Laman Webantu   KM2A1: 2321 File Size: 3.7 Kb *



Re: UMNO: memang bangsat
By web aNtu

26/3/2000 10:50 am Sun


Terlebih dahulu mohon maaf kerana lama tak aktif di forum kerana kena
kerja 'berat' sikit. Tapi jangan risau, saya sentiasa memerhatikan laman ini - cuma tak/kurang posting aje dua tiga minggu yg akan datang ni...

Bagi saya umno umpama kilang membuat robot aje. Semua robot akan keluar N bertindak sprt yg telah diprogramkan. Kalau ada mana2 robot yg cuba pikir sendiri, mereka akan cabut bateri supaya robot tersebut tak boleh hidup. UMNO juga risau akan kehadiran ramai 'programmer2' diluar sana tu - terutamanya di internet yg bisa menterbalikkan kelakuan robot2 mereka dgn tulisan2 N ukiran2 berfakta serta right on target. Untuk itu sumber2 program2 ini dikepung supaya tidak dapat mengeluarkan program2 sepanjang masa - hanya dua kali sebulan sahaja kalau "hard copy". Untuk yg tidak dapat dikawal kerana MSC, umno mengeluarkan sendiri e-umno pula. Pasal laman e-umno ni, saya malas nak komen - biarkan e-umno hidup segan, mati tak mahu. Saya ada terbaca komen teknikal terhadap e-umno - bagi saya ini tak perlu. Lagipun buat apa highlight kelemahan laman mereka (technically) kerana mereka akan improve nanti. Let them die in sickness...

Bagi yg selalu ke masjid, umno mahu memastikan isu2 yg melemahkan umno tidak dibicarakan - termasuk isu penting menuduh seseorg hamba Allah melakukan kesalahan tanpa saksi2 adil atau tanpa mengikut syarii. UMNO mahu masjid ikut umno - N bukannya umno yg ikut masjid! UMNO mahu ustaz yg ikut umno, bukan umno yg ikut ustaz. Utk raja pula, umno mahu raja ikut umno N bukan umno ikut raja. UMNO hanya ikut raja yg ikut UMNO saje. Begitulah teruknya umno - menghadapi kekalahan dlm kemenangan - sampai klinik panel swasta N bank pula nak di 'black list' pula. Bagi umno org lain sentiasa silap, umno saja yg betul. Sebab itu bila MB nya berkelakuan lucah, org lain pul nak dipersalahkan. Soalnya - boleh ke jawab macam ni dalam kubur nanti? Malaikat nanti boleh 'consider' ke? Kalau mahkamah kanggaro bolehland boleh lah - tapi mahkamah super adil nanti kiss goodbye aje lah - you are alone N on yr own completely!

Ali Rustam yg baru jadi MB nampaknya bermain dendam dgn rakyat. Kalau negeri mat salleh, mb macam ni dah lama kena 'tembak' oleh suratkabar2. Mungkin AlI Rustam merasa dia berhak kerana dia berkuasa - tapi macam mana kalau klinik2 swasta ini pula menggunakan kekuasaan masing2 sebagai protest. Apa macam kalau sapa2 penyokong2 UMNO yg sakit teruk tidak dilayan oleh klinik2 ini? Kalau lah ditakdirkan Melaka terkena satu wabak teruk, semua yg sakit terpaksa cari klinik yg 'white list' nanti - tapi sempat ke? Silap2 kojol tengah jalan! Klinik2 black list boleh membuat alasan - sebab penyokong2 umno lah mereka kena blacklist - oleh itu klinik2 mereka utk penyokong BA sahaja! Jangan lupa - setiap doktor berhak utk tidak merawat pesakit selagi pesakit tidak berada di dalam premis beliau!!!

Oleh itu Ali Rustam jangan nak main2 dgn power - lagipun lebih ramai org datang jumpa doktor dari org datang jumpa MB! Doktor boleh merawat org sakit, tapi Ali Rustam bukannya nak merawat org sakit, tapi nak membunuh semua doktor2! Percayalah Ali Rustam - jika semua doktor mati, semua pesakit pun akan mati nanti. Jangan nak diharap kepada doktor2 white list - kerana kita semua sudah biasa dgn setengah doktor2 macam ni - sengaja bagi macam2 ubat yg tak relevan supaya bilnya tinggi.

Sebab itu ramai org selalu cakap - membunuh seorang doktor yg baik adalah umpama membunuh beribu2 pesakit.

Sekian N Selamat Berjuang!!