita untuk menegakkan yang HAK di hadapan pemerintah yang zalim.

'April Fool' adalah perlu diingati oleh ummat Islam sejagat sebagai satu peristiwa persendaan dan pengainayaan yang terhina sekali terhadap masyarakat Islam oleh golongan kuffar Nasrani semasa di Sepanyol dahulu. Sebuah peristiwa kekejaman yang tidak berperi kemanusiaan bilamana masyarakat Islam ketika itu telah diperdayakan oleh kaum Nasrani untuk keluar daripada rumah rumah mereka supaya pergi ke pelabuhan untuk menaiki kapal berpindah ke suatu penempatan yang lain, helah yang memerangkap kaum Islam tersebut di mana setibanya mereka di pelabuhan kesemua kapal kapal itu telah pun dibakar oleh puak puak Nasrani. Lalu mereka pun kembali semula ke perkampungan mereka dan mendapatinya juga telah dibakar serta diserang hendap dan terjadilah pembunuhan beramai ramai ummat Islam, kecil besar lelaki perempuan oleh puak puak musyrikin tersebut. Maka peristiwa yang berlaku pada 1 April itupun dijadikan satu tarikh untuk memperingati kejayaan mereka 'fooling' ummat ummat Islam pada ketika itu.

Maka dengan penuh kealpaan, pak turut dan kedangkalan ilmu maka ianya turut disambut dengan penuh buta tuli oleh sebilangan besar ummat Islam di seluruh dunia, terutamanya di Bolehland ini. Kononnya dengan sambutan dan segala ‘fooling’ itu mertabat Bangsa (ciss!!) mencapai taraf dunia, inilah slogan keramat Pemerintah Bolehland hari ini....pttuuiii! Inilah antara dakyah Yahudi yang dipopularkan oleh Parti Kebangsatan milik Mahathir, iaitu menghapuskan Islam, menindas rakyat dan mengkhianati negara.

Perlu kita ambil perhatian walaupun sokongan orang orang Melayu terhadap parti Kebangsatan kian susut namun untuk mencapai satu kemenangan di Sanggang adalah satu perjuangan yang penuh berliku dan berduri. Liku dan duri yang terdiri daripada jentera Kerajaan yang telah reput dan jijik yang merupakan musuh dalam selimut terhadap rakyat jelata sendiri. Golongan ini terdiri daripada SB PDRM, risik tentera, Kemas, Penerangan, Jabatan Agama, SPR dan berbagai lagi. Sungguhpun bukannya 100% anggota badan badan berkenaan terlibat secara langsung, tetapi hakikatnya Boss Boss mereka telah dicucuk hidung, terjerat dan termakan umpan yang disumbat oleh Mahathir dan kuncu kuncunya. Ini diperakui sendiri oleh seorang elite UMNO yang bergelar Datuk dan mempunyai masa depan politik yang cerah kalau terus menerus bersedia menjadi pencacai Mahathir, kami berkesempatan berbincang mengenai isu isu semasa sebelum 'Idul Adha baru lalu. Sesungguhnya mereka tidak dapat berhujjah kerana mereka berpandukan Mahathir sedangkan kita berpandukan Al Qur'an dan Hadis.

Dengan itu para para petugas peti undi, pemerhati dan sebagainya bagi pihak BA perlu menyediakan segala 'contigency plan' untuk menghadapi barisan pengkhianat tersebut kerana pada Mahathir 'he never gives a damn to the Muslims, Islam, country, Malays' , nak mampus ke, nak hancur ke, nak murtad ke, itu tidak penting, yang penting, rasa angkuh, taghut dan gila kuasanya itu yang penting. Dengan itu dia mempunyai 1001 muslihat di celah kangkangnya untuk digunakan. BERWASPADALAH saudara saudaraku di Sanggang sekelian.

