Laman Webantu   KM2A1: 2312 File Size: 12.5 Kb *



UMNO; Bangsat lagi Khianat.
By Kubang Pasu

15/3/2000 10:48 pm Wed


a#salamualaikum wrt wbth,

Ukhuwwah teman seoman dan seperjuangan sekelian, Selamat Hari Raya 'Idul Adha dan semoga ibadat qurban kita semua diterima sebagai yang terbaik di sisi Allah dengan limpah nikmat dan keampunan yang tek terhingga daripadaNya... aaminn.

Di dalam keasyikkan seluruh rakyat negara ini menunggu apakah yang bakal berlaku pada perhimpunan haiwan haiwan ternak dan haiwan haiwan buas di bulan Mei nanti, janganlah pula kita sudah lalai untuk meninjau ninjau apakah ada unsur sandiwara yang sedang direncanakan oleh Mahathir yang juga merupakan seorang pelakun tua airmata, silap silap haribulan menangis terisak isak macam kanak kanak ketagih puting! Manalah tahu, mungkin terdapat satu agenda tersembunyi yang lebih penting yang hendak disimpangkan daripada menjadi isu, lalu to distract the attention diolahnya satu babak yang menyebabkan semua orang tertumpu ke situ. Umpama kita memilih VCD kat kaki lima, belek punya belek tiba tiba ternampak gambar adengan action atau stunt atau ringan ringan di kulitnya, pasti kita pun membelinya walhal keseluruhan ceritanya taklah sehebat mana dan adengan itupun cuma hanya beberapa saat sahaja dan once off pulak tu. So begitu juga Mahathir ini, jangan kita terus mengharapkan sangat apa apa daripada Parti Kebangsatan ini pada bulan Mei nanti, awaslah!

Memandangkan keadaan Mahathir yang seperti anjing tersepit dan amat desperado kini, adalah tidak mustahil Presiden Parti Kebangsatan dan PM Bolehland ini sanggup melakukan apa sahaja demi untuk terus berkuasa selama lamanya. Akan terus diperkosanya segala jentera Kerajaan semahu mahunya dan akan dicantas apa dan sesiapa sahaja yang coming in his way dalam berbagai cara seperti yang sering kedengaran dan mungkin ramai yang sudah lupa beberapa peristiwa misteri ala X-Files yang telah berlaku sebelum kes pengaiban dan penganiayaan DSAI dahulu dalam usaha Mahathir untuk membuat ground works untuk agenda musibat yang telah pun terbukti kini. Kita, sebagai rakyat patutlah memenuhi satu tanggung jawab untuk tidak melupai segala apa sahaja kekejaman dan peranan Mahathir di dalam mengkhianati negara ini lebih lebih lagi kesucian Agama Islam itu sendiri.

Bolehkah kita ruled out peranan Mahathir di dalam segala tragedi tragedi X-Files yang sehingga kini kebanyakkan laporannya amat diragui sekali. Antaranya helikopter Superpuma yang terhempas di Sungai Petani sejurus selepas menghantar DSAI ke Perlis? Daripada sumber TUDM, helikopter itu sedang dalam perjalanan untuk mengisi minyak di pangkalan TUDM Butterworth yang mana sepatutnya dilakukan selepas upacara DSAI di Perlis dan bermakna DSAI akan bersama berada di dalamnya. Kemudiannya kerosakkan brek kereta rasmi TPM, bayangkanlah brek Mercedes S-Cla#s yang tidak lasak yang sentiasa dijaga boleh senang senang rosak, sedangkan Kancil second hand yang berusia 3 tahun pun breknya masih baik. Lepas itu pula tragedi helikopter Augusta yang terhempas di Lipis yang mengorbankan TS Yahya, sebuah helikopter canggih yang terbaharu keluaran sebuah syarikat yang ternama boleh terhempas secara misteri. Kemudiannya pula peristiwa serbuan oleh anjing anjing ganas dari UTK ke rumah DSAI pada 20 Sept. 98 dengan bertujuan untuk membunuh seluruh keluarga dan penyokong DSAI di situ. Tak cukup dengan itu kemudiannya ketika di dalam lokap DSAI dibelasah pula oleh Bapa Anjing Gila bersama beberapa ekor bapa anjing lagi untuk melenyapkan riwayat DSAI. Yang terunggul pula ialah keracunan arsenik yang mendapat liputan meluas akhbar dunia, namun apabila semua jentera Kerajaan hanya terletak di celah kangkang Mahathir, maka laporan perubatan HUKM pun seperti yang sudah dijangkakan walaupun keadaan DSAI di ketika itu tak ubah seperti sawi jeruk dan lobak masin sahaja. Adakah itu semua hanya coincidence semata mata? Terlalu banyak coincidence itulah yang lebih membusukkan lagi kerja kerja Mahathir.

