Laman Webantu   KM2A1: 2318 File Size: 10.5 Kb *



UMNO: Celupar lagi Kurang Ajar
By Kubang Pasu

23/3/2000 9:20 pm Thu



a#salamualaikum wr wbth,

Teman teman seiman dan seperjuangan sekelian,

JANJI JANJI ALLAH ADALAH BENAR. Begitulah yang telah dijelaskan di dalam Al Quran kitab junjungan dan panduan untuk seluruh manusia di muka bumi ini. Janji janji Allah mengenai syurga, neraka, azab kubur, kesejahteraan dan sebagainya adalah benar. Begitu juga dengan pertolonganNya yang tidak di sangka sangka terhadap hamba hambaNya yang bersabar, beriman, beristiqomah, bertawakkal dan dizalimi.

Di dalam keadaan ketaksuban yang melampau pengikut pengikut Parti Kebangsatan, di dalam keangkuhan melampau pemimpin Parti Kebangsatan dan di dalam kefasikan yang ekstrim Mahafiraun lalu ditakdirkan Allah seekor haiwan jijik, pemimpin Parti Kebangsatan Pahang entah secara kebinatangan menunjukkan perangai binatangnnya di hadapan ribuan rakyat lelaki dan perempuan dengan satu perbuatan lucah yang cukup kurang ajar dan memalukan semua lapisan manusia.

Inilah tandanya bahawa kesemua, diulangi KESEMUA pimpinan Parti Kebangsatan UMNO sememangnya biadap, kurang ajar dan celupar baik yang jantan mahupun yang betinanya. Sifat sifat HIPOKRIT dan MUNAFIQ mereka telah mereka sendiri tunjukkan secara terang terangan kini. Nyatalah bahawa segala tindakan, sikap, sifat dan akhlak pemimpin pemimpin Parti Kebangsatan sekarang lebih menjuruskan sifat sifat KEBINATANGAN, malah lebih hina daripada itu. Apakah kesemua haiwan haiwan ternakan di dalam Parti Kebangsatan masih buta tuli lagi ke? Betullah seperti senikata lagu Pak Pandir;
"Rela jadi tunggul , rela jadi patung, rela jadi batu. Ada mata pejam, ada telinga pekak, ada mulut diam. Ada otak buang, ada maruah campak, ada kaki goyang. Ampulah aku, pujilah aku, pilihlah aku, senang hidupmu!"

Ini agaknya yang menjadi siulan dan wirid pimpinan atasan Parti Kebangsatan kalau pun masih belum dimasukkan ke dalam Perlembagaannya.

Di manakah wadah perjuangan untuk Islam yang sering mereka laung laungkan itu? Itu hanyalah bunyi tin tin kosong belaka. Pada mereka Islam hanyalah liability, leceh, kuno dan excess baggage semata mata, inilah hakikatnya yang sebenar, terutama sekali kepada Mahathir.

Lihat sahajalah riak wajah pengampu pengampu Adnan Samseng di kelilingnya ketika binatang itu menunjukkan aksi kebinatangannya, mereka ketawa melopong, geli hati, syoknya hinggakan sepet biji mata macam babi tunggal. Tetapi adakah gambar gambar yang benar lagi membenarkan itu tersiar di dalam mana mana saluran TV atau akhbar akhbar pengampu dan pemfitnah, yang kononnya mengamalkan prinsip dan etika kewartawanan secara professional. Jauh sekalilah komen komen daripada Menteri Menteri Kerajaan, ulama ulama cari makan dan wakil wakil Pos BN. Berbanding dengan tindakan dan kezaliman yang dikenakan terhadap Harakah, walaupun akhbar itu melaporkan yang benar semata mata benar namun dilanyak dan dibelasah sepuas nafsu mereka. Insyaallah diharapkan agar Harakah keluaran terbaharu menyiarkan gambar aksi Adnan binatang samseng ini di muka depan supaya dapatlah juga Menteri Dalam Negeri si Dollah Ba-B mengambil tindakan mengharamkan langsung Harakah pula kali ini!