Berhati hatilah dengan kemungkinan berlakunya 'blackout' di pusat pusat pengiraan undi dan pergaduhan pergaduhan yang dilakunkan oleh SB sesama mereka untuk provokasi terhadap penyokong penyokong Alternatif. Ini antara rancangan yang sedang diaturkan oleh Parti Kebangsatan untuk membuktikan kekuasaan mereka. Jangan kita menganggap ini semua perkara remeh, kita mesti lebih pro-aktif dan mesti melihat segala tektik jijik dan kotor Parti Kebangsatan dari segenap sudut. Sudah tentunya 99 undi pos telah diberikan percuma kepada BN oleh polis polis di Mentakab, itu sudah PASti. Nak kita harapkan SPR, kumpulan ini lebih merupakan jembalang yang bertuankan Mahathir, puak puak SB pula merupakan parasit perosak yang hinggap di sana sini untuk menggugut, menggertak dan mengintip rakyat bagi pihak Mahathir, Kemas merupakan kerbau bajak untuk meraih simpati pengundi terhadap BN, Jabatan Agama pula hanyalah sekadar baja sabsidi yang digunakan untuk menyuburkan parti Kebangsatan sahaja dan sudah tentu Penerangan dan media pula sebagai anjing hutan yang kuat menyalak mengeluarkan dakyah dan propaganda palsu Mahathir. Sekiranya terdaya, semua tungau tungau jijik ini perlu di 'neutralise'kan agar tidak sampai kepada sasaran mereka iaitu para pengundi, terutama yang tua, yang kurang bermaklumat dan yang kurang cerdik (macam UMNO totok) serta para pengundi yang bukan Islam.

Implikasi kejayaan PAS dan BA di Sanggang kali ini amat besar serta memungkinkan parti Kebangsatan cukup gerun, cuak dan panik kerana bertambahlah jelas bahawa Mahathir, UMNO dan BN sudah reput, jijik dan sekadar 'toilet bowl materials' cuma. Sudah PAStinya 'the first neck to be on the chopping board' ialah si Adnan Samseng yang memberikan undi bonus untuk BA pada hari penamaan calun lalu atau beliau sengaja nak sabotaj Mahathir ke ? Bukannya boleh dipakai kepala biul pemimpin pemimpin parti Kebangsatan sekarang ini ! Patut pun tidak nampak kelibat Adnan langsung sejak daripada hari itu, apa, sudah kena 'last warning' daripada Mahadewata agaknya si samseng Pahang ini?

Insyaallah, andainya PAS dan BA berjaya di Sanggang tidak mustahil akan ada lagi pilihanraya kecil di mana mana jua kawasan yang wakil BNnya sudah tidak lagi merelakan diri mereka dijadikan alat oleh Mahathir untuk mencemarkan Agama suci Islam dan berterusan mengkhianati bangsa Melayu, kerana di kawasan kawasan yang dikuasai BN kebanyakkannya memperolehi majoriti yang cuma cukup makan sahaja, itupun melalui undi hantu dan undi pos hatta di kawasan parlimen Kubang PASu sekalipun ! Ini yang amat menghantui Mahathir, tentu sahaja harapannya jangan ada lagi pilihanraya kecil, samada wakilnya mati atau lompat katak kerana Mahathir amat takutkan tewas di satu pilihanraya kecil satu demi satu.

Akan tetapi ditakdirkan BN memenanginya lagi (dengan 1001 penipuan), maka Sanggang hanya sekadar menjadi ayam daging, yang dibelai, disumbat makanan sebanyak mungkin, tembolok membuyung tetapi akhirnya dihumban ke pasar, disembelih, diselinap, direbus, dicincang, diratah buat hidangan para pemimpin UMNO yang rakus itu. Bersuka riang rialah para pemilih BN menyanjung dan memuliakan makhluk munafiq yang biadap terhadap Allah, makhluk yang 'perasan' dirinya lebih hebat daripada Rasulallah SAW, makhluk yang sentiasa memusuhi alim ulamak, makhluk yang sudah 'fed up' dengan ajaran Agama Islam dan makhluk yang bernama Mahathir a.k.a Mahafiraun, Presiden (Bacul) Parti Kebangsatan UMNO, Presiden Republik Bolehland, laki Siti Hasmah, papa Rahim TC dan bapa Mirzan.