Icing on the cake ialah bilamana beberapa pemimpin daripada BA dan Harakah ditekan melalui beberapa pendakwaan yang tak senonoh sebaik sahaja selepas pilihanraya. Dan di ketika yang sama juga pertuduhan rasuah ke atas bakal ketua betina Parti Kebangsatan digugurkan sama sekali, begitu juga kes Rahim nor yang mungkin esok hanya akan dikenakan denda tak lebih seribu ringgit. Bukankah ini mempertontonkan kepada dunia betapa bangsatnya Rejim Mahathir, dan betapa khianatnya Parti Kebangsatan kepada negara, bangsa dan agamanya sendiri.

Kesemua itu menunjukkan Mahathir boleh merancang apa sahaja dan menggunakan sesiapa sahaja tetapi yang menentukannya adalah Allah Subhanahu wata’ala, seperti yang pernah dikatakan dahulu bahawa tugas untuk mencabut nyawa telah Allah perintahkan kepada malaikat Izrail A’laihissalam sahaja dan sudah tentu tidak layak seekor haiwan ganas seperti Mahathir untuk mengambil alih tugas ini. Walaupun Daim mampu membiayainya, Sanusi mampu mereka cipta surat surat beracun, Megat Joned mampu mengumpulkan saksi sundal dan jalang, Rahim TC mampu menyogok sesiapa sahaja dan Aziz Shamsuddin mampu menjalankan operasinya, namun golongan haiwan ini akan tetap berputih mata berdepan dengan satu kuasa yang menjanjikan bahawa KEBENARAN PASTI MENANG, iaitu pertolongan Allah untuk hamba hambanya yang mensyukuri nikmatNya, meredhoi ujianNya, bersabar terhadap ketentuanNya dan menggeruni ancamanNya.


Betapa bangsatnya mereka, atas gimik Malaysia Boleh, Mahathir mengarahkan pasukan paying terjun ke Kutub Utara dengan menerjunkan sekali kereta Proton, kononnya dengan begitu akan mengharumkan nama negara… bukankah itu satu pendustaan yang amat nyata sekali. Mengharumkan nama kepala bapa dia..!
Itulah kerja bodoh dan sering menjadi bahan lawak antarabangsa. Kalaulah pasukan Malaysia tersebut memandu ke Kutub Utara dengan kereta tersebut adalah juga nilai komersilnya kalau tidak pun untuk mengharumkan nama negara, ini bawa naik kapalterbang dan dihumbankan ke Kutub Utara, tong najis pun boleh diangkut dan dihumbankan ke sana kalau mahu, nak harum nama penama macam tu. Tetapi sang sang bendul di KL pula berebut rebut memuji muja gimik bangang Mahathir setelah berjuta juta wang rakyat dibazirkan. Errr apa betul ke mereka terjun di Kutub Utara bukan pelabuhan Utara, manalah tahu sekarang ini kan zaman ICT, gambar background boleh disuperimposed dan sebagainya. Dah tu nak harumkan lagi nama negara Bolehland dengan nak terjun pula di Kutub Selatan, sungguh harum nama negara seharum kentut Mahathir, maka penerjun negara pun terjunlah di Alor Setar walaupun sasarannya ialah Kuala Lumpur, begitulah angan angan Mat Jenin Mahathir yang cukup anggkuh dan bongkak yang akhirnya tertipu oleh Russia akibat kedunguan sendiri.

Dalam ilmu pelayaran pula kita diajar supaya tahu routeing yang hendak dikuti pada musim musim dan waktu waktu tertentu samada untuk memilih Great Circle ke, Mercator ke, Plain Sailing dan sebagainya. Melihatkan routeing Jalur Gemilang itu seseorang professional mariner tidak akan merasa apa apa istimewanya pencapaian itu tambahan pula Jalur Gemilang telah dilengkapi dengan segala jenis peralatan canggih komunikasi, satellite navigator, weather monitoring dan sebagainya. Dengan routeing yang betul dan segala kelengkapan yang ada sepatutnya tiang layar tidak boleh patah malah pelayaran di laut hanyalah seumpama tea in a cup sahaja, terutama apabila melakukan Plain Sailing di antara Khatulistiwa dan garisan lintang 15 darjah Utara/Selatan. Yang mana satu Jalur Gemilang lalui dan apakah benar secara solo? Tetapi The Bolehland lah katakan. Balik sahaja ke Bolehland masuk pula TV3 suku terus diperakui dan diiktiraf sebagai satu bakti dan perjuangan untuk negara, wiralah katakan! Yang penting jangan membangkang Mahathir. Tak kiralah samada terjun kat kutub ke, patah tiang layar ke, naik gunong ke dan lepas ni nak ke Matahari pula ke?