Fenomena "trying to be the best" di antara pemimpin pemimpin Parti Kebangsatan kini semakin ketara membiak seumpama virus AIDS atau JE, kononnya agar dapat menambat hati sang Mahafiraun untuk merebut pangkat dalam parti atau bebas melakukan apa sahaja jenayah di dalam negara Bolehland ini, kerana umum telah pun mengetahui bahawa barang siapa yang paling disayangi oleh Mahafiraun, mereka itu adalah "above the law dan ada immunity" di dalam Bolehland. Justeru Adnan Samseng pun sudah berani menunjukkan bontotnya (bermaksud liwat) dan tangan kanan menghentak tangan kiri (bermaksud fu****g) di hadapan khalayak ramai dan umum juga amat terkilan kerana tidak seekor pun pemimpin pemimpin Bolehland yang kononnya bermaruah memberikan sebarang reaksi, jauh sekali untuk menegur perbuatan lucah tersebut. Apa komen Rafidah Aziz, Sharizat, Hamid Othman, Rais Yatim dan Dollah Ba-B, kesemuanya diam tuli buta macam tunggul dan patung! Dulu, kini dan selamanya.....TUNGGUL !

Dimulai dengan Shahidan, budaya kurang ajar ini dilakukannya ketika pilihanraya kecil Arau di mana beberapa orang kanak kanak Islam telah diludahinya kerana mereka ini mengibarkan bendera PAS ketika beliau melawat kawasan Arau, seterusnya dengan biadap memecat beberapa orang Imam di Perlis yang kononnya membaca khutbah yang tidak diiktiraf oleh Parti Kebangsatan.

Di Kedah pula MB dungunya Syed Razak telah mengarahkan bahagiannya sendiri iaitu Kubang Rotan agar membayar kesemua yuran ahli ahli sendiri dan buat minit mesyuarat sendriri walaupun tidak ada korum, mengarahkan bahagian bahagian agar mencalunkan Mahathir sebagai Mahafiraun seumur hayat. Terbaru ialah ulama perut Fadzil Hanafi bekas ustaz RTM yang kerap kali "fumble" ketika bersoal jawab Agama di Radio, telah naik tocang setelah dipilih menjadi wakil Pos DUN Tanjong Seri baru baru ini. Beliau begitu sibuk untuk mengilap asam boi Bossnya hingga sanggup menjadi dalang di dalam penzaliman terhadap guru guru agama di sekitar Kota Setar, antaranya warden asrama Sekolah Menengah Agama Kedah, Mergong, yang dipaksa bertukar serta merta dan keluar daripada quartersnya. Ditambah pula dengan isterinya, seorang ustazah yang perasan di Sekolah Men. Datok Syed Omar di mana dengan angkuhnya mengatakan bahawa beliau mempunyai 3 pilihan sekolah untuk mengajar di mana mana sahaja di suka, maka ustazah yang bertugas di SMDSO itulah yang menjadi mangsanya dan ditukar serta merta ke sekolah yang lain untuk membolehkan bini YB (Yang Bangsat) wakil Pos ini masuk ke situ. Di SMDSO jadilah sang bini ini seperti Gestapo yang melaporkan segala aktiviti aktiviti Islam kepada sang laki wakil Pos.

Di Perak sudah pun termasyhur bahawa MBnya hanyalah berkhidmat semata mata untuk Mahafiraun, bukannya untuk rakyat apatah lagi untuk Allah Subhanahuwata’ala. Sia sialah dia berikrar di dalam doa Iftitah ketika solatnya 5 kali sehari semalam bahawasanya untuk Allah lah segala galanya. Tajul, Tajul, bapa dulu pun sikit punya kuat ke kedarah rasuah, kini anak pula yang menyambungkan warisannya!

Di Selangor apa kurangnya dengan si Tok Uban yang telahpun menghantar wakil wakil dan jurujualnya ke seluruh negara untuk promosi dirinya ke jawatan VP Parti Kebangsatan to neutralize Mike Tyson, berapa juta dah di songlap wang rakyat Selangor untuk tujian ini Tok Uban, 5 juta ke 10 juta?

Isa JE pula dah pun menjanjikan segala galanya kepada perwakilan dari Sabah untuk menaikkan beliau kerana di Semenanjung kerbau pendek macam Isa orang sudah tak lalu lagi. Itupun bukannya sedikit wang rakyat NS yang telah disapu untuk promosi kerbau pendek JE ini.