BUKANlah ditakrifkan orang orang UMNO itu kafir, tetapi yang jelas kepada kita ialah UMNO atau parti Kebangsatan itu adalah BUKANnya parti Islam diulangi BUKANNYA PARTI ISLAM, apatah lagi untuk menegakkan dan memperjuangkan Islam, bahkan para pemimpin UMNO jantan betina hanya sering mempersendakan Islam sahaja dan digunakan juga MCA dan MIC untuk mencela Islam, meremehkan junjungan besar Rasulallah SAW dan menzalimi ummat Islam semata mata, sedangkan ulama ulama UMNO pula diam membatu, menjadi buta, pekak dan bisu dengan tiba tiba. Sudah lupakah kita apa yang telah Mahathir berkali kali ucapkan terhadap tuntutan aurat kaum muslimat, mempertikaikan hukum hukum hudud, Al Qur'an yang perlu ditafsirkan semula, sunnah Rasulallah SAW, kesangsian terhadap ayat ayat Al Qur'an dalam perubatan, penghinaan para alim ulama sebagai pewaris nabi nabi dan laknat yang terbesar untuknya ialah tatkala memperolokkan Al Qur'an dengan 'mentafsir-sesatkan' perkataan 'AAMANU' sebagai perkataan UMNO (alif, mim, nun, wau) yang disebutkan di dalam Kalaamullah tersebut. Kemudian disambut pula oleh bakal Timbalan Presidennya yang mengatakan 'Apa guna Islam kalau negara mundur !'

Apakah ini semua tidak menjadi bahan pemangkin untuk meledakkan semangat semua ummat Muhammad SAW yang mengaku Islam, yang telah BERSAKSIKAN bahawa TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH untuk bangkit, buka mata, pedih telinga, berjuang dan kalau perlu titisan darah serta nyawa menjadi pertaruhannya. Sanggupkah kita buktikan persaksian kita itu seperti saudara saudara kita di Kosovo, Bosnia, Kashmir, Pattani, Acheh, Palestin, Afghanistan, Mindanao dan Chechya ? Kalau pengorbanan yang sedikit iaitu hanya untuk MEMANGKAH dan MEMILIH Islam pun kita tak sanggup, jangan diharapkan langsung untuk dipilih pula oleh Allah berbaris di dalam saf yang diketuai oleh Syaidina Hamzah di akhirat nanti.

Kini...,kita semua ummat Islam di negara ini, bangunlah untuk menulis semula sejarah sambutan 'April Fool' di Bolehland ini, melalui ummat Islam di Sanggang, jadilah ayam jaguh, pertahankan kedaulatan Islam dan ayuh kalian semua bertekadlah untuk bergelar perintis kepada satu perjalanan untuk kembali memertabadkan HAK HAK Allah ke tempatnya dan Islam sebagai panduan hidup, amalan bermasyarakat dan perlembagaan negara. Jangan persia siakan peluang yang julung kalinya ini yang Allah takdirkan sebagai ujian ke atas kalian untuk membuktikan bahawa yang HAK mampu menumpaskan yang BATHIL walau apa sahaja tipu muslihat yang mereka ada adakan. Tuliskan sejarah 'April Fool' di alaf baru ini di Sanggang sebagai 'a fooling day' untuk golongan kuffar, munafiq, BN, UMNO dan Mahathir, agar di tahun tahun yang akan datang dapatlah juga kita semua meraikan 'April Fool' dengan erti kata yang sebenarnya lebih bermakna lagi. Panggang BN dan UMNO Mahathir di Sanggang untuk selama lamanya kali ini!


ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR WALILLAH HILHAMD!!!

al-hakkir illallah,
~ Kubang Pasu.