Apa pula nasib bekas pejuang pejuang pasukan keselamatan seperti PW Kanang anak Langkau yang kini masih tinggal di rumah panjang di Sarawak, bercucuk tanam saban hari kais pagi makan pagi kais petang makan petang, walaupun pernah dianugerahi pingat SP semasa di dalam perkhidmatan dengan Regimen Renjer. Tidak pernah pula Kanang dibawa ke Kuala Lumpur semasa Hari Kebangsaan untuk dipertontonkan kepada rakyat inilah wira sejati yang sanggup menumpahkan darahnya demi negara! Aleh aleh yang naik kapalterbang ke luar negeri sedap sedap melancung, panjat gunong, terjun belon dan naik bot keliling dunia pulak jadi wira negara diarak ke sana ke mari macam beruk sarkis. Pada veteran veteran perajurit yang pernah menentang komunis, Jepun dan sebagainya itu, yang putus kaki ke, lumpuh ke, buta ke, kudung ke, nasib engkaulah….. pungut duit welfare dan pencen setiap bulan cukuplaaahhhh, haa undilah lagi BN, sayang lah lagi UMNO. Projek sia sia yang meragut jutaan ringgit wang rakyat dan yang mendapat komisyen ialah Mahathir dan syarikat syarikat bersekutu yang dipunyai oleh anak anaknya dan kroni kroninya sahaja. Begitu jugalah dengan LIMA yang akhirnya akan menjadi BUKU LIMA untuk rakyat negara ini menanggung hutang seumur hayat! Betul tak Dato Manan dan Tan Sri Wahab Nawi?

Bagaimana pula dengan keparat keparat yang bernama Monkeystine Paul, Ariffin Jaka, Rahim Nor, Musang Ha#san, Mokhtar Dugong, Yusof Chin-cau, Said Awang, Amir Junus, Hanif Omar, Azizan Bakar, Ummi Hafilda, Khairuddin Badak Sumbu, Ziela Tarzan, Normala, Rostina badak berendam dan sekutu sekutu mereka? Jangan sedikit pun kita melupai jasa jasa tokoh tokoh ini bersubahat dengan regim Mahathir terutama di dalam mengkhianati segala system dan peradaban di negara ini. Dari masa ke semasa hendaklah kita semua sering membuat revision tentang peranan banjingan banjingan ini di dalam agenda besar Mahathir.. Tidak ketinggalan juga pakar pakar rojok seperti tok mufti Ka#sim Laknat, a#stora Jubur yang seringkali menyongsangkan hukum hukum dan ajaran ajaran Agama suci Islam.dan sekutu mereka. Insyaallah tiba masanya kesemua mereka ini dan sekutunya akan diseret ke muka pengadilan seadil adilnya.

Inilah golongan pengkhianat yang didokong dan dipuji puja samada di luar atau di dalam Parti Kebangsatan sekarang, parti pengkhianat negara, rakyat, bangsa dan Agama yang telah berada di penghujung riwayatnya yang penuh dengan tungau, najis dan maksiat. Parti inilah juga yang kuat mengamalkan budaya syirik pada setiap kali apabila ada sahaja pemilihan samada untuk memilih calon pilihanraya ataupun pemilihan di dalam parti. Sudah tentu kita semua masih ingat kisah lawak di bulan Julai 1993 yang mana sepasang bomoh (yang juga penyokong kuat UMNO) laki bini mengerat 18 katam seorang pemimpin Parti Kebangsatan yang percaya bomoh tersebut mampu menaikkannya ke hairaki tertinggi parti tersebut. Lalu di dalam perbicaraan terdengarlah bahawa ramai lagi pemimpin pemimpin Parti Kebangsatan yang telah menggunakan khidmat bomoh tersebut untuk pelbagai maksud sesekian lamanya. Untuk tidak mendedahkan lagi segala tengkorak, pekong dan kurap pemimpin mereka maka segeralah pula mereka disenyapkan dan dijatuhi hukuman. Walaupun perbuatan itu satu dosa yang tidak terampun dan begitu mengaibkan, akibat daripada sudah menjadi darah daging pemimpin Parti Kebangsatan amalan kurafat dan syirik itu masih lagi menjadi fardhu ain bagi mereka yang mahu naik ke atas. Khabarnya hinggakan sampai ke Siam, Jawa, Filipina, India dan Nepal nun mencari bomoh handalan. Maka akan jadilah nanti perhimpunan agung Parti Kebangsatan sebagai satu gelanggang tempat para para syaitan, jin dan bomoh bergusti ala WWF, alaahai tidak takut laknat Allah ke wahai pemimpin pemimpin agong UMNO…. apakah mereka ini sudah tidak mempunyai keyakinan terhadap Allah sebagai tempat menyembah dan bermunajat?

Bersempena dengan hari mulia ‘Idul Adha ini dan berbekalkan ketaqwaan serta semangat qurban kerana Allah, sudah semestinya kita semua tanamkan seruan di dalam diri dan sanubari masing masing untuk terus memperjuang dan mempertahankan sehinggalah HAK HAK Allah dikembalikan semula pada tempatnya. Biarkan ahli ahli Parti Kebangsatan menjadi haiwan haiwan korban Mahafiraun, iaitu mampus sebagai bangkai sedangkan perjuangan kita dan pengorbanan kita yang semata mata untuk Allah insyaallah diumpamakan seumpama dagangan kita yang telah dibeli Allah, qurban yang diterima Allah di sisiNya, yang PAStinya dijanjikan syurga di akhirat kelak.


ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR WALILLAH HILHAMD !!!


al-hakkir illallah,
~ Kubang Pasu.