"A sickening joke" pula bilamana KM Melaka yang celaka Ali Rustam dengan sifat bahlulnya memusuhi semua golongan professional rakyat negeri itu sendiri. Inilah akibatnya memilih orang yang bodoh sombong menjadi ketua. Ali inilah juga orangnya yang menjadi pengedar video lucah yang kononnya video lucah DSAI, beliau membawa dan mengedarkannya di Sarawak ketika merasmikan musabbaqah antara pelabuhan yang ketika itu dia menjadi timbalan Menteri Pengangkutan. Bukti yang terlalu kukuh dan saksinya ada dan dicabar agar Ali Rustam menafikan perkara ini kalau dia bukannya bacul!

Di tempat UMNO asal diperanakkan, orang orang Melayu hanya layak menjadi kuli, pecah rumah , bohsia, kutu jalan, mat lepak dan penagih dadah sahaja tetapi setelah diasyikkan dengan maksiat terus lupa bahawa Parti Kebangsatan hanya memperkudakan mereka di Johor untuk terus berkuasa dan meratah habih harta harta rakyat. Sejak zaman Othman Saat sehinggalah Ghani Othman, kesemua pemimpin negeri adalah kaki sapu dan kaki ampu. Namun orang orang Johor masih berperangai lama yang bangga dengan UMNO, tak sedar bahawa UMNO sekarang adalah bukannya original lagi, UMNO hari ini adalah parti Kebangsatan Mahathir dan kuncu kuncunya, yang original sudah lama hancur dan mampus malah tak sempat nak mengucap lak tu! Tanyalah Musa Hitam dan Sharir Samad.

Dengan segala musibat itupun pemimpin pemimpin Parti Kebangsatan Terengganu masih lagi tak sedar di untung, tak nampak hukum hukum Allah, mereka masih berangan angan nak merampas Terengganu pula dan sanggup menjadi pencacai Mahafiraun. Alangkah baiknya setiap pagi Jumaat singgah sebentar di Rusila dan mengikuti tazkirah YAB Tuan Guru MB, inilah pemimpin yang perlu dicontohi bukannya untuk difitnah dan dimusuhi.

Rais Yatim agaknya hingga sekarang pun masih belum habis habis menjilat kahak dan hingus di tapak kaki Mahathir kerana setiap apa yang keluar dari mulut haiwan dua alam ini makin membusukkan semata mata. Terkini nak menasihatkan Raja Raja supaya campur tangan untuk menyatu padukan rakyat. Sungguhpun Raja Raja Melayu ini ada yang baik dan ada yang lanun, namun mereka bukanlah sebodoh pemimpin Parti Kebangsatan . Mereka lebih arif tentang siapa pendusta yang sebenar, siapa pengkhianat yang sebenar dan siapa Iblis yang sebenar. Bukan sahaja di dalam perpecahan orang orang Melayu, malah di dalam penghinaan terhadap Agama, persendaan terhadap Rasulallah SAW dan pencabulan undang undang negara ini, bapa Iblis sebenar ialah Mahathir sendiri, tak payahlah Rais buat buat bangang dan buat buat tak tahu punca pula. Tak payahlah nak menyeru Raja Raja Melayu, mereka (to whom it may concern) makin sedap dan lali dengan elaun elaun dan sogokan sogokan daripada Parti Kebangsatan selama ini "and to some of them, they don’t give a damn to the Rakyat", ini semua tektik Parti Kebangsatan untuk memesongkan perhatian rakyat agar tidak sangat terus menerus memerhatikan perilaku Mahathir dan Parti Kebangsatan menjelang pilihanraya kecil Sanggang dan pemilihan Parti Kebangsatan Mei nanti. Cerita matilah Rais Yatim, "the same old story like you did before" iaitu " sumpah membakar jambatan!"

Rakyat Sanggang amat bertuah kerana mereka kini berpeluang menunjukkan kepada Mahathir samada orang Melayu ini boleh terus dicucuk hidung dan disula bo***t atau tali gantung bakal mencerut Mahathir dan Parti Kebangsatan. Ayuh anak anak Pahang amnya dan orang orang Sanggang khasnya buktikan kepada dunia bahawa kalian sudah masak, matang dan menjadi pilihan Allah untuk merintis jalan awal bagi mengembalikan HAK HAK Allah pada tempatnya. Dulu, kini dan selamanya hanya untuk Allah!

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR WALILLAHHIL HAMD!!!


alhakkir illallah,
~ Kubang Pasu.